Kalau tanya kat mana bihun sup sedap Bandar Tasik Puteri Rawang, pasti saya tunjuk sebuah gerai yang terletak di seberang jalan raya berhadapan Sekolah Agama As-Siddiqin dan Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 (SKTP 2). Pagi tadi, berpeluang culik Top Blogger Malaysia, Bro Framestone a.k.a. Blog Retis sarapan bersama di sini.

Sarapan Bihun Sup Sambal Kicap Dan Mee Siput

Pagi tadi berjumpa Bro Framestone antaranya berbincang berkenaan Projek 2017 Blog Retis. Pelan kami pada awalnya bercadang bertemu di taman riadah Puteri Central Park, untuk berdiskusi santai sambil fitness untuk pengisian Vlog.
Tapi tak tahu kenapa plan berubah… terus ajak Bro breakfast. Paling best, langsung tak teringat nak bertanya tentang plan berjogging… end up, jogging bihun sup sambal kicap dan mee siput hahahaa.
Siap satu vlog Santai Pagi Bihun Sambal Kicap Bersama Blog Retis… jom tonton.
Jemputlah subscribe YouTube channel Khir Khalid… selain berblog, tahun ini saya mula bervlog. Melebarkan perkongsian dengan pengisian jurnal motivasi santai vlog untuk manfaat bersama.
Terima kasih juga atas inisiatif Blog Retis menghimpunkan rakan-rakan bloggers untuk mengasah bakat dan kemahiran bervlog.
Anda boleh meninjau hastag #Projek2017 #BlogRetis dan #VlogRetis untuk menonton
pelbagai perkongsian aspirasi menarik blogger dan vlogger… jom-jom yeah! 🙂

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

12 Comments

  1. wahhh wahhhh! makan sedap! nnt boleh la lepak Rawang jugak kalau ade masa 😀

  2. wowowowowow sedappp nyer makan! eh tu mcm bro kan..ehh salam mesra bro blog retis..kekeke..

  3. mee siput? garu2 kepala…

  4. Alhamdulillah… maju bertapak tapak lagi nie… 😀
    Makan pun penting tau bukan exercise jer… hahaha…
    btw, happy new year bro KK.. ;D

  5. Selamat berjaya Tn Khir…

  6. wahh bihun sup breakfast memang terbaik lah

  7. KK retis dah sekarang.. boleh la lepak sama retis.. hehehe

  8. haiii berdua je ke? a ajak sy pon haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.