Bertemu Nico Rosberg merupakan antara pengalaman berharga buat diri ini. Ia peluang yang saya perolehi sempena pelancaran Petronas Syntium CoolTech pada Sabtu, 21 Mac 2015 di KLCC. Bukan sekadar jumpa, tapi berpeluang berbual secara 4 mata disamping berkongsi resipi kejayaan dalam dunia perlumbaan profesional.
PETRONAS Syntium CoolTech
PETRONAS Syntium dengan CoolTech lulus piawaian ketat antarabangsa yang ditetapkan oleh Institusi Petroleum Amerika (API), Jawatankuasa Piawaian dan Kelulusan Pelincir Antarabangsa (ILSAC) dan Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA).
Bertemu Nico Rosberg
Selain itu, saya turut berpeluang mendengar sendiri pandangan dan perkongsian beliau tentang dunia perlumbaan. Ia satu penghargaan dapat bertemu pelumba dunia secara peribadi.
Pengalaman teknikal dalam Formula 1 telah menambah keyakinan beliau untuk memanfaatkan Petronas dari aspek rangkaian bahan api perlumbaan, minyak enjin dan bendalir untuk kejayaan 6 musim bersama Pasukan Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS.
Inovasi memainkan peranan penting dalam memastikan prestasi konsisten sepanjang musim 2014 membantu Pasukan Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS memenangi kejohanan FIA Formula 1 Constructors’ Championship. Ia adalah bukti kejayaan pasukan dengan kerjasama Petronas dalam kemajuan teknologi bendalir.
Menurut Nico Rosberg lagi, peraturan baru Formula 1 pada 2014 memerlukan penggunaan enjin yang lebih kecil dan cekap tenaga. Walaupun dengan pengecilan enjin, penghasilan kuasa yang sama harus dikekalkan dan ini menyebabkan haba yang ketara. Di situlah Petronas Syntium dengan Cooltech memainkan peranan besar dalam memenangi perlumbaan F1 ini.
Namun apa yang lebih menarik adalah perkongsian peribadi beliau sendiri dalam melakar kejayaan dalam dunia perlumbaan F1. Menurut Nico, kita perlukan 3 perkara untuk mendidik dan menyuntik semangat diri dalam setiap perkara yang diceburi.
Pertama, ‘Knowing and believing’ – kita perlu tahu, perlu terlebih dahulu berusaha untuk memahami dan percayai penglibatan yang kita pilih
Kedua, ‘strategize and humble’ – berusaha untuk fokus dalam penglibatan dengan membina kaedah pendekatan yang paling sesuai dengan kemampuan untuk menjayakannya. Paling penting, jangan memandang rendah hasrat dan perancangan yang orang lain lakukan.
Ketiga, ‘Do it till you make it’ – Beliau tidak bersetuju dengan ungkapan ‘fake it till you make it’, sebaliknya lebih selesa untuk melaksanakan apa yang dihasratkan melalui strategi yang terbaik dalam memastikan ia dapat terlaksana dan tercapai.
Baca lagi: Saat Berharga Bersama Yusuf Islam

Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
wah best nya KK dapat pergi majlis ni 🙂
Nico Rosberg heheehe untunglaa dapat duk kat sebelah hahahaha senyum lebar nampaknya …Wah menarik ni … Terima kasih KK atas perkongsian ini ..
Assalamualaikum KK… menjengah ke sini lagi…
wah hebatnya KK dapat bergambar dengan Icon sukan mewah dunia..
Bukan main lagi nampaknya KK…teruja sangat sampai berjabat tangan erat macam tak nak lepas jer…hehe
bolehlah rekemen pada suami..bagi link ni terus pada suami sbb saya ni kurang arif bab2 minyak dan kereta ni…
wahhh seronoknyaa bro KK
Wah! Dapat bergambar bersama Nico Rosberg lagi… 🙂
Kalau boleh harga minyak pelincir Petronas terbaik ni murah sikit utk rakyat Malaysia, kan ke bagus…
wah..nico Rosberg tu!tahniah abang Khir dapat jemputan majlis ni..moga terus maju-jaya..
mesti teruja jumpa pelumba formula 1.
Jom Vote blog acik bagi msmw
Inilah kelebihan penglibatan petronas dalam industri F1 sejak beberapa tahun lalu. Kini mula menampakkan hasilnya.
bestnya
Petronas semakin aktif dalam permotoran formula 1 dan dah tentu tahniah Khir kerana terlibat sama.
Power la KK. Siap dapat bergambor dengan Rosberg lagi tu. Hehe
Wah, KK dapat bergambar dengan Nico Rosberg laa… Jelesnya, hehe ^^
Petronas dengan Formula 1 memang dah diiktiraf kemampuannya..
nico rosberg tu ! bestnyer kk ! 😉
jeles sih kk dpt bergambar dgn rosberg … blh la try contact rosberg guna umobile
Harap-harap Petronas akan membangun dengan lebih jayanya
Semoga Petronas terus maju…
wah terbaiklah dapat join event besar camni.
Terbaik khir..jeles u..
wahhhh dpt jupa rosberg tu…. best best mmmm nk kena tggu 2 bln lg br dpt merasa myk ni 😉
untung nya badan!
oo nama dia Nico Rosberg? hehe…saya tak kenal pun
aritu mungkin saya berada dibelakang KK tengok pada keadaan gambo di ambil
sebab tu kita tak nampak antara satu sama lain
saya plak tidak mendapat jemputan rasmi, menyelit di situ aje =)