Antara Alif dan Ya…

Antara bait dan nada
Antara lembaran dan tinta
Lensa mata panorama minda
Pelali jasad penenang jiwa

Sesungguhnya insan itu dicipta
Asal paksi unsur yg sama
Iktikad latar dasar berbeza
Di atas saf wujud saksama

Antara Alif dan Ya…

Bacalah, bacalah dan bacalah
Menyelam maksud tulus hamba
Hakikat Luh Mahfuz merungkai salasilah
Rahsia ruh kudus terbela dijaga
Amaran mereka yang mungkar angkuh
Peringatan rahmat bagi yang alpa

Antara Alif dan Ya…

Perantara Jibril cahaya semesta
Perjuangan Rasul dan khalifah dunia
Kiblat panduan nafas manusia
Hikmah siasah Maha Pencipta

Ayuh saudara amanah kita laksana
Wasiat berpesan kebaikan bersama
Berkat sabar makmur hidup sentiasa
Moga kepadaNya pulang.. pabila putusnya nyawa.

Salam Sejahtera, Salam berkat.
– Khir Khalid

6 Thoughts to “Antara Alif dan Ya”

  1. bila baca poem nie tersentuh di hati..semoga kita bermuhasabah diri…

    1. Mudah-mudahan.. sbg peringatan empunya diri juga semoga bersama semua beroleh berkat.. amin.

  2. AvatarAnonymous

    Sangat tertarik dgn penulisan puisi ini sehingga membuat saya ingin menulis di sini.. syabas saudara.

    1. Terima kasih, moga membawa kebaikan kpd semua.

  3. AvatarAnonymous

    i like..:)

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.