INTI Back to College, Khir Khalid, Soscili.my, Cilisos.my,Portfolio Sosio-Pendidikan 

Memperkasa Gen Z Mendepani Cabaran Abad Ke-21

Memperkasa Generasi Z Mendepani Abad Ke-21 – Dunia semakin berubah maju, begitu juga dengan trending gaya hidup dan persediaan modal insan yang diperlukan dalam mendepani cabaran kerjaya abad ke-21 ini.

Atas aspirasi tersebut, saya telah menyertai program Back to College anjuran INTI International University & Colleges dalam menyelami pengetahuan serta persediaan buat Generasi Z (Gen Z). Ia merupakan pengalaman ilmu terbaik bersama rakan media dan industri, melihat potensi dan peluang GEN Z membina kerjaya unik abad ini.

INTI Back to College, Memperkasa Gen Z,

Memperkasa Gen Z Mendepani Cabaran Abad Ke-21

Berdasarkan kaji selidik INTI yang dilaksanakan pada 2015 menjelaskan, seramai 42% cluster Gen Z memilih untuk melakukan sesuatu yang baru sebagai kerjaya pilihan. Seramai 37% berharap agar dapat menjadikan hobi sebagai profesyen sepenuh masa, manakala 31% daripada kalangan Gen Z lagi bercita-cita menjadi usahawan.

Gen Z merupakan singkatan popular Generasi Z, merujuk kepada kluster generasi yang lahir antara tahun 1995 hingga 2009. Kaji selidik menjelaskan bahawa Gen Z merupakan kluster generasi yang berani membuat keputusan sendiri, berhasrat membina kerjaya sendiri (selfstarter) dan bercita-cita menjadi usahawan.

Penjelasan lanjut kaji selidik INTI terhadap Gen Z pernah saya kongsikan pada artikel terdahulu yang boleh di rujuk di sini > Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia.

INTI Back to College, Memperkasa Gen Z,

Menyedari keperluan kerjaya dan tuntutan industri, INTI telah pun mendepani persediaan memperkasa modal insan Gen Z dengan pelbagai modul dan kelengkapan pembelajaran abad ke-21 ini.

Gen Z juga dikaitkan dengan kemunculan semula budaya ‘coffee shop’ yang menyaksikan budaya masyarakat muda rakyat Malaysia semakin menghargai kombinasi adunan citarasa kopi dan seni kreativiti kraftangan unik dan personal. Justeru, semakin ramai Gen Z terdorong mempelajari cara-cara mengadun kopi dan terinspirasi untuk membuka dan menguruskan cafe sendiri.

Hasil dorongan juga telah membuka pelbagai lagi peluang kerjaya dan keusahawanan, termasuk potensi perniagaan kepada artis kreatif dalam mengetengahkan khidmat perundingan dan menerapkan elemen seni cipta rekabentuk dalaman cafe selaras trending generasi masa kini.

Kami turut menyertai sesi bengkel interaktif dengan menghasilkan plak tanda nama daripada pelbagai bahan yang disediakan. Aktiviti yang menarik dan menceriakan. Melalui bimbingan INTI Centre of Art and Design (ICAD), memang tak sangka rupa-rupanya kami pun ada bakat menghasilkan plak tanda nama yang unik!

INTI Back to College, INTI Centre of Art and Design, ICAD, INTI Subang,

INTI Centre of Art & Design, ICAD, Khir Khalid, Soscilimy, Cilisosmy, INTI Subang,

Prasarana INTI Platform Modal Insan Abad Ke-21

Selaras aspirasi memperkasa modal insan disamping mengembangkan bakat kreativiti dan keusahawanan, INTI menyediakan pelbagai platform pengalaman praktikal dalam kokurikulum pembelajaran seperti ’employer projects’ dan ‘skills based workshops’ sebagai persediaan kompeten kepada pelajar.

Kami juga berpeluang meninjau prasarana Kampus INTI Subang Jaya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini. Antara lokasi yang dilawati adalah kemudahan platform perkumpulan pelajar, perpustakaan yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan terkini, cafe dan restoran di kampus termasuk Fakulti ICAD.

Selaras motto ‘INTI – Education That Empowers’, pengalaman ini membuatkan diri terasa seperti mahu kembali melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik lagi. Suasana kampus yang positif dengan prasarana lengkap yang tersedia, sememangnya memberi aura suntikan ilmu yang mampan.

INTI Subang, Lee Fah Onn Library, INTI Back to College,

INTI Centre of Art & Design, INTI Subang,

Pengalaman kami tidak terhenti setakat ini. Kami turut melawat fakulti School of Hospitality, dimana kami diberikan penerangan lengkap tentang informasi dan penyediaan kopi. Malah kami juga berpeluang merasai pengalaman menyediakan kopi dengan teknik bancuhan sepertimana trending ‘coffee shop’ hari ini.

Nampak mudah tetapi jika tiada pengetahuan dan bimbingan teknik dan skill dari mereka yang pakar, pasti tidak akan dapat hasil citarasa dan kreativiti kopi seperti yang diharapkan. INTI School of Hospitality juga menyediakan tenaga pakar berkelayakan berserta prasarana lengkap untuk persediaan mendepani keperluan industri.

INTI School of Hospitality, INTI Subang,

Menurut Dr Jane Lim, Ketua Pegawai Eksekutif INTI International College Subang, program Back to College ini bertujuan memberi pengalaman tentang pembelajaran di INTI dalam industri seni kulinari dan seni kreatif. Pembelajaran merangkumi penglibatan pengalaman ‘hands on’ kepada pelajar dengan kepelbagaian kemahiran (skills and competencies) yang membantu menyokong kerjaya seorang usahawan berjaya.

INTI Back To College, INTI Subang, Khir Khalid,

INTI’s 2017 Graduate Employability Outcomes

Melalui pengalaman praktikal dan kolaborasi industri bersama lebih 450 rakan industri termasuk Delicious Group Sdn Bhd, Hilton Malaysia, IKEA Malaysia dan Royale Demure, INTI telah merekodkan kebolehpercayaan pekerjaan (INTI’s 2017 Graduate Employability Outcomes) dengan 99% graduan INTI beroleh pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.

Turut merekodkan 91% graduan INTI memperolehi taraf gaji yang lebih tinggi berbanding average pasaran dan sejumlah 60% graduan INTI pula telah menerima tawaran pekerjaan sebelum tamat pembelajaran dan graduasi. Laporan ini disahkan oleh BDO Malaysia, menjadikan INTI sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menjamin hasil graduan selepas pembelajaran.

Info lanjut INTI boleh layari: https://newinti.edu.my.

 

 

Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

6 Thoughts to “Memperkasa Gen Z Mendepani Cabaran Abad Ke-21”

  1. baru perasan ada Gen Z…

    lebih hebat dan lebih kedepan pula aspirasi mereka ini

    1. Sekarang dah era gen z dominasi pengaruh trending pasaran dan industri tuan

    1. Yup mmg menarik, trending budaya masa kini

  2. Marzuki

    Tak sangka INTI ada program spt ini.. dekat dgn jiwa gen z. Menarik.

Leave a Comment

CommentLuv badge