Drug Free Youth AssociationPendidikan 

Transformasi Sosial Belia Bebas Dadah

Transformasi Sosial Belia Bebas Dadah – Baru-baru ini saya telah mendapat input tentang Program Transformasi Sosial yang diperkenalkan bertujuan untuk mengukuhkan nilai-nilai teras budaya kerja dan sikap dikalangan rakyat Malaysia.
Salah satu matlamat induk adalah memanfaatkan potensi belia agar dapat disalurkan ke arah gaya hidup yang positif dan membina. Ia antaranya melibatkan usaha dalam mencegah penyalahgunaan dadah dan gejala sosial dikalangan belia.
Drug Free Youth Association
 

Transformasi Sosial Belia Dan Dadah

Isu dadah dan gejala sosial dikalangan remaja bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibentras tanpa menyelami hakikat trend dan gaya hidup belia masa kini.
Atas faktor tersebut, ‘Drug Free Youth Association’ yang merupakan sebuah pertubuhan NGO yang berfungsi sebagai ‘sokongan rakan sebaya’ kepada belia telah mendapat perhatian di peringkat kementerian untuk berkongsi pandangan dalam menjayakan Program Transformasi Sosial ini.
Melalui pendekatan ‘music against drugs’ yang dijadikan slogan dalam menyuntik kesedaran belia menghindari dadah dan menangani gejala sosial terbukti sebagai satu kaedah yang berkesan dan diterima oleh jiwa belia itu sendiri.
Melalui pendirian gaya hidup positif straight edge’ dan ‘intoxicated’ (no drugs, no alcohol, no free sex, and stay sober) telah berjaya membina benteng ketahanan belia dan remaja bahawa dadah dan gejala sosial bukan satu trend masa kini dan sama sekali tidak ‘cool’!

Drug Free Youth Association Untuk Golongan Belia

Transformasi Sosial Belia Bebas Dadah, Drug Free Youth Association
Transformasi Sosial Belia Bebas Dadah, Drug Free Youth Association
Transformasi Sosial Belia Bebas Dadah, Drug Free Youth Association
Transformasi Sosial Belia Bebas Dadah, Drug Free Youth Association

Menyelami Jiwa Belia Dalam Membentuk Masyarakat Positif

Sesungguhnya, untuk menyelami ‘trending’ dan gaya hidup belia mengikut arus perkembangan semasa bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Apatah lagi jika ia memerlukan masa kita untuk bersama-sama terlibat dalam memperkasa aktiviti remaja. Namun ia bukanlah penghalang sekiranya kita komited untuk memahami jiwa belia demi kebaikan masyarakat seluruhnya.
Antara faktor utama dadah dan gejala sosial dikalangan belia disebabkan kurangnya keperihatinan sesetengah dewasa memahami remaja dari perspektif sosial melalui pendekatan yang kreatif dan strategik. Lebih memburukkan apabila pihak yang bertanggungjawab membimbing dan menyuntik kesedaran langsung tidak berusaha memahami cabaran gaya hidup generasi muda. Ia sebenarnya amat membantu dalam menyuntik kesedaran agar Transformasi Sosial Belia Bebas Dadah dapat dicapai dengan berkesan.
Transformasi Sosial Belia Bebas Dadah, Drug Free Youth Association
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama Drug Free Youth Assosiation dalam usaha menyebarkan kesedaran dan memperkasa transformasi sosial belia bebas dadah untuk kehidupan masyarakat yang positif dan sejahtera.
Justeru, kepada anda yang ingin mengikuti
perkembangan informasi dan aktiviti belia remaja, silalah klik banner di bawah
dan ‘like’ facebook rasmi
Drug Free Youth Association (DFYA).
 https://www.facebook.com/dfyarmy
facebook.com/dfyarmy

Related posts

27 Thoughts to “Transformasi Sosial Belia Bebas Dadah”

  1. Semoga selamat dan bebas para belia kita daripada najis dadah..

  2. program camni dah lama wujud sejak zaman saya sekolah
    cuma nama dia aje yang berubah
    kalau tak silap saya artis negara ni juga pernah menerbitkan
    album bersama sebagai menyahut seruan kempen
    kalau tak silap ada sudirman, sheila majid, sape lagi ntah…lupa =)

  3. Sama2 kita memerangi dadah..elok sgt da program spt ni

  4. Sama2 kita BEBASKAN DIRI KITA DARI DADAH ..Dadah pembunuh jiwa raga kita …Jauhi dadah..Semoga usaha ini dapat memberikan sedikit sebanyak kesedaran dan memperkasa transformasi sosial belia agar bebas dari najis dadah untuk kehidupan yang lebih baik dan sempurna di masa hadapan …

  5. semoga kempen ini sampai kpd belia sasaran . masalahnya belia yg terjebak dgn masalah sosial ni sukar utk diubah …

  6. hidup bebas dan tenang tanpa dadah

  7. hrp2 nya kempen ni bnr2 memberi manfaat kpd semua belia.
    say no to drug

  8. semoga matlamat program tercapai..

  9. bagus ada kempen seperti ini… supaya rakyat kita bebas dari dadah

  10. Satu yang paling penting perlu ada dalam diri belia adalah sayang diri sendiri. Kalau mereka menyayangi diri sendiri Insha Allah masa depan mereka akan lebih cerah…

  11. haouskan juga si kepada pengedar dadah

  12. semoga bermanfaat bagi kita semua … amiiin

  13. Terbaik.Pupuk semangat benci dadah.

  14. Emmm ude sha sendiri drug addict tahap kritikal…. sedih sangat….
    Semoga belia akan datang akan memupuk smangat benci dadah ni….

  15. bahaya dadah memang diakui ramai tetapi masih juga orang yang terjebak olehnya!

  16. Sama-sama kita jauhi dadah! Tapi deno hari2 dengan "dadah" iaitu ubat-ubatan harian deno… huhuhu.. dah macam addicted sbb kalau tak makan boleh jatuh sakit….

  17. Program macam ni dah lama ujud…cuma apabila ia terhenti sekejap mulalah gejala2 tak baik melibatkan dadah ni timbul balik…

    Harap2 boleh berterusan demi kebaikkan semua…

  18. semoga ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya…

  19. Belia Bebas Dadah… Belia Benci Dadahh…!! perlu sentiasa diterapkan dalam minda anak muda

  20. Semoga generasi muda kita hidup bebas tanpa dadah. It's a crazy world out there… memang mengerikan.

  21. Satu program yang bagus dan berguna khas buat generasi muda. Semoga generasi muda sekarang sedar dan tahu betapa bahayanya mengambil dadah ni..

  22. kesedaran perlu di beri agar mereka tidak terjebak..sebelum terlambat

Leave a Comment

CommentLuv badge