BOH Sungei Palas Tea Centre, Cameron Highlands.

BOH Sungei Palas Tea Centre, Cameron Highlands – BOH sememangnya tidak asing lagi dihati rakyat Malaysia. Bagi saya, pelbagai nostalgia yang terkait dengan jenama BOH ini kerana ia sudah menjadi ibarat tradisi pelengkap hidangan keluarga kami sejak dahulu lagi.

Satu pengalaman istimewa apabila peluang menyertai trip ke BOH Sungei Palas Tea Centre, Cameron Highlands pada 22 dan 23 Julai yang lalu. Menikmati citarasa teh di BOH Cafe dalam suasana segar dan nyaman dengan ladang teh menghijau saujana mata memandang membuatkan saya teruja.

Ia satu ‘personal moment’ yang tidak akan dilupakan pada ketinggian 5,000 kaki dari aras laut di ladang teh yang terbesar ini.

BOH Sungei Palas Tea Centre Cameron Highlands.

BOH Sungei Palas Tea Centre

BOH Sungei Palas Tea Centre merupakan pusat teh yang menempatkan BOH Cafe dan J.A. Balcony dengan pemandangan ladang yang cantik. Disinilah juga tempat penanaman, pemprosesan dan penyediaan pelbagai adunan citarasa teh yang boleh dinikmati.

BOH Plantations diasaskan pada tahun 1929 oleh J.A. Russell, seorang ahli perniagaan British sewaktu era kolonial di Malaya. Beliau telah menemukan tanah tinggi di Cameron Highland ini sebagai lokasi yang subur untuk penanaman teh bermutu tinggi.

Usaha beliau kemudiannya diteruskan oleh anaknya, Datuk Tristan Russell pada 1950. Beliau bertanggungjawab meningkatkan lagi mutu penanaman dan pemprosesan selaras kemajuan teknologi termasuk mengiklankan di televisyen pada era ‘TV hitam putih’ dan hanya ada satu channel sahaja.

Kini, legasi dan tanggungjawab disandang oleh Caroline Russell sebagai Pengerusi Eksekutif, BOH Plantations. Berpeluang bergambar bersama untuk diabadikan sebagai kenangan dan inspirasi.

Bersama Datuk Tristan Russell dan Caroline Russell di BOH Tea Centre, Cameron Highlands. Khairul Anuar Md Khalid. Khir Khalid.

Seterusnya, kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis teh, adunan serta cara penyediaan yang betul dalam sesi Tea Testing & Pairing. Turut dijelaskan selain mutu dan kualiti teh, faktor pemanasan air dan teknik bancuhan juga boleh mempengaruhi mutu dan rasa teh.

Terdapat pelbagai barisan produk BOH dengan aroma dan adunan perisa tersendiri seperti Vanila, Passion Fruit, Earl Grey with Tangerine, Manggo, Strawberry & Raspberry dan bermacam-macam lagi. Bagi saya, teh berperisa manggo jadi pilihan… aroma teh dan manggo pun dah menarik selera.

Selain itu, kami juga turut berpeluang melawat ke kilang pemprosesan teh sebelum mengakhiri pengisian pada hari pertama di BOH Tea Centre Sungei Palas ini.

BOH Tea Testing di Sungei Palas Tea Centre, Cameron Highlands,

Tristan’s Terrace: Perasmian Wing Baharu Sungei Palas Tea Centre

Saya beruntung menyertai trip ini kerana dapat menjadi sebahagian yang meraikan hari bersejarah BOH, menyaksikan 2 majlis istimewa iaitu perasmian wing baharu Sungei Palas Tea Centre yang diberi nama Tristan’s Terrace dan ulang tahun BOH yang ke-90, bertemakan 90 Years of Ummph!

Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat, Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. Ia juga menandakan satu lagi landmark kejayaan serta komitmen berterusan BOH dalam memberikan pengalaman teh terbaik kepada pelangan.

Tristan’s Terrace diinspirasikan demi menghargai usaha yang telah dilakukan oleh Datuk Tristan. Ia menambah lagi infrastruktur kemudahan kepada pengunjung dengan kapasiti 200 tempat duduk, bilik mesyuarat eksklusif, bilik ‘tea tasting’ serta lanskap pemandangan ladang teh yang dijaga rapi.

Perasmian wing baharu BOH Sungai Palas Tea Centre (Tristan's Terrace) oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan,

Dengan penambahan wing baharu di Sungei Palas Tea Centre ini, BOH memainkan peranan besar dalam pembangunan eco-tourism di Cameron Highlands. BOH juga komited dalam menyokong segala usaha memajukan sektor pelancongan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

BOH juga telah menjalin kerjasama dengan Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC) membangunkan inisiatif konservasi di Cameron Highlands dalam menyokong preservasi, restorasi dan biodiversiti. Turut merangkumi restorasi hutan di TRCRC’s Tropical Living Collection (TRLC) di Banun, Perak, dimana BOH menaja 200 pokok dalam kawasan Central Forest Spine (CSF).

Berdasarkan pengalaman tersebut, BOH juga memastikan infrastruktur Tristan’s Terrace ini adalah lokasi menarik untuk bersantai menikmati keindahan landskap yang mendamaikan.

BOH Sungei Palas Tea Centre Cameron Highlands,
Tristan's Terrace, BOH Sungei Palas Tea Centre New Wing,

Meraikan Ulang Tahun BOH 90 Years of Ummph!

Selama 90 tahun, BOH sememangnya istimewa dihati rakyat Malaysia. Ia bukan sekadar aroma, rasa dan kualiti teh semata-mata, tetapi juga menyumbang pengaruh silaturrahim dalam menyerikan kehidupan kita semua yang lebih ceria dan bermakna… Ada BOH, Ada Ummph!

Bersempena ulang tahun BOH yang ke-90, teh edisi terhad Emerald Brand turut dilancarkan dalam packaging istimewa berbentuk sebuah buku. Ia adunan fine earl grey tea dengan marigold flower bersama natural citrus dan floral flavours.

Emerald Blend Limited Edition ini boleh didapati di BOH Sungei Palas Tea Centre dan secara online di laman web pada akhir artikel ini.

BOH Emerald Blend edisi terhad sempena ulangtahun BOH yang ke-90.

Sekalung tahniah kepada BOH atas ulang tahun ke 90!

Tanpa kita sedar, BOH sebenarnya telah banyak menyumbang sebahagian warna warni kehidupan dalam lipatan sejarah tanah air kita. Ia bukan sekadar jenama atau teh bermutu dan sedap, tetapi juga satu warisan negara yang patut kita semua hargai

Justeru bagi kalian yang nak berkunjung ke sini, BOH Sungei Palas Tea Centre dibuka setiap hari kecuali Isnin, dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Tiket masuk adalah percuma dan information tours akan sentiasa disediakan setiap 30 minit.

Info lanjut BOH Sungei Palas Tea Centre, Cameron Highlands, sila layari:

Ada BOH, Ada Ummph!

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

17 Thoughts to “BOH Sungei Palas Tea Centre, Cameron Highlands”

  1. Rahmat Rahman

    Dah 90 tahun rupanya perjalanan boh ni. Mmg tak dinafikan bnyk nostalgia klu dikaitkan dgn Boh ni. Ingat masa zaman2 sekolah smpilah skrng boleh buat rasa sayu jugak. Happy 90th anniversary Boh!

    1. Betul tu.. kebanyakkan kita akan rasa mcm tu sbb sejak kecil lagi kita mmg dah tau jenama boh. Mmg bnyk nostalgia boh ni bagi kita semua 🙂

  2. Boh… Ada ummmpphhhh!
    Cantik lah view kat situ. Rasa nak buat lawatan pulak kat situ.

    1. Cantik dan nyaman juga.. tenang je suasana smbil minum2 teh kat sini. Klu ke Cameron Highlands, Boh sungei palas tea centre ni mmg lokasi yang patut singgah sekeluarga 🙂

  3. cantik view ladang teh selamat ulang tahun BOH KE 90

    1. Sedap teh kalau minum waktu petang

      1. Mmg cantik.. pemandangan menghijau dan segar. Tengah hari pun sedap juga sbb udara persekitaran nyaman 🙂

  4. Cantiknya view ladang teh nie kan.. ada rezeki nanti nak ajak Abang Man ke sana..

    1. Betul kak.. klu ke Cameron Highlands mmg lokasi patut singgah ni. Ajaklah abg Man jalan2 sekeluarga masa cuti sekolah ni 🙂

  5. Cantiknya pemandangan ladang teh Boh, serba hijau. Jenama teh Boh memang gah di Malaysia. Nikmatnya time sejuk-sejuk pekena teh panas.

    1. Teh Boh ni mmg ada nikmat tersendiri.. mmg betul, sedap sgt minum teh panas time sejuk2 dan nyaman mcm ni.. mmg boh ada ummph!

  6. cantik view nyaaaaa… dapat secawan teh memang tak perasan boleh habis seteko hehehe

    1. Mmg cantik.. suasana tenang dan memberi inspirasi. Mmg secawan teh tak cukup Anies hehee 🙂

      1. yelah sembang, minum sembang minum…mana nk ckp seteko? hahaha

        1. A ah.. mmg tak cukup hehee 😀

  7. BOH… Ada Ummpphh…
    Memang suka ke sini bila ke Cameron Highlands. Menikmati pemandangan idah sambil menghirup Tea yg segar…

    1. Betul tu Leya.. feel minum teh pun lain.. tenang dan menginspirasikan 🙂

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.