Usahasama Pendidikan Baru Menghadapi Revolusi Industri 4.0, INTI Swinburne University,Pendidikan 

Usahasama Pendidikan Baru Menghadapi Revolusi Industri 4.0

Usahasama Pendidikan Baru Menghadapi Revolusi Industri 4.0 – Universiti dan Kolej Antarabangsa INTI baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Universiti Teknologi Swinburne, Australia bagi menawarkan program ijazah dari Australia yang berkualiti serta berpatutan kepada pelajar di Malaysia.

Majlis menandatangani ini dipengerusikan oleh Michael Growder, Timbalan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Tinggi Australia ke Malaysia; Brett Stevens, Pesuruhjaya Victoria untuk Asia Tenggara; dan Yang Berusaha Dr. Zubaidah binti Aman, Pengarah P(BGS) Bahagian Governan IPTS, Pejabat Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Usahasama Pendidikan Baru Menghadapi Revolusi Industri 4.0, INTI Swinburne University,

Usahasama Pendidikan Baru Menghadapi Revolusi Industri 4.0

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ini turut dihadiri, pegawai pengurusan kanan kedua-dua institusi iaitu Profesor Duncan Bentley, Timbalan Naib Canselor (Akademik) Swinburne; Profesor John Wilson, Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak; Dr Bill Damacis, Dekan Swinburne, Pendidikan Transnasional.

Manakala INTI pula dihadiri Cik Lin Lin Nah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif INTI; Timothy Johnson, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Produk & Perkongsian INTI; dan Dr Jane Lim, Ketua Eksekutif INTI International College Subang dan Hemalatha Murugiah, Ketua Eksekutif Kolej Antarabangsa INTI Penang – ketua-ketua kolej INTI di mana program Swinburne akan ditawarkan.

Penekanan kepada penyediaan siswazah bagi memenuhi keperluan Revolusi Industri Ke-4 (IR4.0), usahasama ini mampu memanfaatkan komitmen kedua-dua institusi ke arah kebolehpasaran siswazah, kesediaan industri dengan pengajaran serta pembelajaran yang inovatif.

Berlandaskan pengalaman 110 tahun Swinburne dalam pendidikan, digandingkan dengan lebih 450 perkongsian yang terjalin antara INTI bersama industri, kerjasama ini menumpukan pembangunan modul serta pengalaman praktikal dalam mempertingkatkan kecekapan IR4.0 dalam bidang seperti cybersecurity, sains data, reka bentuk rangkaian, analisis data dan fintech.

“Kami amat berbesar hati menjalinkan usahasama dengan Swinburne dalam menawarkan program yang berkemampuan bagi menyediakan pengetahuan serta kecekapan yang diperlukan menghadapi IR4.0. Dengan penggunaan teknologi tinggi organisasi global serta peningkatan persaingan bakat insan dan mesin pintar yang ketara, usahasama ini mampu menyediakan pelajar daya saing transformasi digital pada abad ke-21 ini.” – Tan Lin Nah, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif INTI.

Swinburne University merupakan sebuah institusi yang mempunyai reputasi tinggi diperingkat antarabangsa dalam bidang penyelidikan berkualiti, menghubungkan sains dan teknologi bersama perniagaan dan komuniti. Ia antara 3 universiti terkemuka di Victoria, merekodkan perangkaan tahap kepuasan pelajar yang tinggi oleh Quality Indicators for Learning and Teaching 2017.

Ia juga menduduki antara 400 universiti penyelidikan intensif teratas dan berprestij di dunia oleh Academic Ranking of World Universities pada tahun 2018. Selain kecemerlangan akademik, Swinburne juga mempunyai jaringan hubungan industri yang mampan bagi membolehkan pelajar beroleh peluang pekerjaan bernilai tinggi.

Swinburne telah menjalin kerjasama akrab dengan wakil industri dalam membentuk kurikulum, menyediakan penceramah tetamu dari kalangan para industri, projek berpasukan serta menyediakan pelajar peluang pengalaman penempatan profesional secara bergaji dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

Usahasama Pendidikan Baru Menghadapi Revolusi Industri 4.0, INTI Swinburne University,

Persediaan Profesional Siswazah Menghadapi Revolusi Industri 4.0

Swinburne telah beroperasi di Malaysia melalui kampus Sarawak di Kuching, menyediakan program Sarjana serta Pascasiswazah berkualiti tinggi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak selama hampir 2 dekad. Usahasama antara Swinburne dan INTI ini akan terus memperkukuh perkongsian sedia ada di Sarawak demi kepentingan semua pihak.

Menurut Profesor Duncan Bentley, Timbalan Naib Chanselor (Akademik) Swinburne; “Walaupun kecemerlangan akademik merupakan pencapaian penting untuk peluang pekerjaan, pihak universiti pada hari ini juga perlu fokus melahirkan para profesional bertaraf global. Transformasi pemanduan berteknologi setiap peringkat bersilang budaya, literasi digital dan pendekatan displin ‘problem solving’ adalah kemahiran penting yang perlu dikembangkan oleh pelajar semasa pengajian.”

Para pelajar akan mendapat manfaat dalam memupuk pengalaman bersilang budaya serta akses kepada sumber-sumber transnasional, lawatan sambil belajar, program satu semester ke luar negara, serta peluang perpindahan yang lancar untuk pelajar Malaysia dan Australia antara Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Melbourne.

Komitmen mempertingkatkan kebolehpasaran graduan melalui usahasama berterusan dengan para industri akan memainkan peranan yang amat penting dalam menyediakan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan kepada para profesional dalam era industri digital ini.

Baca lagi: Memperkasa Gen Z Mendepani Cabaran Abad Ke-21

Related posts

6 Thoughts to “Usahasama Pendidikan Baru Menghadapi Revolusi Industri 4.0”

  1. Ragam atau corak industri sekarang sangat memerlukan kepakaran luar biasa untuk bersaing dan setarakan hasil.Bila ada kerjasama melalui perkongsian ilmu secara tidak langsung ianya menjana satu pulangan yang baik pada negara dan individu yang bekerja.

    1. Betul tu PC.. cabaran industri pun semakin berbeza disebabkan teknologi yg sentiasa berubah maju. Mmg perlukan kepakaran yg berbeza agar pelajar khususnya dpt bersedia menghadapi pasaran kerjaya.

  2. seiring perkembangan dunia hari ni, industri pendidikan juga harus terkedepan dan mantap

    1. Setuju.. industri pendidikanlah yg perlu alert dgn perkembangan dunia agar dpt memberikan input modal insan yg bertepatan.

      1. dan akhlak yg baik jg harus seiring
        anies recently posted…Cream puff sedap by The Baking BachelorMy Profile

  3. Kerjasama yg dijalin dengan universiti terkemuka tentu sgt bermanfaat disamping mencambah ilmu n salig berkongsi

Leave a Comment

CommentLuv badge