Khir Khalid Profile. Khairul Anuar Md Khalid. Perunding Pemasaran.

Assalamualaikum.

Selamat datang ke laman KhirKhalid.com

Saya Khairul Anuar Md Khalid atau dikenali dengan Khir Khalid.

Laman ini adalah ruangan saya berkongsi dua perkara utama iaitu perspektif dalam industri digital yang diceburi disamping catatan peribadi dalam penglibatan komuniti.

KhirKhalid.com bermula pada tahun 2011, hasil cetusan minat menulis dari pendedahan kerjaya dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam. Pernah terlibat sebagai kolumnis di Utusan Malaysia dan Marketing In Asia dengan nama pena Khir Khalid.

Kini saya terlibat sebagai penulis dan pengurus kandungan digital melalui kerjasama agensi perhubungan awam di Malaysia dan rangkaian media Asia Tenggara.

Khir Khalid, Editor Marketing In Asia Edisi Bahasa Melayu,

Profil Penulis

Warga Malaysia, kelahiran Johor.

Suami kepada seorang isteri dan bapa kepada 4 orang anak.

Saya dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di Pontian. Melanjutkan pelajaran di RIMA College Kuala Lumpur, seterusnya ditauliahkan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran di University of Wolverhampton, United Kingdom.

Menjawat pengarah pemasaran di Prima Iklan Sdn Bhd sebelum bergiat dalam inisiatif digital. Pengalaman ditugaskan ke beberapa negara turut memberi pendedahan tentang pengaruh digitalisasi terhadap industri global dan nilai gaya hidup. Dari situlah saya menyedari tentang potensi menulis dalam menyumbang input bermanfaat di enjin carian.

Maka terhasillah laman ini pada Oktober 2011. Bermula dengan platform janaan Blogger.com, ia kemudiannya telah dinaiktaraf kepada pelan self-hosted CMS WordPress pada 2016.

Sepanjang lebih sedekad menulis, laman ini turut membantu membina ‘digital presence’ dalam kredibiliti digital. Ia telah membuka pelbagai peluang kolaborasi kandungan digital.

Antara portfolio kerjasama adalah;

Saya turut disenarai oleh portal TalentCorp, iaitu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia dalam artikel ‘MIA 70 Rising Personalities On Linkedin In Malaysia In 2020’.

Khir Khalid Biodata penulis

Penglibatan Komuniti

Saya juga aktif dalam penglibatan komuniti. Ia salah satu cara melihat aspek kehidupan dan inspirasi menulis disebalik kesibukan dunia digital.

Antara penglibatan, pernah dilantik sebagai panel penasihat Persatuan Asrama Belia Wilayah Persekutuan (2016-2020) dan ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia (2016-2022). Kini menyandang sebagai pemeriksa kira-kira Persatuan Pegawai Masjid Dan Surau Negeri Johor (Cawangan Pontian) sejak 2025.

Saya percaya, setiap pengalaman ada pelajaran, dan setiap pelajaran patut dikongsi jika ia boleh memberi manfaat kepada orang lain, insyaaAllah.

Ibarat kata Imam Syafi’i; “ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat”. Ilmu harus diamalkan dan disebarkan agar memberi manfaat.

Justeru, sekiranya ada input penulisan di laman ini yang bermanfaat kepada anda, alhamdulillah. Jika ada yang kurang atau silap, saya terbuka untuk teguran dan nasihat.

Saya bukan pakar, tapi seorang yang masih belajar.

Saya boleh dihubungi di khirkhalidmy@gmail.com.

Salam hormat.
Khir Khalid

Subscribe to our Newsletter;

Laman Utama