BeliaPerspektif 

Transformasi Kepimpinan Belia Dan Kemajuan Negara

Baru-baru ini saya terlibat dalam diskusi bersama beberapa wakil akademik, organisasi komersil dan NGO yang membincangkan kepentingan belia sebagai aset memperkasa pembangunan sosial. Antara agenda yang diketengahkan adalah mengenalpasti perspektif belia dan remaja dalam membina potensi dan menangani cabaran sosial era teknologi informasi digital dan globalisasi masa kini.
 
Transformasi Kepimpinan Belia Dan Kemajuan Negara
Belia sebagai aset dan lambang kekuatan negara
 

Transformasi Kepimpinan Belia 

 
Sesungguhnya, golongan belia dan remaja merupakan aset dan cerminan budaya pemikiran sesebuah masyarakat. Namun timbul persoalan tentang karakter bagaimanakah yang diperlukan belia masa kini demi memastikan nilai budaya timur dan kemajuan globalisasi dapat membangun seiring dan terbela. Maka belia itu sendiri perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum masyarakat dan negara dapat dibangunkan sebaiknya.
 
Membentuk karakter remaja dan belia melalui modul yang padu amat perlu walaupun ia adakala dipandang ringan sebagai satu perkara mudah dan tidak penting. Jika belia berjaya disuntik dengan pendirian yang positif, barulah kita akan dapat membangunkan masyarakat dan negara dengan lebih berjaya. Jika sebaliknya, mereka akan menjejaskan pembangunan masyarakat dan menjadi bebanan masa hadapan negara.
 

Asas Modul Transformasi Belia Dan Remaja

 
Antara peranan yang perlu ditekankan kepada belia dan remaja masa kini adalah tanggungjawab mereka dalam sistem masyarakat seluruhnya. Ia perlu disuntik secara halus melalui pembelajaran dan percampuran mereka setiap hari, antaranya adalah seperti berikut.
 
1. Kepentingan Menguasai Ilmu Teknologi Masa Kini
Menguasai ilmu pengetahuan dan bidang kemahiran yang boleh membantu mereka berdaya saing untuk maju. Perkembangan dunia informasi melalui internet adalah peluang terbaik untuk mereka menguasai ilmu, asalkan ia dapat disempadankan agar tidak tersasar dengan pendedahan negatif globalisasi. Melalui ilmu pengetahuan yang tinggi dan mampu menguasai beberapa bahasa asing membuka lebih banyak potensi membina kepimpinan dan kejayaan.
 
2. Pengukuhan Ilmu Agama Sebagai Seruan Kewajipan
Budaya timur sememangnya tidak pernah lari dari nilai adap sopan dan beragama. Mendalami ilmu agama bagi setiap belia dan remaja pelbagai bangsa di Malaysia ini bukan sesuatu yang boleh dipandang sepi. Perlunya bagi belia Islam memahami dan mendalami fardu ain dan kifayah agar mereka terpagar dari terjebak kepada perkara mungkar seperti minum arak, judi, berzina mahupun menagih dadah.
 
3. Kesedaran Kekeluargaan Dan Silaturrahim Yang Ikhlas
Memupuk kesedaran tentang silaturrahim bukan sekadar untuk kepentingan urusan tertentu kerana silaturrahim yang ikhlas itu adalah asas motivasi jiwa yang kukuh. Begitu juga kesedaran terhadap ikatan kekeluargaan dalam membina pembangunan diri yang harmoni. Perlunya suntikan kesedaran kepada setiap belia bahawa merekalah yang bertanggungjawab membina sentiment kekeluargaan dan silaturrahim dalam sebuah keluarga dan komuniti.
 
4. Membina Gaya Hidup Sihat Dan Pemikiran Yang Positif
Menyuntik kesedaran kepada para belia agar sentiasa berperanan membela pembangunan keluarga dan membina silaturrahim sebagai tanggungjawab asas mempertahankan negara. Senantiasa terdorong membina gaya hidup sihat dengan membangunkan minat mereka untuk menyertai keahlian berlesen seperti kesukanan atau kelab-kelab pembangunan remaja yang diminati.
 
5. Prihatin Terhadap Kualiti Persekitaran Masyarakat
Belia juga digalakkan melibatkan diri dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkait dengan remaja seperti Angkatan Belia Islam, Persatuan Anti Dadah, Rakan Kepolisian dan sebagainya. Sesuai dengan ungkapan ‘pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara’. Diharapkan para belia dan remaja ini dapat bersatu menyuburkan budaya ketimuran dan mempertahankan maruah kedaulatan negara.
 
Transformasi Kepimpinan Belia Dan Kemajuan Negara
Belia perlu modul jati diri kukuh untuk menangani unsur negatif sosio-masyarakat
 
Membentuk Belia Positif Era Globalisasi
 
Cabaran terhadap belia dan remaja dalam era informasi dan globalisasi amat berbeza. Minda remaja kini lebih cepat matang dari zaman sebelumnya tetapi kebanyakkan mereka mempunyai jiwa yang kosong dan mentah. Ditambah faktor persaingan kehidupan yang menyaksikan ibu bapa terpaksa mendepani cabaran ekonomi juga menjadi punca kelemahan pembangunan sosio-remaja masa kini.
 
Antara fakta kaji selidik berkenaan cabaran belia dan remaja masa kini akan diperhalusi pada artikel yang akan datang, in shaa Allah. Justeru adalah menjadi harapan agar dapat membina satu modul yang mantap sebagai solusi dan pra-pencegahan dalam mengukuhkan pembangunan sahsiah diri belia dan remaja yang akan mewarisi kepimpinan negara dengan kualiti modal insan yang cemerlang.
 
Info lanjut program Transformasi Kepimpinan Belia: > SocioEDU <
 
 

Related posts

11 Thoughts to “Transformasi Kepimpinan Belia Dan Kemajuan Negara”

  1. Assalammualaikum Bro KK..input berguna..alhamdulillah terima kasih..moga remaja kini sudah persiapkan diri untuk meneraju bangsa untuk masa mendatang..merekalah benteng dan asas pengisian negara kita..dengan persediaan sahsiah yang baik..asas didikan agama mantap terpasak in sya Allah boleh!

  2. Avatarikhwan yusuff

    Assalam.. Betul En.Khir remaja mmg perlu disuntik dgn sesuatu yg positif. Asas modul yang sememangnya penting.. Menekankan perihal agama yang diimbangi dengan keperluan hidup seorg manusia.. 😀 Tapi jujurnya nak bentuk remaja dlm era sekrg mmg sesuatu yg mencabar. Tambahan pula dengan hidupnya gelaja sosial yg kian parah sekarang. Moga remaja itu sendiri sedar yang berupaya menyuntik asas kearah pembangunan sahsiah dan karakter mereka. InshaaAllah.

  3. Belia pewaris kepimpinan masa depan didikan ilmu membentuk jiwa perlu diasuh sebaiknya selari masa utk kemudahan hidup dunia n akhirat

  4. masa depan negara adalah pada tangan anak-anak muda hari ini

  5. Hidup harus seimbang, di antara keagamaan, kemahiran dan kemasyarakatan…
    Mereka adalah pemimpin masa depan…

  6. satu artikel yang sangat ilmiah…bagus dijadikan rujukan para penuntut sekolah

  7. Belia kini adalah aset dan pewaris negara dan bangsa masa depan… maka pengisian rohaniah biarlah seiring dengan jasmani…

  8. tiang negara = pemuda / pemudi

  9. semakin besar cabaran ibu bapa skrg bg yg mempunyai anak belia remaja bukan remaja itu sendiri sahaja

  10. remaja sekarang bukan macm remaja dulu kan..banyak cabaran dalam memimpin remaja sekarang..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.