Senibina Menara Condong Teluk Intan Perak merupakan tarikan utama yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan, Perak. Justeru, dalam program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak pada 16 hingga 18 Ogos 2014, kami juga berkesempatan berkunjung melihat sendiri dan menghargai keunikan senibina Menara Condong Teluk Intan yang bersejarah ini.
Sejarah Menara Condong Teluk Intan Perak
Selain itu, ia dilengkapi dengan jam sebagai penentu waktu serta pernah berperanan sebagai penunjuk arah kapal-kapal ke Teluk Anson. Bandar ini telah bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan berkuatkuasa pada 1 Januari 1982.
Antara faktor lain yang menyumbang kecondongan disebabkan ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut serta dipengaruhi dengan bebanan tangki menakung air di menara tersebut.
Suasana Sekitar Menara Condong Teluk Intan
Keadaan juga telah mula reda dari kesibukan pasar malam setibanya kami di sana. Terpesona melihat suasana malam Menara Condong Teluk Intan dengan lampu yang sentiasa berubah warna.
Panorama malam Menara Condong Teluk Intan |
Peluang keemasan ber’selfie’.. tak lepas peluang.. 😀 |
Berdasarkan papan tanda yang terdapat di sana, waktu lawatan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin. Walaupun begitu, aku tetap gembira kerana berpeluang merakamkan beberapa gambar di luar, bersama kakitangan Tourism Malaysia Perak dan peserta FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 di Menara Condong Teluk Intan ini sebagai kenangan.
Panorama dari seberang jalanraya.. di kiri adalah bas yang membawa kami. |
Ambil peluang jadi model blog huhu.. 😀 |
Gate masuk ke Menara Condong yang dikunci |
Waktu lawatan untuk rujukan anda |
Diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara |
Bersama abam-abam hensem.. :)) |
Manis-manis dengan senyuman.. 😀 |
Groupfie dari master groupfie www.eshamzhalim.com … yeay! |
Menghargai Senibina Menara Condong Teluk Intan, Perak
Menara Condong Teluk Intan di Perak ini juga tersenarai antara 7 keajaiban menarik yang terdapat di Malaysia. Maka, jangan lepakan peluang berkunjung ke sini sekiranya anda berada di Perak.
Menara Condong Teluk Intan, Perak Kredit gambar : Tourism Malaysia Perak |
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Baru je saya balik dari Teluk Intan en Khir..kampung hubby tu
Hehee.. mesti dah tak heran dgn Menara Condong Teluk Intan ni kan Zila.. 😀
Setiap bulan aku dan wife akan lepak pekena cucur udang kat gerai sebelah menara condong ni…ekekekeke… maklum ler kampong wife aku… pastu masa kitaorg kawen dulu..outdoor shoot kitaorg buat kat dalam menara condong ni….ekekekeke… aku dah kembali nak menulis ni…. mood ngan demam dah ok dah tp aku nak siapkan video mincing udang dulu…ekekekeke… Bro.. url blog aku kat atas tu ada typo error sikit..hihihihi… 😀
Alamak bro.. sori2. Aku dah betulkan url tu. Typo tu bro, sbb aku mmg ingat url bro hehee..
Kenapa hari tu tak ajak je kita org semua pekena cucur sekali eh.. Tp bab photoshoot tu mmg nostalgia.. nanti masukkanlah sekali gambar kawen kat artikel bro ttg menara condong tu.. pasti romantis.. 🙂 🙂
All the best utk video & artikel nanti eh.. slmt menulis.. 🙂
Aku pernah pegi. Last pegi, kat tengah-tengah tu ada kolam. Banyak duit syiling yang diorang campak ke dalam kolam tu.
Aku pun dengar jugak dia org cakap apa ada kat dlm tu. Campak duit mintak hajat style omputih tu eh.. Tp sayanglah sbb tak dpt masuk pulak… Lain kali ke sana mmg kena singgah lagi sbb teringin nak amik gambar panorama Teluk Intan dari atas Menara Condong tu. 🙂 🙂
Assalamualaikum dan salam singgah selasa khir…cantik pemandangan menara condong ni di waktu malam kn…teringin rasanyer nak jejakkan kaki ke sana..
Waalaikummussalam Mardiah.. cantik… mmg cantik. keadaannya pun bersih & terjaga. Klu ada ke perak jngn lupa singgah tau.. 🙂
Kira hebat jugakkan struktur Menara Condong ni. Walaupun condong tapi masih kekal berdiri sehingga ke hari ini..Ada tak yang berani nak naik atas tu..he..he
Mmg hebat senibinanya tu Raudzah.. unik. Saya teringin je nak naik, tp tak berpeluang pulak.. nak rasa gayat ke tak senget2 kat atas tu heheee.. 😀
kenangan mengusik jiwa ni. tempat kelahiran saya ni. dulu masa form 2 saya ada buat kajian sejarah pasal menara ni. merasa naik sampai tingkat teratas menara. tengok jam yang berfungsi. dulunya masih tak secantik sekarang. dulu nak naik pun ngeri sebab tangga dah usang semua. sekarang ni usaha baik pulih dah dilakukan
Ohh org Teluk Intan rupanya Anim ni eh hehee.. Mmg bersih & terjaga lah tempat tu cuma sayang sbb tak berpeluang masuk & naik ke atas tu waktu melawat hari tu. Tp seronok juga sbb dpt memerhati sekeliling kawasan tu.. 🙂
X pernh lgi Lya smpai me cna
Ada kesempatan klu ke perak nanti singgahlah Lya.. 🙂
Tips percutian menarik cuti2 Malaysia..
Mmg menarik SP.. 🙂 🙂
teringin nya nak pi Perak…
Pergilah nanti eh Aida.. 🙂
Idah belum pernah ke menara condong nie… walau pun dah beberapa kali ke perak… ermmm tak sangka banyak juga tempat2 menarik di negeri perak ye khir…
Mmg bnyk tempat2 yg menarik kat Perak ni Idah.. syukurlah berpeluang menikmati & berkongsi ttgnya. Lain kali klu ke Perak mmg kena singgah ni Idah… amik gambar sekeluarga.. klasik.. 🙂
seronok berselfie ye..
tak sampai ke perak lagi..
berselfie di menara condong hehee.. Moh le kite ke Perak Mar.. 😀
Bilz bscs entry ni …teringat masa pergi perak dua thn lps..tapi tak berkesempatan kesini..insyaallah ada jodoh masa dan keadaan mengizinkan akan sampai jugak kt sini..thanks Khir sdi berkongsi info..Gambar yg cantik sedap mata memandang..
Mmg kena singgah klu ke sana lagi nanti tu jenjalan kan… T kasih kembali Lya.. 🙂 🙂
InsyaAllah nak ke sini nanti..
Pergilah… seronok jenjalan smbil belajar.. 🙂 🙂
Suasana malam cantik
Mmg cantik.. klasik je nampak kan.. 🙂 🙂
Gambar first tu cantek, ada keunikan tersendiri 🙂
Jangan lupa join segmen ABM ye
http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/09/segmen-giveaway-merdeka-hari-malaysia.html
Mmg cantik kan.. t kasih sudi invite saya ye.. 🙂 🙂
menarik ! cantik pemandangan malam di menara condong tu…
Mmg cantik & menarik Sha.. suka tengok.. 🙂
alhamdulillah da smpi ke sini januari lps 😉
Wahh best kan Anies.. 🙂 🙂
ala…selalu sangat dengar pasal menara condong ni. entah bilalah nak g.
laa, ingatkan memang intention dia nak buat condong, rupanya sebab struktur tanah yang x sesuai ye. ahahahaha… baru ku tahu.. x bestlah kalau time dia tutup kan.. bukan senang nak g situ.
Dulu pun saya pernah ingat mcm tu.. ingat dia condong sbb kreativiti kesenian lah kan hehee. Nasib pernah terbaca kat majalah ttg tu masa bujang2 dulu. Klu Amy ada ke perak jngn lupa singgah teluk intan ni.. rugi klu tak singgah sekali.. 🙂
Thanks for sharing bri KK. Tak pernah sampai sini lagi.
Ada kesempatan jenjalan ke Perak kena singgah sekali tu Fiza… menarik.. 🙂
dah lama tak kesini..mesti lagi best..last pergi sebelum kawen dulu la..lama dah pun..
Dah kawen ni kena pergi sekali lagi Diana.. gambar2 romantis dgn yg tersayang.. 🙂 🙂
uncle belom sampai lagi sini…. (malu)
Alamak.. saya dah melangkah bendul ni, selfie dulu sblum uncle Gedek huhu.. 😀
Banyak tempat menarik teringin nak pergi tapi tak syok pergi sorang2. Segan sama ^_^
Saya pun sama jugak Zumal.. boleh mati kutu klu jln sorang2 kan hehee.. 😀
nice sharing 😀
cantek sangat menara condong nii.. teringin nak pegi!!! perak ye? jauhhnyaaa.. nt kalau gi kedah.. nk singgah sni la.. sekali jalan kan. hehe
Mmg kena singgah tu klu dah sejalan ke kedah Nadyya.. mmg menarik.. klasik je.. 🙂
macam menara pisa kan.. 🙂
A ah kan Wawa.. boleh sama pulak condong dgn menara Pisa tu kan.. 🙂
lama tak ke sini, CN pernah amik gmbo dkt sini, student ingt dekat menara pisa 😉
Tulah kan CN… klu org tak tau, sekali imbas ingat kat itali pulak.. 🙂 🙂
Suka pemandangan di waktu malam….cantik lampu2 tu..
Mmg cantik & menarik.. nampak klasik juga Fidah.. 🙂
Teluk Intan klo pasar malam & dekat2 hari perayaan, memang sesak…klo musim perayaan, memang husband saya elak ke sana…sesak bole tahan jugak…tapi Teluk Intan macam2 ada kan…^_^
Pemandu pelancong tu pun awalnya ckp mcm tu juga.. tp dah ramai2 pujuk, pergi juga dia hehee.. Mmg sibuk kan, cuma nasib baik waktu tu dah agak lewat.. jln pun kurang jem. Tak cukup masa rasanya kat Teluk Intan tu, mmg mcm2 ada Mama Amir.. 😀
belum pernah pergi..ada hati juga nak pergi nie!
In shaa Allah sampai tu nanti bro Hanafi.. Klu ke Perak jngn sesekali tak singgah.. rugi.. 😀
menara condong a.k.a menara pisa malaysia… hehehe…. sejak teluk intan naik taraf jadi majlis perbandaran macam-macam kemajuan yang telah diusahakan…. bangga saya jadi orang teluk intan… ekekeke…. 🙂
Tahniah Cheq Eem..pertama kerana menjadi org Teluk Intan & keduanya sbb menjadikan Menara Condong ni sbg pilihan photoshoot perkahwinan.. romantis u hehee.. Sbg rakyat Malaysia, saya pun turut berbangga dgn warisan sejarah Menara Condong & Teluk Intan ni. Satu warisan sejarah yg patut kita semua hargai.. 🙂 🙂
Inilah bandar utama saya kalau balik kampung. Banyak kenangan pahit manis di bandar ini. Nama asal bandar ini adalah teluk mak intan sebelum ditukar kepada teluk anson.
Menara jam inilah tarikan paling terkenal yg menjadikan Teluk intan dikenali diseluruh negara dan dunia dan hanya ada dua bangunan menara condong didunia! salah satunya di Teluk Intan. Sekarang ianya telah dipelihara dan dijaga dgn baik sekali…dulu2 terbiar jer.
Ohh… kawasan jajahan BM ni rupanya hehee.. Mmg betul tu & baguslah ditukar balik nama tu menjadi Teluk Intan kan.. Menara Condong tu mmg perlu dihargai & dijaga sbb nilainya dlm warisan sejarah negara kita. Alhamdulillah, waktu kami ke sana tu, seluruh bangunan tu mmg nampak terjaga… menarik.. 🙂 🙂
Hari tu dah nak sampai dah menara condong ni, tapi tak jadi pula nak ke sana..huhu..kalau ada rezeki teringin juga nak pergi sana..
Sikit je lagi tu eh Wanie.. klu kesempatan ke Teluk Intan mmg kena singgah tu Wanie.. 🙂
Menarik… Teringin juga nk ke sana..
Cuti sekolah nanti bolehlah ke sana sekeluarga.. 🙂
Singgah lagi sekali nak tgk gambar Menara Condong tu hehhehe /………
T kasih Lya sudi singgah lagi… 🙂 🙂
as salam. teringin nak ke sini :))
In shaa Allah.. pasti akan pergi tu nnti Itah… :):)
noe selalu g teluk intan tapi x pernah masuk ke dalam menara tu lagi …
Tak pernah lagi ke sini.. ni pun baru tau.. nasib baiklah Khir menulis tentang ini.. In shaa Allah.. akan singgah kalau berkesempatan 😀
pernah naik sampai tingkat 3… dulu tak cantik mcm sekarang. byk tahi burung layang2 dan burung merpati. agaknya sama kot. naik pun nk tgk apa je
aku orang malaysia tapi belum sampai lagi di sana.. tiada rezeki lagi kot 😀
tah bila la nak sampai sana walaupun selalu gak berkunjung ke bagan datuk .
tangki air asal dia rupanya
tapi tak berupa tangki air pula ye…hehe
saya tak pernah sampai sini lagi
orang kata dia sama macam menara condong pisa
bestnya..nad tak pernah pergi lagi…bila la dapat pergi..
Nice info…makin terasa nk pergi sini….
salam,
bunda pernah pergi berjalan2 sekitar menara saja…belum pernah masuk dan naik keatas menara…
Saya belum pernah sampai lagi ke menara condong ni Kk,ada kesempatan nak sgt tgk hehe
tak pernah join fam trip lagi huhu. pernah lalu menara ni. tapi tak naik pun haha