Prakata Pembuka Langkah syukur

Prakata pembuka langkah…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji-pujian tertentu kepada Allah swt yang sesuai dengan Kebesaran dan KeagunganNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, kaum keluarganya, para sahabat serta para pengikut sahabatnya dari masa ke semasa hinggalah ke hari kiamat.

Blog KhirKhalid.com ini adalah kesinambungan daripada blog KhirKarya dan KhirWords bagi memenuhi hasrat hati agar dapat saya abadikan segala perspektif dan realiti dalam penglibatan kerjaya, keusahawanan dan ekspresi peribadi sebagai penghargaan, portfolio dan berkongsi nilai tambah yang bermanfaat. Blog ini merupakan satu inisiatif penambahbaikan dari platform blog percuma kepada sebuah laman web dengan domain dan hosting sendiri.

Inspirasi menulis itu sendiri sebenarnya sudah bermula seawal di bangku sekolah. Saya memang minat membaca dan menulis, dan lebih gemar menyatakan sesuatu melalui penulisan. Sungguh pun begitu, tuntutan semasa pengajian di kolej dan universiti sehinggalah penglibatan kerjaya dalam bidang pemasaran memerlukan skill pertuturan atau interpersonal skills menjadi sandaran untuk terus berdaya maju.

Namun, ia tidak bermakna penulisan itu tidak penting. Atas inspirasi itulah saya terus menulis.

Melalui laman web KhirKhalid.com ini, saya menjadikan ia sebuah lapangan dalam berkongsi idea, perspektif dan realiti penglibatan kerjaya, keusahawanan dan kehidupan. 

Artikel ini pula merupakan segmen penulisan pertama di blog ini sebagai prakata pembuka langkah dalam memanfaatkan potensi kemajuan digital sebagai salah satu wadah memperkasa penglibatan dan kredibiliti kerjaya disamping menyumbang nilai tambah kepada pemerkasaan industri, individu dan masyarakat umumnya.

Mudah-mudahan ia terus menjadi sumber inspirasi, rujukan dan panduan serta landasan yang mampu melonjakkan lagi authoriti industri dalam penglibatan kerjaya demi mendepani cabaran tranfomasi digital era internet kebendaan (IoT) kini dan di masa hadapan, insyaaAllah.

Terima kasih kepada semua yang membantu merealisasikan hasrat ini. Anda juga dijemput untuk melanggan surat berita (Newsletter) laman web ini agar dapat mengikuti input artikel terkini secara percuma ke emel anda.

Akhir kata, semoga laman ini dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan pembaca.

Salam Hormat

-Khir Khalid

Subscribe Newsletter untuk info terkini.

One Thought to “Prakata Pembuka Langkah”

  1. Cetusan Minda

    insha Allah , niat itu akan dipermudahkan … alhamdulillah , rezeki kk . shell lovemyride festival keluar lak …

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.