TM Unifi, Penjenamaan Baru Unifi,
Unifi, jenama Konvergens perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi
utama Malaysia dibawah Telekom Malaysia Berhad (TM) kini memperkenalkan Unifi Home, Unifi Mobile, Unifi TV dan Unifi Wifi.
Pelancaran penjenamaan baharu Unifi in, merupakan aspirasi ekonomi digital TM dalam mempercepatkan konvergens dan pemerkasaan digital. Ia
juga merupakan langkah strategik mengukuhkan peranan Unifi sebagai pemacu utama gaya hidup digital dan Internet of Things (IoT) di Malaysia.
TM Unifi 2018, TM Convention Centre, Unifi, Blogger Khir Khalid,

Pelancaran Penjenamaan Baharu Unifi

Saya telah menghadiri majlis Pelancaran Penjenamaan Baharu Unifi yang telah berlangsung dalam suasana cukup meriah pada 24 Januari 2018 di TM Convention Centre.

Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohammed Shazali Ramli, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM dan Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, bersama Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif Unifi, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif Unifi TV, Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Unifi Mobile serta barisan pengurusan kanan TM.

Tahun 2018 ini menyaksikan penawaran terbaru kemudahan Unifi yang
merangkumi keperluan kediaman, mudah alih, TV dan Wifi, seterusnya menjadikan Unifi satu-satunya jenama dalam industri telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan sambungan internet menyeluruh sebenar dengan pelbagai kandungan bertaraf dunia dibawah satu bumbung.
Inisiatif baharu yang ditawarkan adalah Unifi Home – ‘Perfect Squad’, pembebasan perkhidmatan mudah alih pertama Unifi Mobile – #BEBAS dan program gameshow interaktif secara langsung ‘Teka Tekan’ yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM20,000 kepada para penonton. Selain itu, pelbagai lagi inisiatif telah dirancang bagi memenuhi keperluan pelanggan sepanjang tahun 2018.
TM Unifi 2018, TM Convention Centre, Unifi,

Penjenamaan Baharu Unifi Memperkasa Digital 2018

Sempena pelancaran, Unifi telah memperkenalkan penawaran perkhidmatan konvergens yang mampan. Ia selaras visi TM – ‘Menjadikan Hidup Lebih Mudah’, dan berperanan sebagai satu-satunya platform komunikasi gaya hidup digital yang menyeluruh untuk rakyat Malaysia.
Unifi Home
Unifi memperkenalkan ‘The unifi Perfect Squad’ – #pasangsekarang (#installnow), merupakan lanjutan kempen Promosi Akhir Tahun yang telah memperluaskan jangkauan ke kawasan yang masih mempunyai banyak port Unifi sedia ada seluruh negara. Turut menawarkan pakej istimewa seperti Unifi Advance dari hanya RM139 sebulan.
The unifi Perfect Squad juga akan datang ke kawasan kediaman berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan melengkapkan proses pengaktifan. Pakej turut hadir dengan beberapa pilihan pek Unifi TV, peranti dan pelan panggilan.
TM Unifi 2018, TM Convention Centre, Unifi, unifi home,
unifi Mobile
unifi Mobile (dahulu webe) mencipta satu lagi catatan industri telekomunikasi negara dengan pengenalan unifi Mobile – #BEBAS. Produk pertama yang memberi kebebasan memilih kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan produk mudah alih tanpa sebarang kontrak dan komitmen. Unifi Mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbilabila #kredittakmati; mobile@unifi memecahkan norma mudah alih konvensional dan sepenuhnya pada digital.
Bersempena pelancaran, Unifi akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia!. Hanya perlu muat turun aplikasi mobile@unifi di AppStore atau PlayStore dan membuat mendaftar. Pelanggan boleh mendapatkan SIM di mana-mana cawangan TMpoint seluruh negara atau dihantar ke rumah dengan bayaran RM10.60 (termasuk GST).
TM Unifi 2018, TM Convention Centre, Unifi, unifi mobile,
unifi TV / PlayTV unifi
unifiTV (dahulu HyppTV) telah melancarkan permainan interaktif secara langsung pertama di Malaysia iaitu Teka Tekan. Ia membolehkan penonton beraksi secara interaktif di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.
Bersempena siaran program Teka Tekan, HyppSensasi HD turut menawarkan tontonan secara percuma bagi membolehkan para penonton mengambil bahagian dalam program ini, dan berpeluang menikmati program-program hiburan tempatan yang tersedia secara eksklusif di saluran tersebut.
Teka Tekan, TM Unifi 2018, TM Convention Centre, Unifi,
Selain penjenamaan semula unifiTV, HyppTV Everywhere juga dikenali sebagai Unifi PlayTV untuk hiburan bertaraf antarabangsa dengan pakej-pakej berbaloi dalam bentuk HD samaada Live TV, Video on Demand atau penawaran saluran interaktif sambil menikmati perkhidmatan tanpa gangguan cuaca.
TM Unifi 2018, TM Convention Centre, Unifi,

TM – ‘Menjadikan Hidup Lebih Mudah’

TM akan terus menawarkan kepada para pelanggan penawaran-penawaran konvergens yang releven menerusi 5 teras iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar – membawakan pengalaman digital menyeluruh dan penyelesaian perniagaan bersepadu bagi memenuhi keperluan komunikasi perniagaan dan gaya hidup digital.
Sempena pelancaran juga, saya terpilih ‘lucky draw’, menerima langganan percuma Unifi Home untuk setahun. Alhamdulillah… tahun ini boleh pulun beronline habis-habisan. Terima kasih Unifi!
Info lanjut Unifi boleh dilayari di www.unify.com.my.

10 Thoughts to “Unifi – Penjenamaan Baharu Perkukuh Gaya Hidup Digital”

  1. TAHNIAH…DI RUMAH BARU LANGGAN UNIFI PAKEJ…SARI DUA NI INTNET LAJU JE…SOK LUSA XTAHULE

    1. Wahh bestnya… in shaa Allah, makin laju lagi tu nanti kak 🙂

    1. Alhamdulillah, terima kasih 🙂

  2. hrp kelajuan internet pn improved jg??

    1. In shaa Allah, pasti akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa 🙂

  3. fae

    tahniah .. lepas ni nak tukar unifi mobile lah .. bru unlimted .. btw visit https://www.ketamkecil.com/cara-atasi-cepat-penat-dan-mengantuk-untuk-ibu-yang-sibuk-bekerja/ for haelth info

    1. Mmg bagus tukar… unifi mobile tu pun menarik sgt.

  4. kami pun ambik pakej unifi

  5. masih lagi x ada unifi sebab rumah kampung terpencil, tak ada coverage.. hmm..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.