Ukraine Photo-Exhibition Publika Solaris Dutamas
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas – Baru-baru ini, saya telah diundang ke acara pembukaan pameran bergambar ‘Ukraine Photo-Exhibition‘ di Publika, Solaris Dutamas atas jemputan Kedutaan Ukraine di Malaysia. Ia pameran yang memaparkan gambar-gambar dari jurugambar-jurugambar profesional tentang suasana dan keadaan huru-hara yang berlaku di Kiev (ibu negara Ukraine) pada waktu kini.
Undangan ini saya terima daripada sahabat lama yang berkhidmat di Kedutaan Ukraine di Malaysia. Beliau juga merupakan antara salah seorang yang menyumbang pendapat dan sokongan dalam membantu memperkasa program pembangunan insan yang saya usahakan termasuk mengukuhkan kerjasama intervensi institusi tempatan dan antarabangsa.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.

Pameran Bergambar Senario Krisis Di Ukraine

Pameran bergambar ini bertujuan mempamerkan kepada dunia tentang keganasan dan huru-hara akibat daripada ketidakstabilan politik yang sedang berlaku di Ukraine. Ia diharap dapat membuka mata pihak-pihak yang berkenaan seperti kedutaan lain, institusi-institusi dan rakyat Malaysia terhadap pendirian sebenar rakyat Ukraine.
Pada entri ini saya kongsikan beberapa gambar untuk dipertontonkan. Mudah-mudahan ia juga membawa peringatan dan iktibar kepada kita semua. Biarlah gambar bercerita…

Gambar-gambar Ukraine Photo-Exhibition

Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Gambar demonstrasi rakyat Ukraine di Kiev yang diadakan
setiap minggu hingga ke hari ini.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Tekanan demi tekanan dari rakyat Ukraine terhadap pentadbiran yang korup.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Saya difahamkan gambar ini menunjukkan polis Ukraine yang terpaksa berkawal 24 jam sehari silih
berganti walaupun suhu sejuk mencecah -20 celsius..
Dibelakang adalah polis yang berehat manakala di hadapan perlu sentiasa berkawal.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Gambar ini membicarakan bagaimana polis-polis muda Ukraine terpaksa mengawal
para demonstrasi yang terdiri daripada ahli keluarga mereka sendiri.
Kegagalan polis melaksanakan perintah menyebabkan mereka boleh dihukum mati.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Seorang ibu merayu agar anaknya dibebaskan… kasih ibu…
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Benteng pertahanan rakyat dengan bendera Ukraine tegak berdiri…
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Rakyat mara dengan api kemarahan…
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Gambar ini menunjukkan seorang professor, pensyarah university yang amat dikenali dan
dihormati di Ukraine yang berjuang bersama anaknya untuk masa depan negara yang lebih baik.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Impian, harapan & masa hadapan Ukraine…
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Ketua kedutaan Ukraine ke Malaysia menulis tanda sokongan untuk dihantar ke Ukraine.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Saya pun diminta tinggalkan jejak sokongan…
Jangan lepas ni puak U.S, EU & Rusia cari pulak sudah.. adoiii…
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Gambar kenangan bersama kedutaan & komuniti Ukraine di Malaysia
Krisis Ukraine Dan Media Antarabangsa
Ukraine mula menjadi tumpuan media antarabangsa kerana krisis politik dan ideologi sosio-budaya yang bukan sahaja berkait rapat dengan krisis dalamannya sendiri, tetapi juga melibatkan persaingan antara 3 kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (E.U) dan Rusia. Ada juga yang berpendapat jika sekiranya krisis dalaman Ukraine ini bertambah buruk, ia memungkinkan tercetusnya perang dunia ke-3. Namun buat masa ini ia dilihat tidak mungkin akan berlaku oleh kebanyakan pengkaji politik… wallahualam.

87 Thoughts to “Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas”

  1. khairul jamadi

    terbaik..emosi disalurkan melalui gambar,harap semua nya akan kembali pulih untuk ukraine.

    1. Semoga dpt membentuk sebuah negara yg makmur & harmoni… t kasih khairul.. 🙂

  2. Ija Rased

    perkongsian yg menarik..dri entry yg lepas pasal ukraine sangat bermanfaat.

    1. Alhamdulillah… t kasih Ija.. 🙂

  3. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    bersyukur kerana negara Malaysia masih aman.. semoga kita semua bersatu padu bagi mengekalkan keamanan ini.. wah.. siap letakkan url blog tu khir, nanti mereka cari khir pula lepas ini.. hehe..

    menabung colgate, libresse, colgate untuk khir.. 😀

    1. Klu "taiko" bertiga tu cari saya, mana saya nak sembunyi eh… adehh.. jadi pelarianlah saya huhu.. T kasih Aiza.. 😀

  4. Cheq Eem

    melihat negara orang lain tengah kucar kacir terasa bertuahnya berada di bumi malaysia.. masih lagi aman dan damai walaupun berlaku juga perbalahan politik.. semoga rakyat malaysia kekalkan keamanan negara dengan lebih rasional… jgn smpi jadi seperti negara lain… t.kasih atas perkongsian…. 🙂

    1. Perbezaan & perbalahan politik diperingkat yg biasa tu mmg lumrah & baik utk negara. Tetapi yg luarbiasa hingga ada yg sanggup mati atau membunuh atas fahaman ideologi & sebagainya tu yg sememangnya menakutkan.. Semoga kita kekal aman.. aamiin. T kasih Cheq Eem.. 🙂

  5. Fizi Zaidi

    wow, sebaris dengan orang hebat…tahniah bro 🙂

    1. Alhamdulillah bro Fizi.. t kasih.. 🙂

  6. MyCherita

    Dahsyat sungguh pergolakan disana, bersukur lah malaysia tak kacau bilau seperti di ukraine,… salam rabu tuan khir..

    1. Mmg kita patut bersyukur & senantiasa beringat agar tak berlaku yg sedemikian kan MC.. in shaa Allah.. aamiin..

  7. Kucing Hitam

    mana2 pun skrg rusuhan ja ada ja yg xpuas hati

    1. Itu yg kita risaukan kan KH..

  8. Nurul Hidayah

    Ya Allah.. Sedihnye melihat gambar2 demontrasi diatas termasuk gambar ibu merayu anaknya dibebaskan itu.. semua yang terjadi atas izin Allah jua, pasti ada hikmah disebaliknya.

    1. Semoga hikmah kebaikan tu cepatlah dtg.. mmg menyedihkan Nurul..

  9. pertama kali lya baca kisah mengenai negara ukrain..sesungguhnya kita sangat bertuah & besyukur sgt berada di bumi Malaysia yang hidup aman damai

    1. Mmg betul tu Lya.. sama2lah kita sentiasa bersyukur & berdoa agar ianya berpanjangan.. aamiin.

  10. beruntungnya en khir dpt bergmr dgn mereka,
    thanks sharing good info.

    1. Alhamdulillah.. t kasih Haslinda.. 🙂

  11. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana hidup dengan aman dan tenteram di bumi Malaysia ini. Supaya kita dapat ambil iktibar dari apa yang berlaku di Ukraine tu, jangan kerana taksub sesuatu ideology politik kita sanggup memusnahkan masa depan negara kita…

    1. Betul tu Zumal.. disamping mendoakan kesejahteraan negara mereka, kita jadikanlah ianya iktibar kpd diri kita semua agar tidak berlaku perkara yg sama di sini…

  12. sedihnya bila berlaku perkara macam ni di negara sana…kita kenalah bersyukur kerana negara kita tidak seperti itu…

    1. Mmg sedih terutama bila saya mengetahui ttg kisah ibu tu… mmg kita seharusnya bersyukur diberi negara yg sedang aman ini…

  13. Pada permulaan krisis ini, beritanya tenggelam oleh kisah tragedi MH370 dan kini mulalah terdedah dgn isu ini apabila ianya semakin diberi perhatian. Semoga ianya tidak merebak dan menjadi pencetus perang dunia pula…

    1. Betul tu BM.. apa yg dirisaukan ialah setinggi atau sejauh mana pandangan manusia yg bijak sekalipun, ia hanyalah perancangan manusia.. sama2lah kita doakan agar ia tidak berlaku kerana kesannya buruknya akan kita rasai juga nanti… wallahualam..

  14. Bersyukur ddk di malaysia..thanks sbb share khir..semoga semua ni dpt jd iktibar buat kita semua..

    1. In shaa Allah… menjadi peringatan buat kita semua agar sentiasa bersyukur disamping mendoakan kesejahteraan mereka.. your welcome Niesa.. 🙂

  15. Dasyatnya konflik kt sana… Syukur Malaysia x bgitu..

    1. Mmg syukur kita ni masih tenteram jika dibandingkan dgn negara mereka.. Semoga kita sentiasa tenteram selamanya… aamiin..

  16. Yumida Huda

    tengok gambar tu rs takut. takut melihat kecederaan, rusuhan.bersyukur jd rakyat malaysia, hidup sederhana dlm keharmonian. moga keamanan kita kekal sampai bila2.
    menabung Nuffnang sini

    1. Mmg takut & merisaukan Yumida.. kesian pun ada juga. Semoga kita semua dilindungi… aamiin.

  17. Azlan Halim

    Aku tabik jurugambar yang ambik gambar tu..

    1. Betul tu.. bukan satu kerja yg mudah kan.. risiko juga kpd diri sendiri…

  18. Dhia Dirham

    tengok gambar je da takut inikan pula kalau di depan mata.

    1. Mmg betul Dhia.. menakutkan & sedih juga..

  19. Eshamz Halim

    Satu perkongsian yang berguna kepada rakyat Malaysia sebenarnya….. apa yg akan berlaku jika sesebuah negara itu kaos & korupted.. sedih sebenarnya melihat banyak negara2 yg jadi begini..lebih2 lagi negara2 arab skrg ni…risau 1 hari nanti Malaysia akan jd begini….semoga dijauhkan…

    1. Sama2lah kita semua jadikan peringatan & iktibar… mudah2an kita kekal aman.. aamiin..

  20. Vee Sandi

    saya mengharapkan rakyat malaysia lebih cintakan kedamaian berbanding demonstrasi . Tak dpt nak bygkan kesusahan rakyat sekiranya perkara itu berlaku di malaysia … damai bersama libresse . heeee

    1. Semoga negara kita kekal aman.. t kasih Vee.. 🙂

  21. menarik en khir, cuba kupas lagi details ye
    saya minat juga untuk mengetahuinya
    apapun saya bersyukur menjadi rakyat malaysia
    menyedihkan sebab masih ada yang tak menghargai keamanan di negara sendiri

    1. Mmg kita patut bersyukur kan Yana.. in shaa Allah.. akan dikupas lagi nanti.. t kasih.. 🙂

  22. alaaa ruginyaa. kalau tak dah boleh pergi tengok. menarik sangat aktiviti macam ini.
    boleh jgk tau apa bnda yang terjadi di negara luar

    1. Mmg sgt membuka minda utk mengenal erti kesyukuran Licha.. 🙂

    1. Alhamdulillah cik akak.. t kasih.. 🙂

  23. wah…tahniah..selamat berjuang saudara.

    1. Alhamdulillah… t kasih sahabat.. 🙂

  24. buat yang terbaik…salam perjuangan selalu.

    1. In shaa Allah… salam kecerian selalu buat saudara.. 🙂

  25. salam bro khir…yg saya tgokgambar tu pun terasa penderitaan..kesian tgok rakyat ditindas.. erm.. tambah yg gambar anak sendiri kena kawalsaudara sendiri walaupun x rela…atas dasar kerja..terpaksa..juga.doakan keaman utk mereka..

    p/s: bro khir saya nak minta tlong sikit, tau x mcm mana nak wat bg blog x kena spam.. sbab kalau saya bukak blog lain yg dominan yg x tukar lg blogsport dia akan kluar iklan..just saya sendiri je buka… kalau org lain ok je tgok.. mintak bantuan bro khir 🙁

    1. Waalaikummussalam bro Sobri.. mmg kesiankan. Sama2lah kita berdoa utk keamanan mereka & kesejahteraan negara kita juga… aamiin.

      p/s: maaf bro sobri, saya mmg kurang arif sgt ttg hal ni. Mungkin dari komen2 anonymous yg ada spam kot. Cuba utarakan masalah tu ke sifu Hasrul Hassan.. Saya rasa beliau lebih arif utk membantu…

    2. orite tq bro khir..masalah dah dpt distelkan.. 😛
      digix3

    3. Alhamdulillah… t kasih bro Sobri.. 🙂

  26. Anonymous

    sangat menakutkan matnya walau hanya sekadar perkongsian gambar saja..moga rakyat Malaysia menghargai apa yang di miliki sekarang..

    1. Betul tu Kathy.. semoga menjadi peringatan buat kita semua juga..

  27. Malaysia juga yang masih aman. Alhamdulillah.

    1. Alhamdulillah cikgu Helmi.. moga2 berkekalan hendaknya… aamiin.

  28. Untung laa bro dapat tawaran ke event macam nie…sebenarnya aku pun kesian dengan krisis yang melanda ukraine ini..aku tak boleh bayangkan kalau ia terjadi kat negara sendiri…menabung digi sini…

    Regards,
    -Strider-

    1. Alhamdulillah Strider… mmg letihlah klu perkara2 mcm ni berlaku kat sini kan.. semoga kita kekal aman..

  29. salam en.khir.. lama tak singgah sini.. perkongsian yg menarik.. :))

    1. Walaikummussalam wawa.. salam berblogging.. t kasih.. 🙂 🙂

  30. memmet lenggeng

    Nauzubillah..semoga dijaauhkan negara kita dari keganasan..Semoga En Khir berjaya dalam usaha-usaha murni yang dilakukan

    1. In shaa Allah Zila… aamiin.. t kasih.. 🙂

  31. semoga menjadi iktibar kepada kita semua…dan yg pastinya ianya takkan berakhir dalam sekelip mata…mungkin berbulan2…bertahun2…impaknya pada ekonomi dan semua rakyat ukraine…dan yg pasti x akan aman seperti sebelumnya….

    1. Itulah.. bila nak rosak mmg susah nak diperbetulkan.. harap2 ia tak menjadi serius sehingga memberi kesan kpd dunia termasuk negara kita…

  32. ain diyana

    demo mereka lebih dasyat drpd kita kan… hmm.. seram nyer

    1. Mmg peringkat yg sgt dahsyat.. peringatan buat kita semua juga kan…

  33. ikhwan yusuff

    erm..takut tgk..kesian..moga mereka mendapat hak kemenangan menjatuhkan yang batil….

    1. Mudah2an Ikhwan.. semoga seluruh dunia dlm keadaan aman hendaknya…

  34. Wan Maruzen Wan Husain

    terbaiklah Khir…

    1. Alhamdulillah… t kasih Wan.. 🙂

  35. Syukurlah..Malaysia masih aman…

    1. Alhamdulillah Fidah… syukur…

  36. Assalamualaikum khir, sedih tengok negara mereka. Allahuakbar. kuatkan semangat mereka di sana. singgah menabung libresse sini~~~

    1. Waalaikummussalam.. mmg menyedihkan.. tak terbayang klu ia berlaku di sini… t kasih Sheila.. 🙂

  37. melihat Negara lain kucar kacir.. rasa bersyukur tinggal di Malaysia

    1. Mmg betul tu Acik.. Semoga keamanan berkekalan hendaknya… aamiin…

  38. acik idah

    Mereka berjuang untuk mendapatkan hak mereka dari pemerintah yang korup… Semoga kemenangan berpihak kepada mereka…

    1. Mmg betul Idah.. semoga mereka dpt mentadbir negara mereka sendiri tanpa pengaruh luar…

  39. Hebat khir…tak ramai dapat peluang begini..sebaris dengan mereka yang hebat…gerun ..sedih dan macam2 perasaan tengok gambar2 tu…

    1. Alhamdulillah Bunda.. semoga menjadi peringatan buat kita semua di setiap peringkat & golongan.. t kasih.. 🙂

  40. nice share.. syukur malaysia masih aman..

    1. Betul tu.. mmg syukur.. harap2 berkekalanlah hendaknya.. aamiin.

  41. Alhamdulillah kita Malaysia aman.. Tiada peperangan, keganasan.. Itu pun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tak tahu bersyukur……

    1. Betul tu Deno.. mmg kita patut bersyukur. Mmg ada yg marah bila kita bersyukur sbb aman sehingga dilabelkan pro kpd parti politik tertentu.. gila org mcm ni. Klu kerajaan bermasalah pun boleh jadi mcm ni & klu rakyat bermasalah pun boleh jadi mcm ni juga.. Tak setuju, bangkang lah, itu hak masing2 & tak semua perkara yg kita setuju… tp harap2lah tak perlulah smpi berlaku spt mcm ni..

    2. & mmg kita perlu bersyukur kpd Allah swt sbb Malaysia masih aman… Alhamdulillah..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.