Persidangan FinTech Syariah Koperasi 2019 anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Sedana As Salam Capital Sdn Bhd, anak syarikat Sedana Innovator Berhad.

Ia merupakan persidangan FinTech Islam ekslusif selama 2 hari, bertujuan membina kesedaran tentang FinTech (teknologi kewangan) dikalangan warga koperasi kredit dalam meningkatkan kualiti operasi serta pengurusan produk pembiayaan patuh Syariah kepada ahli-ahli koperasi.

Topik-topik perbincangan merangkumi aplikasi perbankan digital dalam Kewangan Islam.

Persidangan FinTech Syariah Koperasi 2019

Persidangan FinTech Syariah Koperasi 2019

Dirasmikan Yang Berbahagia Datuk Nordin bin Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang diwakili Haji Zazali bin Haron, Naib Pengerusi Eksekutif Dasar dan Pembangunan SKM, persidangan ini menjadi medium perkongsian ilmu antara koperasi dan pemain industri yang dianggarkan terdapat kira-kira 70 hingga 80 syarikat permulaan FinTech di Malaysia.

Antara jemputan yang hadir berkongsi kepakaran kepada peserta adalah, Y.Bhg Prof. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Bin Hasan (Naib Presiden ANGKASA), Dr Azman Hasan (Profesor Madya UIAM), Syahrunizam Samsudin (Ketua Pegawai Eksekutif Touch n’ Go) dan Daruk Azrin Mohd Noor (Pengasas dan Pengarah Urusan Sedana Innovator Berhad).

Berdasarkan ucapan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Hj Abdullah menyatakan, tujuan persidangan antaranya membincangkan potensi fintech bagi koperasi dalam pasaran Islamik, ekosistem fintech Islam, dan implikasi fintech dalam industri perkhidmatan kewangan koperasi.

Beliau juga menyarankan agar koperasi menyahut cabaran era ekonomi digital dan memperbaiki perkhidmatan selaras tuntutan masa kini. Sudah tiba masanya gerakan koperasi yang berjumlah 14 ribu organisasi, termasuk 600 kredit koperasi menjadi pemain utama dalam memacu teknologi kewangan patuh Syariah selaras perkembangan FinTech industri perbankan di Malaysia.

Pengukuhan Teknologi Kewangan Patuh Syariah

Justeru, sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, Sedana As Salam Capital Sdn Bhd telah menyediakan platform perdagangan komoditi digital automatik untuk ahli-ahli koperasi.

Setakat ini, kerjasama Sedana As Salam Capital Sdn Bhd dan ANGKASA telah menjalankan transaksi bernilai RM386 juta bagi tujuan pembiayaan patuh syariah melalui platform Tawarruq ANGKASA. Kerjasama juga telah menghasilkan 54 rakan koperasi kredit memperolehi sijil patuh syariah melalui penggunaan platform As-Sidq.

Persidangan FinTech Syariah Koperasi 2019 juga menekankan kepentingan kerjasama mengukuhkan elemen FinTech patuh Syariah dalam Model Kewangan Koperasi Kredit Negara. Landskap kewangan telah berubah kepada sistem yang mengutamakan urusniaga atas talian pantas dan dijamin selamat.

Ini adalah usaha transformasi dalam menggalakkan pertumbuhan industri FinTech Islam di Malaysia serta mempertingkatkan sistem kewangan sosial Islam bagi memenuhi keperluan semua.

Baca lagi: Persidangan FinTech Finnovasia KL 2017

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

10 Comments

  1. ramai yang beralih ke syaria sekarang semoga betul-betul syariah dan bebas dari Riba salam ukhuwah dari negeri jiran
    jalan dan makan recently posted…TRIPLE CHOCO BROWNIES PUDDING CAKEMy Profile

    1. Mudah2an.. moga sentiasa dipermudahkan segala usaha yg baik ini. Terima kasih dan salam ukhwah buat saudara juga 🙂

  2. Asalam..lama tak ke sini,still aktif..tahniah ya KK
    etuza recently posted…Jubbah Dari JeddahMy Profile

    1. Waalaikumussalam.. alhamdulillah masih aktif, terima kasih cikgu Etuza 🙂

  3. SETIAP PERUBAHAN KE ARAH KEBAIKAN N ISLAMIK INSYAA ALLAH JAYA

    1. In shaa Allah kak.. sama2 kita doakan demi kebaikan kita semua juga.. aamiin.

  4. Teknologi kewangan patuh Syariah ,sebut dan dengar sahaja pun dah buat hati dan fikiran lapang serta tenang.

    1. Betul sgt tu PC.. sy pun suka dng info mcm ni. Moga terus berkembang dgn jayanya, aamiin.

  5. Semakin ramai orang sedar kepentingan sistem kewangan patuh syariah. Orang buat pelaburan pun nak yang patuh syariah.
    Kerja Sendiri recently posted…Taktik licik Penipu Jual Baja Menyusahkan Peniaga Runcit!My Profile

  6. alhamdulillah semakin hari semakin ramai memperakui urusan berlandaskan shariah ni sebenarnya lbh baik dan tersusun selain mampu membuatkan ramai menyakininya
    anies recently posted…Butterworth Unicorn 5KM Fun Run 2019My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.