WSF National Bootcamp 2019‘Begin with a startup, finish with an empire’

Dunia keusahawanan semakin terbuka luas dengan pelbagai cabaran serta peluang dengan berkembangnya kemajuan teknologi era globalisasi kini. Melalui ilmu dan network yang betul, kita mampu mengenal potensi dan memantapkan lagi usaha demi mencapai hasrat keusahawanan yang lebih mampan.

Atas aspirasi tersebut, World Startup Festival (WSF), sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam memperkasa ekosistem keusahawanan startup global, bakal menganjurkan WSF National Bootcamp 2019 buat para startup dan usahawan. Bootcamp ini bakal diadakan di Found8 CoWorking, Kuala Lumpur Sentral pada 29 dan 30 Ogos 2019.

Justeru, saya panjangkan info bermanfaat ini kepada pembaca dan subscriber dengan disertakan tawaran menarik bagi yang berhasrat menyertai, pada akhir artikel ini.

WSF National Bootcamp 2019

WSF National Bootcamp 2019

Selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional ke arah ‘Negara Keusahawanan Unggul 2030′, ia dianjurkan bagi memperkasa fokus keusahawanan startup dengan memanfaatkan peluang dan potensi serta membina jaringan tempatan dan antarabangsa.

Disokong dengan penglibatan kerajaan serta pelbagai agensi, sektor korporat dan swasta, juga menampilkan pakar-pakar industri yang diiktiraf dari pelbagai sektor sebagai speaker untuk berkongsi pandangan disamping membimbing perlaksanaan dalam bootcamp selama 2 hari ini.

Dengan tagline ‘Begin with a startup, finish with an empire‘, ia merupakan ‘fast-track accelerator program’ melalui siri modul bootcamp dalam memperkasa keusahawanan melalui persediaan dari permulaan, pendedahan pembiayaan juga pengetahuan tentang pasaran.

Bootcamp ini juga diadakan bertujuan mengumpulkan semua pemain ekosistem dari pelbagai latar belakang, merangkumi pihak kerajaan, korporat, usahawan, para startup dan peserta bagi berkongsi perspektif, mengenalpasti realiti keusahawanan dan pasaran serta peluang dalam mengembangkan lagi potensi perniagaan.

WSF National Bootcamp 2019

Sertai Bootcamp 2019 Dengan Pakej Diskaun

Saya menawarkan pakej harga tiket istimewa buat para pembaca dan subscriber yang berhasrat menyertai bootcamp ini. Anda boleh mendaftar dengan diskaun harga tiket sebanyak RM100 dari harga asal yang ditawarkan dengan beberapa step mudah.

Saya sertakan maklumat rujukan di bawah;

Program: WSF National Bootcamp 2019
Tarikh: 29 dan 30 Ogos 2019
Masa: 9 pagi hingga 6 petang
Tempat: Found8 CoWorking, Kuala Lumpur Sentral.
Harga: RM300 per company (2 pax)

Link Pendaftaran: https://bit.ly/13BuqN6 
Sila sertakan kod promo di bawah ini semasa membeli tiket di link pendaftaran; 
Promo code: WSFPARTNER

Salam sukses buat semua!

Info terbaru: WSF National Bootcamp 2019: Perkasa Keusahawanan Dan Startup

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.