Tips menulis artikel mesra SEO

Sejak beberapa tahun lalu, saya antara yang sering ditanya oleh rakan blogger dan penuntut institusi tentang tips menulis artikel mesra SEO. Sembang-sembang biasa bagi mereka yang ada laman web dan aktif menulis blog.

Walaupun saya bukanlah pakar SEO, pada kesempatan tempoh PKP ini saya terpanggil berkongsi perspektif tersebut. Moga ia juga dapat menjadi rujukan bermanfaat kepada sesiapa jua yang berhasrat memperkukuh kredibiliti kerjaya melalui penulisan blog.

Ada beberapa teknik menulis artikel mesra SEO. Artikel ini, berkongsi asas yang patut anda praktikkan dalam menulis blog. Ia asas penting SEO.

Tips menulis artikel mesra SEO

Apa Itu SEO

SEO bermaksud ‘Search Engine Optimization‘ iaitu satu kaedah optimasi enjin carian agar artikel yang ditulis dapat tersenarai pada ranking terbaik di enjin carian seperti Google.

Tujuan menulis artikel mesra SEO pada dasarnya adalah untuk menjana trafik pembaca organik dan kredibiliti pasaran melalui potensi enjin carian. Ada 2 keutamaan yang biasa saya lihat sepanjang terlibat menulis blog tentang tujuan SEO.

Semasa aktif sebagai blogger, keutamaan SEO adalah agar artikel dapat tersenarai pada muka hadapan enjin carian dan capaian ramai pembaca organik. Ia antara faktor penting memperkukuh ‘online establishment’ kepada blogger dan media online.

Apabila terlibat sebagai penulis kandungan, kepentingan SEO agak berbeza bagi komuniti perniagaan. Selain memperkukuh kredibiliti pasaran, fokus capaian organik bertujuan menjana prospek dan pelanggan yang bertepatan hasrat perniagaan.

Bagi saya kedua-duanya mempunyai asas yang sama. Mula mengenal apa itu SEO dari Sifu Blogspot, saudara Hasrul Hassan dan inspirasi rakan-rakan yang lebih lama menulis blog, sehingga penglibatan pemasaran digital bersama rakan industri, Google Ignite dan WordPress Meet Up, saya juga bermula dari bawah.

Sehingga kini, SEO terus menjadi batu asas membina kredibiliti laman web dengan google demi kebaikan kerjaya. Terima kasih atas semua pengalaman.

Tips menulis artikel mesra SEO

Tips Menulis Artikel SEO

Berikut saya kongsikan antara tips asas penting dalam menulis artikel mesra SEO yang boleh anda praktikkan setiap kali menulis blog;

1. Mendaftar Search Console
Sebelum anda sibuk menulis artikel, pastikan terlebih dahulu anda sudah verifikasi laman web dengan Google Search Console. Ia disediakan secara percuma oleh pihak Google bagi membantu memudahkan laman web dan artikel blog diindeks.

Anda juga boleh mendaftar ke Bing Webmaster Tools untuk tujuan yang sama bagi enjin carian Yahoo. Terdapat pelbagai cara mendaftar yang boleh dirujuk melalui Google mengikut kesesuaian platform web anda.

Daftar sekali untuk manfaat jangka panjang selagi mana anda aktif menulis.

2. Memilih Kata Kunci (Keyword)
Utamakan pemilihan kata kunci iaitu ‘keyword’ atau ‘keyphrase’ yang paling jelas tentang apa artikel ditulis. Keyword tersebut sebaiknya perlu ada pada tajuk utama, sub-topik dan isi kandungan artikel.

Adakala saya gunakan Google Trends dengan lokaliti Malaysia bagi mendapatkan idea kata kunci. Namun, pastikan anda tidak berlebihan mengulang penekanan kata kunci pada artikel kerana ia boleh dianggap sebagai ‘keyword spamming’.

3. Struktur Kandungan Artikel (Content Structure)
Setiap kandungan artikel perlu ada penyusunan struktur. Secara asas ia dimulakan dengan Pengenalan, Isi Kandungan dan Kesimpulan tentang artikel yang ditulis.

Bagi membezakan antara semuanya, anda boleh gunakan Headings (H2, H3, H4) sebagai sub-topik. Secara tidak langsung, ia membantu memberi pecahan dan perincian pada topik yang ditulis dengan baik.

4. Internal Link dan Outbound Link
Sekiranya anda menggunakan laman web CMS WordPress, saya sarankan anda memasang plugin Yoast SEO sebagai panduan menulis. Antara yang disarankan adalah memasukkan pautan ‘Internal link’ dan ‘Outbound link’ pada artikel.

Internal link adalah pautan kepada artikel lain dalam laman web yang sama, manakala Outbound link adalah pautan kepada artikel laman web lain. Kedua-dua pautan tersebut mestilah mempunyai pengisian yang berkaitan dengan artikel yang ditulis.

5. Jumlah Perkataan
Jumlah perkataan juga perlu melebihi 300 patah perkataan bagi artikel biasa, dan melebihi 900 patah perkataan untuk ‘cornerstone content’.

Google gemarkan artikel panjang dengan struktur kandungan yang teratur. Adalah lebih baik jika artikel yang ditulis bersifat ‘evergreen’, mempunyai kaitan antara satu artikel dengan yang lain dan selaras dengan niche laman web.

6. Optimasi Imej
Pada setiap artikel, sertakan imej yang sesuai bersama Alt Attributes. Jika dirasakan imej boleh mengganggu mood pembacaan, cukuplah sekadar ‘Featured Image’ bagi menyokong penerampilan artikel agar lebih menarik.

Imej yang disertakan sebaiknya berukuran lebar 750px ke bawah dalam format PNG. Pastikan imej dioptimasi terlebih dahulu dengan ‘image compression’ sebelum diupload. Saya menggunakan TinyPNG untuk image compression.

7. Diskripsi Meta
Sebelum artikel diterbitkan, pastikan anda mengisi ‘Meta Description’ yang menjelaskan secara ringkas dan padat tentang topik artikel. Diskripsi tersebut turut diindeks pada carian bagi memudahkan rujukan dan menarik prospek pembaca.

Seterusnya, saya sertakan imej di bawah untuk rujukan menulis. Ia panduan Yoast SEO bagi pengguna CMS WordPress dan boleh dipraktikkan untuk platform yang lain.

Tips menulis artikel mesra SEO

Kesimpulan

Menulis artikel mesra SEO bukan satu usaha yang memberi hasil semalaman. Ia memerlukan perancangan, kesabaran dan pengurusan yang istiqamah.

Secara realiti, SEO bukan sahaja membantu meraih pendapatan menulis, tetapi turut menyokong kepercayaan industri dengan beberapa kontrak yang berjaya diperolehi bagi memperkukuh keusahawanan sepenuh masa.

Tips asas ini telah terbukti membantu saya, juga bagi kebanyakkan pengusaha dalam membina pelanggan melalui potensi enjin carian. Atas faktor tersebut jugalah saya terus menambahbaik fokus pengisian yang menyokong pembangunan kerjaya.

Pendek kata, SEO akan terus berkembang selaras kemajuan digital. Panduan menulis artikel mesra SEO ini akan kekal releven dan patut anda praktikan.

Baca lagi: Penulis Digital Untuk Rujukan Membina Kandungan Efektif


14 Thoughts to “Tips Menulis Artikel Mesra SEO”

  1. Terima kasih banyak Tn atas perkongsian.Sehingga kini PC sendiri masih mencari tutorial berkaitan menambahbaik SEO di blogspot PC..untuk memperbaiki blog PC keseluruhannya.Perbaiki dan menambah mana-mana yang kurang dan kurang tepat.

    1. In shaa Allah mudah2an memberi manfaat utk nilai tambah dlm menulis. Terima kasih kembali PC.

  2. Thanks for the tips..
    Kalau sesuatu artikel / entri yang tujuannya untuk berkongsi gambar2 sahaja, agak mencabar juga untuk mencukupkan 300 perkataan…
    In shaa Allah. Akan cuba perbaiki lagi artikel di blog.

    1. Betul tu.. perlu lebih bnyk pengisian menulis agar artikel dpt disenarai dgn baik dlm enjin carian. Gambar pun membantu juga. Paling penting artikel yg ditulis lebih mesra pembaca agar ada impak dlm tujuan menulis, in shaa Allah.

  3. Perkongsiaan yang sangat bermanfaat n boleh dijadikan panduan….kak tulis puisi pendek saja..kalau cerpen beribu pp juga.

    1. Kak PI setidaknya mmg dah establish dlm penulisan skala media perdana. Mudah2an dpt membantu memberi nilai tambah juga utk pembaca online.

  4. terima kasih tuan atas tips yang sangat berguna!

    selama ni memang selalu rujuk juga blog tuan Hasrul Hassan untuk terapkan aspek SEO dalam blog sendiri…alhamdulillah semua tips atas tu saya dah buat dan nampak juga hasilnya bila artikel terpapar di muka depan Google..
    sunah sakura recently posted…Thermomix Tu Ape?My Profile

    1. Alhamdulillah.. moga terus sukses berkongsi aspirasi menulis diruangan atas talian ini, in shaa Allah. Terima kasih kembali!

  5. Terima kasih atas info bermanfaat ini.. Antara orang yang saya kagumi

    1. Alhamdulillah.. saya pun masih bnyk yg perlu dipelajari. Dunia digital ni berkembang pantas.. kena selalu ikuti juga. Terima kasih kembali Leya.

  6. perkongsian yang sangat baik. Memang tak pernah berhenti belajar untuk perbaiki pengetahuan tentang blogging ni
    ajumohit recently posted…Printer HP 2676 wireless All-in-One, harga setanding dengan kualitiMy Profile

    1. In shaa Allah, mudah2an memberi nilai tambah yg bermanfaat hendaknya. Salam ukhwah 🙂

  7. perkongsian yg terbaik Khir…terima kasih

    1. Mudah2an ada nilai tambah yg bermanfaat, in shaa Allah. Terima kasih kembali kak Fuzy 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.