Selebriti Media Sosial, Influencer, The Amazing Sunway City Challenge,Gaya Hidup 

Selebriti Media Sosial Asia Berentap Di Sunway City

Selebriti Media Sosial Asia Berentap Di Sunway City – Seramai 10 selebriti media sosial (influencer) Asia dari 10 negara akan berganding bahu mempersembahkan keupayaan dalam The Amazing Sunway City Challenge di Sunway City Kuala Lumpur.

Para influencer, peserta program realiti penuh aksi ini ialah Jaa Suzuran dari Malaysia, Medyo Maltido (Filipina), RJ Abhinav (India), Michelle Joan (Indonesia), Matthew Stewart (Singapura), Ironbull (Taiwan), SorDor Style (Thailand), Gong Yi (China), Hong Young Gee (Korea Selatan) dan Hadia Ghalebheve (Mesir).

Selebriti Media Sosial, Influencer, The Amazing Sunway City Challenge,

Selebriti Media Sosial Asia Berentap Di Sunway City

Selebriti media sosial terkemuka Asia yang secara keseluruhannya memiliki seramai 25 juta pengikut ini akan berentap di sekitar lokasi utama Sunway City untuk memenangi kejuaraan ‘The Amazing Sunway City Challenge’, mata Sunway Pals bernilai RM25,000 dan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note9.

Program turut menampilkan influencer berbakat besar, Jenn Chia sebagai pengacara dengan pelbagai aktiviti-aktiviti mencabar termasuk Vuvuzela, gelongsong air terbesar dunia di Sunway Lagoon dan gelanggang ski ais Sunway Pyramid.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kompleks Beli-Belah Sunway dan Taman Tema, HC Chan; “Penonton akan dapat meneroka tarikan di Sunway City Kuala Lumpur menerusi video dan perutusan media sosial dan terhibur dengan gelagat para influencer yang sedang bertanding. Penonton juga boleh menyertai peraduan yang akan dilancarkan dalam 4 episod web (webisodes).”

Sejajar dengan trending gaya hidup masa kini yang tersambung secara online, pengguna media sosial secara tidak langsung dapat bersama para influencer kegemaran melangkaui sempadan berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan secara interaktif melalui program realiti ini.

Selebriti Media Sosial, Influencer, The Amazing Sunway City Challenge,

The Amazing Sunway City Challenge

The Amazing Sunway City Challenge ditaja oleh Samsung Electronics Malaysia dan Grab Malaysia. Sebanyak 4 episod web ini bakal ditayangkan pada Februari 2019 di SAYS.com, penyiar web rasmi Malaysia, IDN Times, ET Today, Line.tv, LUVE, platform rasmi media sosial Sunway City dan WebTVAsia.

Melalui platform online rasmi ditambah dengan jumlah keseluruhan pengikut tegar para influencer yang menyertai program realiti ini, episod web The Amazing Sunway City Challenge bakal disaksikan secara online melangkaui 54 juta penonton di seluruh dunia.

Jom kita saksikan para influencer dan selebriti media sosial terkemuka Asia ini berentap mengharungi cabaran sebagai inspirasi dan hiburan bersama.

Related posts

7 Thoughts to “Selebriti Media Sosial Asia Berentap Di Sunway City”

  1. Good luck buat Jaa suzuran selaku wakil malaysia.dan semoga challenge ni mendapat sambutan penonton yg menggalakkan dari seluruh dunia.

  2. Semoga Malaysia berjaya dalam pertandingan tersebut.

  3. Good luck and all the best utk semua.

  4. meriahnya mereka di atas pentas

  5. All the best untuk semua. Lagi² Jaa yang wakil Malaysia tu

  6. Wah menarik hadiahnya. All the best untuk semua peserta.

  7. fuyoooo best nya hadiah2nya

Leave a Comment

CommentLuv badge