Inbound & Outbound Marketing

Assalamualaikum. Apa itu Inbound Marketing dan Outbound Marketing dan mana satu jenis pemasaran ini yang lebih efektif untuk bisnes anda?

Seperti yang kita tahu, strategi pemasaran merupakan salah satu aspek penting bagi sesebuah bisnes. Jika strategi yang dipilih berjaya mencapai prospek pasaran, sudah pasti akan memberikan efek positif. Namun jika sebaliknya, ia akan memberi kesan negatif kepada strategi dan prestasi jualan serta pengeluaran.

Secara umum, terdapat 2 lapangan strategi pemasaran, iaitu Inbound Marketing dan Outbound Marketing. Mengenalpasti elemen tersebut dapat membantu mengatur kombinasi strategi yang lebih efektif dalam memanfaatkan kos pemasaran.

Justeru, pada artikel ini saya berkongsi 2 kaedah ini berdasarkan apa yang dipelajari dan pengalaman industri melalui pendedahan gerak kerja pemasaran.

Inbound Dan Outbound Marketing

Sekiranya anda seorang usahawan, pemilik perniagaan, pengurus pemasaran mahu pun penuntut institusi dalam jurusan ini, anda berada pada artikel yang betul.

Terdapat banyak perbincangan dalam siri akademik-industri yang turut berkongsi keberadaan Inbound & Outbound Marketing dalam perkembangan industri hari ini. Apabila dunia memasuki era Revolusi Perindustrian 4.0, ia turut memberi kesan terhadap dasar pemasaran dalam melaksana strategi dan mengurus kempen.

Dalam bahasa Melayu, Inbound & Outbound Marketing dipanggil Pemasaran Masuk dan Pemasaran Keluar. Bagi saya, ia diambil secara direct dari perkataan Inggeris tersebut.

Jadi adalah lebih baik saya menggunakan perkataan asalnya sahaja.

Inbound Marketing (Pemasaran Masuk)

Inbound Marketing atau Pemasaran Masuk mengacu kepada konsep pemasaran kandungan yang memanfaatkan ‘content’ untuk menarik prospek pelanggan.

Walaupun konsep ini telah dipraktikkan sebelum kewujudan internet, kini ia semakin meluas digunapakai dalam pemasaran digital.

Tujuan Inbound Marketing adalah memastikan prospek pelanggan menerima kesan positif dari info yang disampaikan. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi keputusan pembelian di masa mendatang melalui keyakinan pelanggan terhadap kredibiliti bisnes melalui informasi yang anda kongsikan.

Pengisian kandungan atau content ini disampaikan melalui kaedah penceritaan strategik (storytelling), dalam format penulisan, audio, infografik atau video.

Ia adalah strategi bagaimana menarik pelanggan datang kepada anda.

Ia strategi mencipta kandungan yang berisi penceritaan informatif untuk manfaat rujukan audiens tanpa perlu menjual atau mempromosi produk secara agresif. Namun ia memerlukan idea dan kreativiti dalam membina kandungan sama ada berbentuk tips, diskusi, perspektif atau berkongsi pengalaman dalam niche pasaran anda.

Melalui kaedah ini, anda bukan sekadar mencipta kandungan, tetapi berkongsi atas kredibiliti sebagai ahli dalam bidang yang diceburi kepada audiens. Ia juga membantu anda atau syarikat untuk lebih dominan dalam prospek pasaran anda.

Dahulu, kaedah ini disampaikan melalui makalah percetakan. Tapi kini ia diadaptasi melalui strategi pemasaran digital di pelbagai platform media sosial, artikel blog dan email newsletter dalam membina engagement dan keyakinan audiens.

Antara kemahiran yang diperlukan untuk Inbound Marketing adalah;
Teknik Penulisan Informatif.
Teknik Optimasi Enjin Carian (SEO).
Teknik Pengeditan Rekagrafik Dan Visual.
Teknik Rakaman Audio.
Teknik Pengeditan Video.

Keyakinan audiens dan prospek daripada hasil input kandungan yang anda kongsikan itulah yang membantu memudahkan anda dalam proses conversion pelanggan. Begitu juga menukar pelanggan sedia ada menjadi pelanggan setia (loyal customer) terhadap produk, servis dan bisnes anda.

Inbound Marketing biasanya lebih murah dan kos efektif, malah boleh juga dilaksanakan melalui strategi pemasaran tanpa kos.

Outbound Marketing (Pemasaran Keluar)

Sementara itu, Outbound Marketing atau Pemasaran Keluar pula merupakan kaedah pemasaran tradisional yang diketahui dalam kalangan industri sejak dahulu. Namun ia turut berevolusi dan terus berkembang dalam era pemasaran digital kini.

Kaedah pemasaran ini lebih berfokus pada aktiviti untuk menarik pelanggan secara terang-terangan melalui iklan dan kempen promosi di TV, radio, periklanan billboard, iklan di surat khabar dan majalah serta pelbagai jenis sepanduk. Ia biasa kita lihat di TV semasa menonton berita atau movie, di tepi-tepi jalan, highway dan seumpamanya.

Kaedah ini terkandung sebagai strategi persuasive marketing.

Ia membantu mengetengahkan produk atau servis kepada umum dengan memperkenalkan kelebihan jenama bisnes anda di pasaran secara agresif dan efektif. Teknik ini dengan copywriting yang baik mampu membuatkan jenama anda lebih terserlah, pantas dikenali dan mengekang digital noise.

Kini ramai ahli pemasaran dan peneraju industri turut giat melaksanakannya di landasan digital. Mereka berpendapat, periklanan pop up advertising, promosi digital atau periklanan banner melalui Search Engine Marketing juga berkesan.

Inilah antara implikasi transformasi digital.

Antaranya melibatkan TV yang dahulu dikategori sebagai platform pemasaran tradisional, tapi kini merupakan bahagian dalam pemasaran digital apabila teknologi digital menjadi platform siaran. Tambahan lagi, syarikat media kini juga menyediakan pakej integrasi tradisional dan digital melalui setiap jaringan penyiaran mereka.

Bukan sekadar itu, periklanan billboard juga turut berevolusi mengikut perubahan trend pasaran dan juga salah satu elemen yang masih releven dalam era digital.

Outbound Marketing memerlukan perancangan dan kos. Namun ia juga boleh dilakukan tanpa melibatkan kos yang besar. Sistem komunikasi kini menawarkan pakej panggilan percuma dan kaedah Telemarketing sejak era analog masih digunapakai hari kini.

Whatsapp dan Telegram turut menjadi medan Outbound Marketing. Saya juga kerap menerima panggilan atau mesej persuasive marketing. Malah ada kenalan tiba-tiba hubungi bertanya khabar yang tujuan sebenar nak persuade untuk signup bisnes.

Begitulah kaedah Outbound Marketing ini digunakan untuk pelbagai tujuan untuk mencapai kepada prospek pasaran. Ia membantu jika strategi dan pendekatan sesuai dengan produk dan servis yang jual atau dipasarkan.

Kaedah Pemasaran Manakah Lebih Efektif?

Sama ada Inbound Marketing atau Outbound Marketing, kedua-duanya memiliki kelebihan dan kekurangan. Kedua-duanya juga mampu memberi keberhasilan ROI jika ia bersesuaian dengan tujuan bisnes dan kempen yang bakal anda laksanakan.

Ia bergantung kepada anda dan syarikat berdasarkan keberadaan industri serta persaingan pasaran. Dari situ anda boleh tentukan jumlah bajet pemasaran dengan beberapa penelitian untuk anda atau team pemasaran selidik dan aturkan.

Inbound Marketing secara umumnya adalah lebih murah dan dan kos efektif, ia digemari oleh ramai peniaga dan syarikat membangun termasuk IKS & PKS. Manakala Outbound Marketing juga menawarkan kredibiliti dan liputan yang luas serta diperlukan kebanyakkan bisnes besar dan sederhana yang meningkat naik dalam memperkukuh dominasi pasaran dan meneroka potensi pasaran baharu.

Yang penting, perlu kena cara dan perlaksanaan kaedah yang sesuai.

Kebijaksanaan mengintegrasi kedua-dua elemen ini dapat memberi manfaat besar untuk jangka panjang perniagaan merangkumi aspek kredibiliti penjenamaan, authoriti industri dan kepercayaan pasaran yang lebih kukuh.

Photo by DISRUPTIVO on Unsplash

Baca lagi: 5 Strategi Pemasaran Digital Untuk PKS

Subscribe Newsletter

2 Thoughts to “Kenali Pemasaran Inbound Dan Outbound Marketing”

  1. hazrin musa

    Alhamdulillah, jelas.. nampaknya kena prbanyakkan aspek inbound, pada masa yg sama outbound sedia ada juga kena consistent. Thanks!

  2. Marzuki Rmn

    Jelas dn comprehensive. Thanks sir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.