Unravel INTIChange 03 Fashion Show merupakan program peragaan fesyen anjuran INTI International College Subang dan INTI Center of Art & Design (ICAD). Ia portfolio graduasi kepada penuntut Diploma Art & Design, INTI International College Subang sebagai platform pengiktirafan dan persediaan sebelum menceburi industri senireka fesyen sebagai kerjaya profesional.
Unravel INTIChange 03 Fashion Show
Pada petang Jumaat 17 Februari 2017, saya telah terlibat menjayakan Unravel INTIChange 03 Fashion Show di Pavilion Elite Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia juga merupakan pengalaman pertama saya merealisasikan perlaksanaan segmen transformasi sosial bersama jaringan INTI International University & Colleges dalam industri senireka fesyen sebagai aspirasi pengisian tahun 2017 ini.
Unravel INTIChange 03 Fashion Show telahpun memasuki tahun yang ketiga. Acara kali ini memperagakan bakat dan hasil kreativiti yang diketengahkan oleh 15 penuntut jurusan Diploma Senireka Fesyen, INTI International Colleges Subang. Setiap penuntut yang menyertai dikehendaki menghasilkan 4 jenis senireka fesyen tersendiri berdasarkan konsep yang dipilih.
Bakat dan kreativiti setiap peserta Unravel INTICHANGE 03 Fashion Show diadili juri Justin Yap, pereka fesyen Malaysia yang dikenali dengan jenama Justin Yap Atelier untuk baju pengantin, evening wear, menswear, kasut dan eksesori; Nurita Harith, pereka fesyen pengantin dan Yon Wen Lai selaku Pengurus Besar Pemasaran
Pavilion Kuala Lumpur.
Turut memeriahkan acara antaranya kehadiran Khoon Hooi dan Amir Luqman yang merupakan βnotable figuresβ dalam arena fesyen di Malaysia, Lyn Loh, Penasihat Sosio-Budaya Kedutaan Besar Switzerland ke Malaysia dan Kong Suan Ai, Pengarah Pemasaran Pavilion Group.
Seramai 3 peserta telah dianugerahkan INTIChange 03 Best Design Awards berdasarkan kategori berbeza. Kategori ‘Creative & Innovative Design’ telah dimenangi oleh Anis Sofhea Widuri; kategori ‘Ready to wear collection’ dimenangi Lily Farisha dan ‘Best Crafted Design’ dimenangi Elaine New.
Justeru, acara tahunan Unravel INTICHANGE Fashion Show ini merupakan platform yang bukan sahaja membuka peluang kepada penuntut untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti dalam industri fesyen tetapi juga membantu memantapkan lagi kerjasama antara industri dan kolej.
Tahniah kepada INTI International College Subang dan INTI Center of Art & Design atas penganjuran Unravel INTIChange 03 Fashion Show. Terima kasih diucapkan atas kepercayaan untuk terlibat dalam memperkasa transformasi pelapis generasi industri fesyen masa kini. Penghargaan juga buat Pavilion Elite sebagai penaja venue, penaja-penaja dan semua yang menjayakan.
Saya menyokong inisiatif Unravel INTIChange 03 Fashion Show ini sebagai platform terbaik menyuntik inspirasi dalam melahirkan pelapis senireka fesyen berbakat, kreatif, versatile dan profesional untuk meneraju industri fesyen selaras trending gaya hidup masa kini.
best kalau dapat join sekali ni, cuci cuci mata hehehe
Mmg best, klu bro ada area berdekatan masa ni mmg saya ajak π
wahhh bakal pelapis pereka terhebat..
Mmg hebat dan bijak merekacipta design yg sesuai dgn trend tempatan π
Pereka fesyen ni macam arkitek…
Aikitek mereka dan mencantikkan bangunan…pereka fesyen mereka dan mencantikkan pemakainya..
Betul tu.. Menyerlahkan personality yg memakainya π
Kreativitifesyen mmg menarik minat remaja n keberhasilannya perlu dimenefaatkan
Moga membantu mereka terus sukses hendaknya π
Semoga lebih banyak lahirnya idea-idea kreatif daripada mereka ni π
Betul tu.. moga membantu menaikkan taraf industri fesyen di mata dunia π
cantik2 juga design diorg
Mmg cantik walaupun graduan yg merekanya kan π
pelapis designer negara ini. hope semua berjaya. terbaik. π
Moga memberi manfaat kpd nilai tambah pembangunan sosio masyarakat dan negara. T kasih GV π
wah pelapis baru ni.. bakal dikenali suatu hari nanti.