Kampung Pendiat Bota Kanan Perak
Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak – Program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak pada 16 hingga 18 Ogos 2014, dimulakan dengan lawatan ke Kampung Pendiat.

Ia merupakan lokasi pertama yang kami jejaki sejurus tiba dari pejabat Tourism Malaysia Perak di Ipoh. Ketibaan kami melangkaui apa yang aku jangkakan. Kami disambut dengan paluan kompang, persembahan silat serta jamuan makan tengah hari resipi kampung yang sangat menyelerakan.

 
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
 

Homestay Pendiat, Bota, Perak

 
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Kampung Pendiat merupakan sebuah perkampungan tradisional di tepian Sungai Perak dengan keluasan 3 km persegi yang terletak di dalam Mukim Bota di daerah Perak Tengah. Antara tarikan kampung ini adalah warisan berzaman yang masih lagi dipraktikkan sehingga kini seperti permainan rebana, marhaban, silat gayung, makanan tradisional serta permainan tradisional.
 
Kampung ini turut menyediakan Homestay kepada pelancong. Namun disebabkan jadual yang padat, kami tidak kesempatan melawat lokasi Homestay Pendiat tersebut secara satu persatu. Tetapi, kami diberi penerangan dalam satu sesi taklimat yang diadakan. Anda boleh baca tentang Homestay Pendiat di sini >>>> Homestay Pendiat Bota
 
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
 
Pelancong yang berkunjung ke Homestay Pendiat ini juga berpeluang menjalani aktiviti air yang diadakan di aliran Sungai Perak seperti memancing, menjala serta menggagau ikan, berkayak, berakit serta pelbagai lagi aktiviti menarik.

Homestay ini juga terletak berhampiran produk pelancongan terkenal di negeri Perak seperti Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan, Kompleks Sejarah Pasir Salak dan Lumut Bandar Perlancongan dan Maritim.

 
Bagi anda yang bercadang menginap di Homestay Pendiat, maklumat pakej dan aktiviti ada di sini :-
 
Pakej Homestay Pendiat
– Sambutan selamat datang
– Sarapan pagi / makan tengahhari / minum petang / makan malam
– Penginapan di rumah keluarga angkat
– Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung
 
Aktiviti
– Lawatan ke Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
– Persembahan kebudayaan
– Lawatan sekitar kampung
– Sukan rakyat
– Lawatan ke Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan
– Penyerahan cenderamata
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Homestay Pendiat, anda boleh hubungi maklumat di bawah:
 
Puan Mariam
bt Ishak
Pengerusi /
Penyelaras Homestay Pendiat
Lot 5056 Bt 7 3/4
Kg Pendiat Bota Kanan
32600 Bota
Perak Darul Ridzuan
Tel: 6017 579 6251
 

Sepetang Di Kampung Pendiat, Bota, Perak

 
Di sini, aku kongsikan pengalaman bergambar agar anda dapat melihat sendiri keadaan serta suasana sepetang kami sepanjang berada di Kampung Pendiat, Bota, Perak ini.
 
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Acara sambutan ketibaan di pintu gerbang Dewan Orang Ramai Kampung Pendiat
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Persembaahan silat gayung oleh generasi muda Kampung Pendiat
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Lauk pauk kampung… sedap.. 🙂
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Jemput makan… Bismillah…
 
Sesi taklimat ringkas telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Pendiat sejurus selesai kami menjamu selera. Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Homestay Pendiat serta keistimewaan yang terdapat di Kampung Pendiat ini. Kami juga turut diperkenalkan kepada ketua Kampung Pendiat serta ucapan alu-aluan menyambut kedatangan kami semua.
 
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Sesi taklimat Homestay Pendiat
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Peserta yang hadir terdiri dari wakil media, agen pelancongan dan bloggers
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Ucapan pengerusi Homestay Pendiat, Puan Mariam Ishak
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Ucapan ketua Kampung Pendiat, Hj Shaidin Nekmat
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Ucapan pengarah Tourism Malaysia Perak, Hj Ibrahim Seddiqi Talib
 
Setelah selesai sesi taklimat, kami dibawa melawat beberapa lokasi menarik berhampiran. Lokasi pertama persinggahan kami adalah ‘Rumah Residen’ yang merupakan salah satu lokasi bersejarah di Kampung Pendiat.
 
Aku difahamkan bahawa rumah Residen ini telah berusia lebih 200 tahun dan telah diserahkan dibawah penjagaan warisnya. Rumah ini juga menjadi antara lokasi popular aktiviti ‘photoshoot’ terutamanya untuk pasangan pengantin baharu.
 
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Rumah Residen… masih tegap walaupun lebih 200 tahun
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Rumah di sebelah kiri adalah salah satu Homestay Pendiat
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Pandangan sisi Rumah Residen
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Antara corak yang terdapat di tiang
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Rupa-rupanya ada orang yang mendiami rumah ini…
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Wefie Bloggers.. aku, www.eshamzhalim.com dan
www.dkosonglapan.blogspot.com (Kredit gambar : Eshamzhalim)
 
Lawatan diteruskan ke beberapa lagi lokasi menarik di kawasan sekitar, namun ia akan aku kongsikan lagi di artikel-artikel yang lain. Setelah selesai lawatan, kami kembali ke Dewan Orang Ramai Kampung Pendiat untuk minum petang disamping beramah mesra dengan aktiviti sukaneka.
 
Upps.. sebelum terlupa… bagi acara sukaneka, team aku mendapat tempat pertama… yeay menang!!.. 😀
 
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Guna pancing angkat botol ahaa..  (Kredit Gambar : Fb Tourism Malaysia Perak)
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Main bowling yeop!! (Kredit gambar : Fb Tourism Malaysia Perak)
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Yeay menang!!! (Kredit gambar : Fb Tourism Malaysia Perak)
 

Kenangan FAM Trip di Kampung Pendiat

 
Aktiviti kami di Kampung Pendiat berakhir sekitar jam 5 petang. Sempat mengabadikan gambar beramai-ramai sebelum berangkat ke Teluk Intan untuk acara memancing, program Fam Trip Jom Mancing Udang 2014 yang telah aku coretkan di >>>> SINI
 
Lepas ini aku sekeluarga bercadang hendak bermalam di Homestay Pendiat… layan berakit dan menjala dengan orang Kampung Pendiat… syok ooo!!
 
Moh kita ke Perak!!
 
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Gambar kenangan di Kampung Pendiat sebelum bertolak ke Teluk Intan
(Kredit gambar : Fb Tourism Malaysia Perak)
 
Artikel ini dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk info terkini perlancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.
 
Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772/9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my
 
Like Facebook rasmi Tourism Malaysia Perak untuk info serta aktiviti terkini di Perak:
 
Like Facebook – Tourism Malaysia Perak
 
 
 

67 Thoughts to “Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak”

  1. ikhwan yusuff

    wah2xxx…Menarik…Masih kukuh rumah residen tu….

    1. Betul tu Ikhwan.. masih kukuh, tegap & masih cantik.. 🙂

  2. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam singgah malam Khir…bnyk tempat2 menarik kat perak ni…InsyAllah ada rezeki dapat datang ke negeri perak nak jgk menginap kat homestay pendiat..

    1. Betul tu Mardiah… sebagai orang yg bukan berasal dari Perak, saya juga melihat potensi serta keistimewaan yang ada di perak dari mata seorang pelancong.. mmg menarik & sememangnya seronok klu dap bercuti di Homestay Pendiat ni… 🙂

  3. ~Kak Nah Backyard (^_^)~

    meriahnya sambutan…selamat datang ke perak khir =)

    1. Alhamdulillah mmg meriah & mesra… T kasih kak Nah.. 🙂 🙂

  4. RDZ Z

    Wah cantiknya gambar Residen yang ist tu..macam poskad…

    1. A ah.. betul tu Raudzah… saya pun ada fikir mcm tu jugak.. 🙂

  5. Menarik ni… mn la tau…kalu2 g perak bleh menginap kt sini

    1. Jngn lupa simpan contact no. tu Anies.. Mmg seronok klu menginap kat Homestay pendiat tu. Suasana desa, nyaman & menenangkan… 🙂

  6. Meriah sekali sambutannya…bertuah Khir dapat sertai program ini. Ini lokasi yg pertama kali saya baru tahu… Rumah Residen tu memang menarik dan rekabentuknya tampak sekali senibina Perak asli. Terjaga dengan baik dan lokasi terbaik utk kaki foto. Tidak dibawa meronda seluruh kampung ke? Mesti banyak rumah2 tradisonal yang menarik sekali rekaannya.

    1. Alhamdulillah BM… sempat juga singgah turun ke beberapa kawasan disamping meninjau sendiri keadaan perumahan kampung & suasana desa di sana. Saya mmg cuba meletakkan diri saya sebagai pelancong yg melawat Perak & saya dapati Kampung Pendiat ini mmg masih banyak rumah2 yg mengekalkan senibina tradisional Perak. Suasana desa pun sungguh tenteram… Sesekali boleh juga bermalam di sini cari inspirasi… 🙂

  7. Menarik…anda telah melawat ke kampung arwah isteri saya…kampung yang penuh dengan kenangan.

    1. T kasih.. oh baru saya tahu. Al Fatihah buat arwah isteri tuan. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah… aamiin.

  8. Rumah residen tu rasa macam pernah jadi tempat shooting drama..

    Bestnya dapat lepak home stay.mesti makan sedap!

    1. Mungkin juga tu Sal.. mmg klasik & menarik senibina rumah tu. Fuhh.. makan mmg sedap2 hehee… 🙂 🙂

  9. memelihara seni bina lama.. bestkan suasana kampung.. singgah menabung kat sini.. 🙂

    1. Betul tu Wawa… suasana kampung tenang je.. T kasih.. 🙂 🙂

  10. Salam Khir ,..Wah bestnya dapat menyertai aktiviti kat sini kan ..Mesti seronok …makanan lauk kampung tu mesti sedapp ..Untungla .. Senibina rumah tu yang buat hati terpikat …menarik dan tertarik nak berkunjung ke sana ..Gambar2 yang Khir ambik nampak menarik dan cantik .,…Thanks sharing … InsyaAllah satu hari nnt akan sampai kat sana…

    1. Waalaikummussalam… Alhamdulillah.. mmg pengalaman, syukur dpt menyertai aktiviti mcm ni. Panorama kawasan rumah tu mmg dah semulajadi cantik. Tenteram je… klu ada kesempatan mmg kena pergi Lya.. 🙂

  11. Rumah Residen tu cantik sungguh. Terpelihara. 🙂

    1. Mmg suasana persekitarannya pun cantik.. nampak klasik Scha.. 🙂

  12. Sylarius Yusof

    Aku tertarik dengan sejarah Rumah Residen tu. Nak tau jugak, residen British mana yang duduk kat situ. JWW Birch ke?

    Curious jugak. Nama je orang Perak, banyak lagi tempat menarik kat Perak yang aku tak pernah sampai. Haha

    1. Aku rasa mungkin juga rakan sekerja JWW Birch tu kot.. cuma tak menyerlah spt dia.. wallahualam. Mmg bagus klu di kupas tu kan…

  13. Blogwalking.. Byk kenangan indah di sini

    1. Subhanallah… t kasih sahabat… 🙂

  14. Nurul Hidayah

    Happeningnya Khir.. bertuah dapat peluang begini. Gambar2 pun jelas dan menarik 😀

    1. Alhamdulillah… mmg seronok berada di kg Pendiat ni. T kasih Nurul.. 🙂

  15. Rose Azadir

    Salam kenal, kg pendiat nie selang bbrp kg jer dr kg saya hehe….anyway saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com.

    1. Oh ye ke… pasti kampung saudari pun ada keistimewaannya kan. T kasih sudi singgah ye.. Salam ukhwah.. 🙂

  16. menarik sungguh tu bro..sangat beruntung!

    1. Alhamdulillah syukur… t kasih bro Hanafi.. 🙂

  17. meriah betul nampaknyer en khir
    saya penah pergi seklai bota ni
    tapi tak pernah tahu ada rumah lama tu
    nampak unik lah kan

    1. Mmg unik… klasik. Bnyk sejarahnya tu Yana… 🙂

  18. Wahhh, bestnye. Tak pernah sampai lagi ke sini.

    1. Ada waktu ke Perak nanti, jngnlah lupa singgah kg Pendiat ni… 🙂

  19. memmet lenggeng

    dekat sangat dengan rumah mak mertua saya ni en Khir, memang selalu lalu kawasan ni, terutama rumah besar tu. Rumah orang kaya, kata hubby saya..

    1. Ohh.. Klu dibandingkan waktu dulu, mmg kaya tu Zila.. Senibinanya bukan shj cantik, malah sgt kukuh… mmg masih kukuh..

  20. wahh menariknya…berkumpul famly kat sini mesti best

    1. Mmg best… lebih akrab hubungan kekeluargaan bila bersama2 dgn penduduk kampung mcm ni.. seronok.. 🙂

  21. Rasa teringin nak pergi berjalan2 kat sana. Nak rasa suasana kampung ^_^

    1. Mmg patut ke sana Zumal. Simpanlah contact no tu.. Bermalam santai beberapa hari cari ketenangan buat inspirasi… mmg sesuai sgt.. 🙂

  22. cantik rumah tu…
    siapa yg menjaga Rumah Residen tu…

    1. Mmg cantik.. saya difahamkan skrng waris pemilik rumah tu yg menjaganya.

  23. Sambuat meriah….mesti seronok

    1. Alhamdulillah.. menarik.. 🙂

  24. Salam Khir..singgah lagi tgk gambar2 yg cantik kat sini..menarik betul..

    1. Walaikummussalam Lya.. t kasih sudi singgah lagi.. 🙂 🙂

  25. Tertarik dengan gambar pancing botol tu…dah lama tak join acara macam ni…meriah nampaknya..

    1. Hehee.. seronok… cabaran jugak tu Bunda.. 😀

  26. Wahh syoknya.. 🙂 klau dpt pergi sana mmg best

    1. Alhamdulillah… mmg menyeronokan Acik. Bnyk juga ilmu yg diperolehi.. 🙂

  27. Waa.. bestnya 😀 Banyak aktiviti yang menarik ^^

    1. Mmg betul.. padat dgn aktiviti penuh ilmu juga. Melancong sambil bekerja & belajar.. 🙂

  28. acik idah

    Disambut dengan paluan kompang dan silat… huhuhu… mesti feeling2 pengantin tu kan… 😀

    Nampak seronok dan meriah sangat khir…

    1. Hehee.. bukan setakat feeling pengantin je, feeling menteri pun ada huhu.. mmg seronok Idah.. 😀

  29. Cheq Eem

    kalau ada yang nak merasa tinggal dalam suasana kampung boleh lah berkunjung homestay dekat sini… loghat orang perak dekat Bota memang kuat…. lebih kuat dari cerita hantu k.limah… hehehe…..

    1. Hehee.. boleh berkunjung kat homestay sambil berhibur dan belajar loghat perak sekali kat sini kan Eheq Eem.. 🙂 🙂

  30. Norniwanie Nasarudin

    Wah..banyak betul aktiviti menarik.. meriah..banyak faedah buat aktoviti-aktiviti macam ni kan..

    1. Mmg meriah Wanie.. bnyk pengetahuan baharu juga & dpt dikongsikan bersama. Mmg seronok.. 🙂 🙂

  31. Eshamz Halim

    Kan aku dah kata org bota ni semua peramah dan sporting belaka…ekekekekeke… teman pun orang bota gak… seronok tul bersukan ari tu kan… tahniah sbb team bro menang..ekekekeke… kalau dapat ronda2 di homestay ari tu kan lagi menarik kan….pastu gi mengagau ikan dan berakit..mmg marvels tp tu laaa takde masa la… 😀

    1. Beruntung dpt sahabat org Bota ni… mmg peramah & meriah hehee.. Mmg klu ada masa teringin sgt nak bersantai kt homestay pendiat layan angin desa… pasti segar jiwa kan bro Sham.. 🙂 🙂

  32. perghh.. rumah residen tu. nampak lawa,homestay nya pun boleh tahan dari luar.

    tahniah lah dapat menang tempat pertama. hehe. saya fail bab nak angkat botol cara gitu…

    1. Hehee.. suasana kawasan tu mmg permai & rumah tu pun nampai mendamaikan… bab angkat2 botol guna pancing ni mmg saya pakar huhu.. 😀 😀

  33. Anonymous

    Meriah dan seronok sekali..tahniah,team khir menang..

  34. serononya dapat join aktiviti mcm ni

  35. rumah lama tu..nmpk mcm berhantu..hehe

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.