Traveloka Saleabration – Setiap kali berbual tentang travel ke luar negara, nama Traveloka memang sudah tidak asing lagi sebab selalu ada pelbagai tawaran percutian menarik dan berbaloi. Malah segalanya mudah hanya di hujung jari dengan Traveloka.
Siapa yang tak suka dapat peluang melancong dan bercuti ke luar negara dengan harga murah kan? Apatah lagi, musim cuti hujung tahun bakal tiba tak lama lagi, pasti ramai nak survey diskaun tiket dan hotel ke Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Eropah, UK, US atau lain-lain yang value for money.
Saya pun jadi teruja sangat bila dapat tahu tentang promosi Traveloka Saleabration ni.

Traveloka Saleabration – Promosi Travel Sale!
Traveloka Saleabration merupakan promosi ‘travel sale’ besar-besaran yang menawarkan diskaun tiket flight, hotel, Xperience dan airport transfer bermula 26 Ogos sehingga 27 September 2019.
Buat rakan subscriber blog ini, memang saya tahu pun ramai antara kalian memang kaki travel dan kerap melancong ke luar negara. Itu antara sebab saya teruja nak berkongsi info istimewa ni. Manalah tau kot-kot ada yang nak ajak pakat, kita travel sekeluarga bersama-sama hehe.
Begitu juga buat semua yang membaca artikel ini, sama ada ia diperolehi melalui perkongsian di media sosial atau enjin carian. Jika anda sedang mencari perbandingan rate percutian ke luar negara yang menepati bajet, inilah masa untuk dapatkan diskaun tiket dan hotel yang benar-benar berbaloi!
Terdapat pelbagai pilihan yang kita boleh cari terus melalui portal Traveloka ini.

Selain tu, bulan ini juga bakal berlangsung Matta Fair September 2019 yang menjadi lapangan orang ramai mencari pakej pelancongan dan percutian dengan diskaun istimewa.
Cuma ada yang beritau pengalaman ke Matta Fair sebelum ni buat mereka jadi konfius untuk buat pilihan yang betul. Alasannya disebabkan penat berjalan ke sana sini, crowded dan terlalu banyak input dengan pelbagai promosi percutian dalam satu masa.
Ada juga yang beritau rasa kurang selesa bila ada sesetengah representatif jualan yang cuba ‘push’ untuk mempengaruhi mereka agar membeli pakej melancong yang bukan pilihan pada awalnya.
Tapi apa pun, jika anda ke Matta Fair September 2019 nanti pastikan jangan lupa check out Traveloka Saleabration juga sebab tempoh promosi ditawarkan adalah sebulan, berbanding Matta Fair yang diadakan selama 4 hari sahaja.
Jadi ada masa untuk anda betul-betul plan pilihan yang terbaik dengan Traveloka.

Promosi Travel, Tiket Flight Dan Hotel Berbaloi
Sebenarnya kalau bab melancong ke luar negara ni, saya jenis yang lebih gemar uruskan sendiri tiket flight dan hotel berbanding ikut mana-mana pakej pelancongan. Pengalaman paling mencabar masa travel backpack ke UK, Paris hingga ke Frankfurt… bukan mudah nak uruskan semua.
Tapi semuanya dah jadi lebih mudah dengan Traveloka, sebab kita boleh buat pilihan, atur tiket flight, hotel dan semua keperluan secara lebih personalise. Ia juga lebih menjimatkan kos dan masa sebab kita boleh buat semuanya secara online melalui smartfon, tablet atau desktop.
Sambil rehat santai dan berbaring di rumah pun kita boleh tinjau mana-mana lokasi percutian, harga tiket flight dan hotel di Asia, Eropah, Amerika dan pelbagai lagi destinasi menarik seluruh dunia.
By the way, diskaun tiket flight boleh kalian rujuk di sini > Promo Flights.

Traveloka juga menyediakan platform pembayaran secara online yang mudah dan protected.
Bagi yang kali pertama melakukan transaksi pembelian, anda hanya perlu terlebih dahulu create ID bagi memudahkan sebarang semakan dan urusan di masa hadapan. Segalanya memang memudahkan untuk kita travel ke mana-mana destinasi percutian pilihan dengan Traveloka.
So, ke mana destinasi percutian luar negara pilihan kalian kali ni?
Jika masih tercari-cari lagi tempat-tempat menarik untuk percutian ke luar negara tahun ini, jangan lepaskan peluang tawaran diskaun-diskaun tiket flight, hotel dan pelbagai lagi di laman web Traveloka yang saya sertakan di bawah ini.
Jom kita travel! > https://www.traveloka.com/en-my/promotion/saleabration
Jangan lepaskan peluang Traveloka Saleabration – Promosi ‘Travel Sale’ Besar-besaran!

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Elok juga idea pakat2 travel tu.. thanks sharing bro!
Hujung tahun semakin menghampiri. Cuti sekolah pun panjang. Pasti ramai yang sudah mencari destinasi percutian sama ada dalam negara atau sebaliknya. Inilah masanya untuk menggunakan khidmat traveloka.. Dapat berminat juga.. Kos yang ada boleh digunakan untuk keperluan lain juga.
KHIDMAT TRAVELOKA MEMUDAHKAN SEMUA URUSAN PERCUTIAN N DIYAKINI PASTI TERBAIK MENGGUNAKANNYA
bla nk hujung thn ni mcm2 promo pelancongan keluar… duit je yg x berapa nk keluar hehehe