WordPress Meetup Oktober 2019

Terpanggil mengambil sedikit masa pada malam ini mencoret artikel penghargaan sebagai sebahagian portfolio digital sempena WordPress Meetup Oktober 2019 yang berlangsung pada Sabtu lepas.

Memang tidak dinafikan setiap kali menyertai perjumpaan WordPress ini, pasti ada perkara baru yang dipelajari. Sebagai individu yang menggunakan platform WordPress sebagai portal yang membantu melonjakkan potensi kerjaya, ia adalah satu perjumpaan ilmu yang saya hargai.

WordPress Meetup Oktober 2019

WordPress Meetup Oktober 2019

WordPress Meetup untuk bulan Oktober telah diadakan di pejabat Exabytes, Puchong.

Sesi kali ini turut melibatkan perkongsian santai dikalangan pembangun laman web, expert dan non-expert wordpress enthusiast seperti saya. Antara yang dibincang termasuklah elemen dalam optimasi laman web, plugin dan perkembangan terkini WordPress selaras pembangunan digital.

WordPress menguasai 28% website seluruh dunia dan menjadi pilihan industri, profesional, juga individu yang serius membangun kerjaya melalui ruangan digital. Saya bersyukur dapat bersama komuniti WordPress menambahbaik pengetahuan dan perkembangan semasa.

Tambahan lagi, selain menulis blog sebagai portfolio kerjaya, saya juga menyelia konten untuk 3 laman web perniagaan termasuk usahasama keusahawanan sosial dan pemasaran bersekutu rakan industri, institusi dan agensi. Maka perjumpaan ini membantu menambahbaik usaha sepenuh masa.

Baca: Optimasi Potensi Blog Di WordPress Meetup KL

Pengisian WordCamp KL 2019

Selain itu, WordPress Meetup Oktober turut membincangkan tentang WordCamp Asia 2020 dan WordCamp KL 2019. Satu lagi penghargaan bila berpeluang terlibat menyumbang usaha untuk WordCamp KL 2019 yang bakal berlangsung pada 1 dan 2 November nanti.

Bagi pembaca yang menggunakan platform CMS WordPress dan berhasrat menyertai, link info lanjut sudah pun tersedia di dashboard WordPress Events and News kalian. In shaa Allah, kita bertemu di sana nanti bagi yang menyertai.

Apa pun, era revolusi industri 4.0, cabaran digital disruption, fintech dan blockchain dalam ekonomi digital semakin berkembang pantas meneraju kemajuan teknologi.

Perkembangan pemasaran juga perlu update selaras tuntutan semasa… perlu kenal arus perubahan, terus belajar serta menambahbaik jaringan dan komuniti digital dalam memanfaatkan potensi laman web demi aspirasi keusahawanan.

Baca lagi: WordPress Meetup Suntik Inspirasi Menulis

12 Thoughts to “Aspirasi WordPress Meetup Oktober 2019”

  1. Pertemuan dan perbincangan atau bengkel-bengkel yang diadakan begini sebenarnya menambah ilmu..meluaskan pengetahuan..melebarkan pengalaman..lebih banyak idea dapat dicerna..lebih banyak hasil yang berkualiti dapat dihasilkan..beruntung bila saling terbuka berkongsi ilmu..alhamdulillah.
    Perdu Cinta recently posted…BerbicaralahMy Profile

    1. Betul tu PC.. selain tambah pengetahuan, secara tak langsung juga dpt kenal dan bina hubungan dgn lebih ramai mereka2 yg bergiat dlm platform wordpress dari masa ke semasa, in shaa Allah.

  2. AvatarMarzuki Rmn

    Bagus ada meetup mcm ni.. kira mcm sebuah komuniti, setidaknya ada tempat dirujuk utk perkara2 terkait. Moga terus sukses semuanya.

    1. Mmg bagus tuan.. at least tambah lagi kenalan dan contact berkaitan bidang ni.

  3. Bagus ada perjumpaan macam ni Dapat maklumat tentang perkara terkini disamping bertukar tukar pengalaman.

    1. A ah betul.. belajar sambil kenal2 lebih ramai lagi yg terkait dgn wordpress ni.

  4. tahniah tuan…

    semakin hari semakin hensem.

    hensem bukan setakat pada rupa.Yang paling pentimg hensem pada akal dan budi bicara..

    sebagai orang kecil ternyata saya perlu banyak belajar dari tuan dalam bab blogging ini
    mrhanafi recently posted…Afnan Rosli bakal muncul di TEDxKenyalang 2019My Profile

    1. Kita sama2 belajar tuan.. ilmu skrng pun berubah pantas dan sy lebih suka belajar melalui perkenalan serta belajar dari realiti industri apa2 yg patut utk kerjaya dan kehdupan.. tuan pun hensem juga hehe 🙂

  5. masa ni lah kita berpeluang berkongsi pengalaman dan bertukar2 fikiran… smpi kdg kala tak sedar ms berakhir begitu pantas dan terasa masih byk lg perkongsian tak dpt disebarkan
    anies recently posted…5KM FLORIA Fun Run 2019My Profile

    1. Betul tu Anies.. blog juga bnyk membantu sy menambahbaik aspirasi kerjaya melalui perkongsian kpd prospek pembaca. Pertemuan mcm2 ni mmg boleh dikatakan penting juga bagi sy menambahbaik lagi apa2 yg patut.

  6. Bagusnya ada majlis macam ni

    1. Mmg bagus.. selain tambah ilmu, tambah juga kenalan pengguna wp d Malaysia ni.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.