Khir Khalid Profile. Khairul Anuar Md Khalid. Perunding Pemasaran.

Assalamualaikum.

Hi, salam perkenalan.

Saya Khairul Anuar Md Khalid, atau juga dikenali dengan nama Khir Khalid dikalangan rakan industri digital, rakan-rakan media, penulis blog dan media online.

Seorang Penggiat Digital dan Penulis Kandungan yang terlibat dalam kerjasama pengurusan kandungan digital, penulisan blog dan portal media kepada beberapa agensi perhubungan awam di Malaysia dan Asia Tenggara.

Warga Malaysia, suami kepada seorang isteri dan bapa 4 orang anak.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran (BA Hons Marketing) di University of Wolverhampton, United Kingdom pada tahun 1997, saya memulakan kerjaya pada 1998 dalam pemasaran dan perhubungan awam di beberapa sektor komersil.

Saya mula terlibat dalam media online pada 2011 melalui peluang kerjasama industri atas prospek digitalisasi yang berkembang pesat. Maka saya mengambil keputusan untuk memulakan inisiatif sendiri dengan menubuhkan sebuah laman blog dengan nama KhirKhalid.com pada tahun yang sama.

Bermula dengan platform percuma Blogspot.com, laman ini telah dinaiktaraf kepada hosting berbayar pada 2016 dengan platform CMS WordPress sebagai komitmen yang turut membuka ruang mendalami input digital bersama komuniti WordPress Malaysia.

Portfolio Digital

Sehingga kini, laman ini terus menjadi platform rasmi untuk saya berkongsi perspektif kepada enjin carian tentang penglibatan industri dan pengalaman peribadi.

Ia juga amat membantu dalam membina kredibiliti digital yang membuka pelbagai peluang kerjasama dengan pemerkasaan kandungan dan rujukan digital.

Antara portfolio kerjasama bersama agensi dan institusi adalah;
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC).
British Council Malaysia.
Petronas Malaysia.
Kumpulan Sunway.
INTI International University and Colleges.
serta beberapa sektor IKS & PKS.

Turut disenarai dalam ‘MIA 70 Rising Personalities On Linkedin In Malaysia In 2020’.

Saya juga ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia, mantan kolumnis di Utusan Malaysia dan Marketing In Asia dengan nama pena Khir Khalid.

Justeru, saya boleh dihubungi di khirkhalidmy@gmail.com.

Subscribe Newsletter untuk menerima artikel terkini di emel.

Salam hormat.

Subscribe Newsletter.

Contact Form: