Bondings ASWARA
Perpaduan merupakan paksi penting demi pembangunan masyarakat majmuk yang harmoni dan sejahtera. Itulah mesej utama yang dipersembahkan dalam pementasan teater BONDINGS yang berlangsung pada 19, 20 dan 21 Ogos 2016 bertempat di Panggung Eksperimental, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Teater BONDINGS Inisiatif Fakulti Teater ASWARA

Pementasan teater BONDINGS merupakan inisiatif Fakulti Teater ASWARA dibawah program bernama H.O.M.E (House Of Malaysian Encounter) bersempena meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Justeru pada
petang Ahad 21 Ogos 2016, saya berpeluang memenuhi undangan menyaksikan pementasan BONDINGS dan diberi kepercayaan sebagai salah seorang panel pengkritik teater tersebut.
Teater BONDINGS sememangnya mempunyai roh dan jiwa tersendiri yang
menyentuh nostalgia, hati dan perasaan kepada setiap penonton. Memaparkan sketsa kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama yang hidup dalam suasana kejiranan yang harmoni. Kehidupan sejahtera aman damai yang saling menghargai nilai-nilai kekeluargaan, persahabatan serta prihatin terhadap satu sama lain dalam segenap aspek bermasyarakat.
Teater Bondings, ASWARA,
Namun hubungan akrab yang telah terjalin sekian lama itu tergugat dengan permasalahan hak milik tanah tempat tinggal mereka. Atas faktor tersebut telah timbul perbalahan sesama mereka sama ada mahu mengalah dan beredar meninggalkan tempat tersebut atau terus sepakat mempertahankan hak, maruah dan juga kepemilikan. Akibatnya, timbul reaksi dan tindakan pelbagai pihak dalam komuniti tersebut yang sebenarnya terkait sebagai contoh kepada realiti kehidupan ini.
BONDINGS menyuntik mesej peringatan dan kesedaran yang mendalam kepada kita sebagai rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama ini tentang pentingnya toleransi, keperihatinan dan persefahaman serta menjauhi segala bentuk sifat penting diri mahupun perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian bersama. Jadikan sejarah sebagai sandaran demi membina masa hadapan yang lebih bahagia dan sejahtera.
Teater Bondings, ASWARA,

Penghargaan BONDINGS dan Fakulti Teater ASWARA

Tahniah diucapkan kepada Dr Wong Oi Min selaku pengarah teater, Suri Liu selaku pengarang dan semua barisan pelakon pementasan teater BONDINGS atas persembahan yang mantap, profesional dan menghiburkan. Tidak ketinggalan juga penghargaan terima kasih kepada Engku Nor Zalifah selaku pengurus produksi juga rakan blogger atas peluang dan kepercayaan menyumbang pandangan pementasan teater BONDINGS ini.
Teater Bondings, ASWARA,
Pementasan Teater BONDINGS juga akan dipersembahkan ke Asean Theater Week di China dan Festival Tokyo di Jepun. Adalah satu kebanggaan sebagai rakyat Malaysia menyokong industri teater tanah air agar terus subur dan cemerlang di persada antarabangsa.

25 Thoughts to “Teater BONDINGS Menyemai Semangat Perpaduan Bangsa”

  1. tak pernah lagi akak menonton teater hehe…

    1. Sesekali ada peluang bagus juga menonton sekeluarga kak Kam klu topiknya bersesuaian… ada sentuhan berbeza berbanding menonton tv dan wayang… mmg best.. 🙂

  2. memang best tengok teater..bilalah dapat peluang lagi nak menonton teater..

    1. Siapa yg pernah menonton teater pasti dapat rasa keistimewaannya kan.. nanti adalah peluang tu Aida… 🙂

  3. Belum pernah lihat secara langsung di atas pentas teater sebegini, kalau ada pun itu zaman sekolah.

    Pasti banyak pengajaran yang kita dapat daripada teater Bonding tersebut.

    1. Hidup lakonan pementasan Bondings ni… profesional… saya sgt suka… manalah tau ada waktu nanti dpt kita tonton teater sama… 🙂

  4. el

    penah dgr pasal ASWARA ni x silap pelakon Zulin pun belajar dari sana hehehe

    1. Ramai pelakon hebat belajar di sini el… bagi saya, kalau seseorang tu dpt melakonkan persembahan teater dgn penghayatan yg baik, setakat berlakon tv, drama atau movie mmg lagi hidpu wataknya… 🙂

  5. Teater yg sgt menarik ni sempena hari kebangsaan

    1. Betul kak PI.. bagus juga utk kesedaran kita rakyat malaysia setiap masa… 🙂

  6. best nyer dapat tengok teater!

    1. Jom… ada peluang lain waktu kita pakat2 tengok ramai2… seronok… 🙂

  7. TunSha Ayunie

    Teringin nak join Aswara tapi jiwa seni tak berapa nak kuat. Haha! Best sangat dapat tengok teater, Sha masih tak berkesempatan 🙂

    1. Jiwa seni juga ye… Teater mmg menyeronokkan. Selalu buat kita terfikir dan teringat2 mesej2 yg disampaikan… ada masa bagus juga sesekali menonton merehatkan minda… 🙂

  8. terima kasih yang tak terhingga atas sokongan dan kritikan yang membina.

    1. T kasih juga ija atas kesudian mengundang… mmg satu persembahan yg berkualiti dan sarat dgn mesej membina… 🙂

  9. ohh persembahan dari pelajar ASWARA.. pernah masuk tengok kelas diaorang.. apapun belum pernah tengok teater, mungkin lain kali..

    1. Ada masa mmg bagus tengok teater ni… merehatkan minda juga eyda… seronok… 🙂

  10. wahhh terbaik ni….saya peminat teater tp dah lama sangat tak berkesempatan nak pergi

    1. Ohh… peminat teater juga ye… klu lama tak menonton bila ada kelapangan pergi mmg berbeza kesannya… penghayatan tu timbul semula tau… best… 🙂

    2. Ohh… peminat teater juga ye… klu lama tak menonton bila ada kelapangan pergi mmg berbeza kesannya… penghayatan tu timbul semula tau… best… 🙂

  11. multicultural and multiracial.. Inilah Malaysia kebanggaan kita.. 🙂

    1. Semoga negara kita terus bersatu, maju dan makmur… aamiin… We love Malaysia… 🙂

    1. Jom kita menonton teater sama2 nanti bro… 🙂

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.