Wall Climbing UTC Pudu Sentral – Sekadar mencoretkan kenangan aktiviti wall climbing bersama keluarga di Y-Centre UTC Pudu Sentral pada penghujung Disember 2014 yang lalu. Satu aktiviti ‘simple’ tetapi mencabar dan menyeronokkan… baru wall climbing je ni, belum lagi mount climbing yang betul-betul tu ehehee…
Acara Belia UTC Pudu Sentral
Sebenarnya, saya telah mendapat jemputan Jabatan Belia Dan Sukan W.P. Kuala Lumpur menyertai Program Hari Terbuka Y-Centre UTCKL dan Program Bakat Remaja Rakan Muda 2014 pada hari Sabtu (20/12/2014). Sayangnya, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat sertai program tersebut.
Justeru, kami terus bergerak memenuhi kesempatan petang hari minggu singgah ke Y-Centre di UTC Pudu Sentral. Alang-alang ada waktu terluang, apa salahnya singgah sekejap. Bak kata orang tua-tua… tak dapat sertai acara pun, ada peluang dapat tunjuk muka pun ok lah… 🙂
Cabaran Wall Climbing Bersama Keluarga Di UTC
Kedatangan kami pada tengah hari Ahad ini sememangnya tidak disia-siakan. Acara belia yang masih setia menanti adalah ‘wall climbing’. Atas ajakan anak-anak dan puan Mem, keegoan diri ini tercabar juga huhu… Maka kami pun panjatlah… yeah!!
![]() |
Sesi pendaftaran… siap dapat sijil tau… 🙂 |
![]() |
Sesi penerangan oleh instructor tentang aspek keselamatan |
Aktiviti wall climbing memerlukan kekuatan tangan serta kaki. Paling mencabar, kekuatan utama perlu disalurkan kepada jari jemari agar mampu menampung badan untuk terus memanjat. Kebijaksanaan minda juga amat penting agar keputusan memilih mana tempat yang hendak ditaut dapat dibuat secara segera.
![]() |
Tengah panjat pun sempat posing.. Puan Mem sampai takat tu je dia hehee |
![]() |
Kak long berjaya sampai ke puncak… memang kuat dia ni.. 😀 |
![]() |
Abang ngah pun ikut jejak Puan Mem… sampai tu je huhu.. |
![]() |
Eh… terpelecok pulak… |
![]() |
Berjaya sampai ke puncak! |
Wall Climbing, Aktiviti Santai Tetapi Mencabar
![]() |
Abang instructor tu tunjuk good kat saya 😀 |
Bagi saya, wall climbing ini sangat sesuai dijadikan aktiviti kekeluargaan kepada keluarga yang gemarkan aktiviti lasak tetapi santai. Tetapi, biarlah ia dilakukan ditempat-tempat yang betul seperti di Y-Centre UTC Pudu Sentral ni… jangan dibuat di rumah tanpa pengawasan mereka yang bertauliah dan pakar… bahaya!!
Cukuplah merasa pengalaman wall climbing seperti ini sahaja. Kalau melibatkan diri memanjat ‘mount climbing’ yang sebenar memang bukan pilihanlah. Tak berani nak sahut.. sakit jari, lenguh kaki… silap langkah tangan cramp… terjatuhlah pulak nanti huhu.. adehhh.. 😀

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Wall climbing…, anak-anak saya teringin benar nak menyertai aktiviti yg lasak ni. Kt UTC Pudu dah ada ya ?
Boleh la di canangkan kat depa nanti. Terima kasih Khir utk infonya.
A ah kak Lynn.. ada.. pergilah.. mmg seronok.. 😀
Menarik. Teringin nak try wall climbing ni!
Mmg best… ada kelapangan pergilah.. seronok.. 🙂
pernah main wall climbing masa kem di kuantan dulu. hahaha. memang lama sangat dahh 😀
Kena try panjat balik tu tengok masih fit ke tak hehee.. 😀
Macam best aje….
Menarik jika dijadikan aktiviti keluarga
Mmg best… seronok sgt.. 😀
Hmmm….dapat sampai ke atas tu baguslaa…kira hebat tu KK….
Kalau kita nak naik wall tu, ada bayaran ke?
Hehee gaya je lebih… semput jugak tu Chekgu.. Bab bayaran saya tak pasti pulak sbb masa tu mmg free. Tapi klu ada bayaran pun pastinya tak mahallah.. Waa terlepas pandang info ttg bayaran.. nanti saya check info ttg bayaran tu.. 😀
SP pula tak pernah lagi panjat wall ni..
Sesekali kena cuba tu SP hehee.. 😀
menarik ni..saya pon xpernah cuba lagi…
memang buka tiap2 hari ka..bayaran brapa ya
Haaa ZF mmg kena cuba ni.. Bab bayaran waktu ni free je hehee tak pasti pulak. Tapi sure tak mahallah..
Kena check jugaklah bab bayaran ni nanti utk info.. 😀
kalau nk check..kena buka web utc ka mcm mna..
nanti boleh suggest pada member2 kat area sana.. ada jugak aktviti boleh buat time saya naik KL nnt
bestnyaaa!! teringin nak cuba aktiviti nih. inshaa Allah , one day. hehe
Mmg best sgt.. seronok.. ada masa nanti cubalah.. 🙂 🙂
amboihhh… kemain bro sekeluarga.. sampai atas yea.. sesekali seronok aktiviti ni.. terbaik!!!
Hehee.. mmg seronok bro Kid.. menguji fitness badan juga.. sesekali bolehlah, klu selalu mmg tak larat.. 🙂 🙂
Tak pernah lagi panjat wall ni..teringin juga..
Sesekali kena try jugak tu AB… seronok.. 😀
wah bestnyaa..tak pernah pun climbing ni
Mmg best… seronok sgt.. ada masa kena try juga tu Nadia.. 😀
Kuatnya anak dara Khir, ikut ayahnya juga.. Seronok baca entry ni.. Nurul.pernah nampak juga aktiviti begini masa hari terbuka nusajaya last year, tak join pun.. Tau doh mesti macam puan mem tu hahhaaa
Hehee… dapat panjat naik sikit2 pun ok tu Nurul.. jngan tak bergerak langsung sudah lah.. 😀 😀
Dulu masa kat U ada gak tempat utk wall climbing ni. Tapi tak pernah cuba.. Rasa macam rugi pulak tak cuba.. Huhu..
RosmizaAliDotCom™
Kalau lepas ni ada peluang lagi cubalah… seronok hehee.. 😀
saya tak pernah join aktiviti lasak sangat..sebab saya gayat
Kalau gayat tak dapek den nak tolong hehee.. 😀
Menunggu info bayaran….
Nanti akan dipastikan hehee.. 🙂
Tahniah…..terbaik
T kasih… semput juga tu… mantain macho je.. 😀
nampak muda remaja…hi3.
Alhamdulillah… bnyk makan ulam kot.. 😀 😀
JM pun suka mkn ulam tapi kenapa x nampak muda remaja pun hiksss
saya teringin tau nak cuba
tapi tak ada keberanian…hehe
Sesekali kena lawan ketakutan tu YY.. try le panjat hehee.. 😀
Wwahh seronoknyer ..Tahniah ya KK sampai ke puncak tuuuu ..Alahai Pn Mem kalah la pulak hehehe ..Takpe takpe lain kali panjat lagi hahaha..Buat aktiviti camni bersama keluarga alangkah seronoknyerr..Suka tengok ahli keluarga KK semua bersatu hati layan aktiviti ni..Semoga terus bersatu hingga hujung nyawa..
Alhamdulillah.. seronok. Tapi tak larat nak buat selalu… maklumlah, buka jenis kaki panjat sangat pun hehee.. 😀
Dah lama tak buat aktiviti x-treme ni..rasanya dah tak mampu kot nak panjat..
Saya pun mula2 fikir macam tu juga.. bila cuba, boleh pulak panjat… boleh tu CP.. 🙂 🙂
bestnyer ! masa zaman muda remaja dulu, selalu la wall climbing, abselling dan pelbagai aktiviti lasak yang best tu, tp bila jadi mak budak, mmg tak pernah lagi la buat benda2 tu semua
Sesekali dah jadi mak budak kena cuba juga tu CN hehee.. 😀
mmg teringin gak nak cuba, tengah cari peluang..best wall climbing ni, kuatkan tangan dan kaki kita 😉
tingin nk try tp bdn x fit 😉
Hehee.. saya pun mula2 fikir mcm tu juga.. bila try boleh panjat pulak… 😀
p/s
SOMETHING FOR YOU, HERE:
http://aniesandyou.blogspot.com/2015/01/perhatian-kepada-blogger2-berikut.html
Oh.. thanks Anies.. nanti saya datang.. 🙂 🙂
Wah terbaik KK..menarik ..power man masih berbisa ..)
Kira macam gegar vaganza juga lah ye cikgu Etuza hehee.. 😀
hebat kan anak dara sampai puncak..wah..memang hebat..
Dia mmg sport girl kat sekolah.. boleh lah dia.. 😀
Bestnyer.. Terbaik..
Seronok.. best.. 🙂 🙂
hebat juga tuan KK kerana boleh berjaya ke puncak..dengan saiz badan yang ok..memang boleh berjaya punya aktiviti panjat dinding ini..
Alhamdulillah HB.. cuma tangan menggigil2 je lepas tu hehee… mmg bukan kaki panjatlah saya ni.. 😀 😀
blogwalking
T kasih sahabat.. baru je kembali berblog hari ni.. 😀
meh la BW di JM TRavel Lsit pulak abe MKL..ahahaha…entri pun dh usang kan..mana ada org nk dtg huhuh..malas tul nk tulis entri
wah…tahniah KK..berjaya sampai atas..mesti gayat,kan?
T kasih Acik.. Bila dah sampai atas tu mmg gayat kalau tengok bawah. Kalau tak sebab nak berposing bergambar bila dah sampai atas tu mmg tak tengok bawahlah… mmg gayat.. 😀 😀
Aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan ni
Mmg menyeronokkan.. trill juga Zila.. 😀
tahniah kerana berjaya sampai ke atas….
Alhamdulillah… berat juga nak sampai ke atas tu.. 😀
oohh.. xperlu pakai kasut la naik Wall climbing ni
wah terror khir…sampai ke puncak tuuu…teringin nak pegi…
wahh.. sangat2 menarik aktiviti ni.. siap dapat sijil algi tu.. best2..
hai Khir.. sori lama tak bw ke sini.. hari ni ada masa sikit.. teringat nak terjah ke sini..
Zumal rasa macam teringin nak join sukan2 lasak nie tapi takut pun ada sebab tangan zumal kekadang krem ^-^
Ditengah2 bandaraya pun ada wall climbing! Menarik! Tak sangka…hebat juga KK, sampai kepuncak!
Memang seronok dalam beriadah bersama famili melakukan aktiviti lasak sebegini.
saya tak pernah buat . klu ada peluang nak cuba juga . maca kecik champion je panjat pokok jambu boll yg besar itu … heheheee … inti .
Dekat dah ni, nanti nak pergi lah, bawak suami..dah lama dia x bersukan..hahaha
Bestnyaaa!! Ni antara salah satu impian deno… Tapi sampai skrg tak tercapai sebab abah tak bagi.. Dia risau sangat, nak pegi masuk hutan tak boleh… huuu *nanges bawah meja
– Dayang Deno –
x pernah cuba…rasa gayat lah
Walaweiiiii….!!!.. syok nyer…. brader KK skrg ni dah jadi outdoorian nampaknya…satu aktiviti yang seronok bro…. salute!!!.. 😀