Penghargaan buat Dato’ Zuraidah Atan, ahli keluarga yang berbesar hati menaja dan yang bertungkus lumus menjayakan perjumpaan Tayangan Khas Tanda Putera Keluarga Daeng Pabitah ini. Ia satu kenangan manis yang berharga dan penuh dengan ukhwah kemesraan.
![]() |
Kenangan bersama pak cik saudara yang banyak berjasa untuk penyatuan susurgalur keluarga |
Filem Tanda Putera
Filem ini memaparkan kisah suka duka perjalanan kehidupan Allahyarham Tun Abdul Razak dan peristiwa yang berlaku sewaktu beliau menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia kedua. Ia menjadi ‘Tanda silaturrahim’ kami kerana ada diabadikan kisah Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang juga merupakan salah seorang ahli keluarga kami.
Filem itu cukup tidak disenangi oleh masyarakat berbangsa Inggeris, Scottish dan Irish kerana dianggap berunsur perkauman, dendam dan boleh menggugat keharmonian perpaduan di U.K. Akhirnya mereka sepakat menjadikannya arkib yang diabadikan dilayar perak sebagai nilai sejarah untuk rujukan dan iktibar.
![]() |
Suasana dan ragam ahli keluarga sebelum tayangan dimulakan |
Tayangan Khas Keluarga Daeng Pabitah
Bagi filem Tanda Putera ini, saya tidak layak untuk menukilkan sebarang komen dari aspek sejarah, politik, bangsa mahu pun perfileman kerana bukannya ahli dan arif dalam kesemua aspek tersebut. Secara peribadi saya berpendapat, filem ini cuba menyampaikan gambaran peristiwa berdasarkan catatan sejarah ke layar perak. Selebihnya terpulang kepada pentafsiran masing-masing.
mengukuh silaturrahim kekeluargaan kami. Semoga hubungan kekeluargaan bertambah erat diantara generasi kini dan akan datang serta beroleh keberkatan silaturrahim yang berterusan… in shaa Allah.
![]() |
Gambar kenangan santai sekeluarga |

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Assalam.. saya telah menukar kembali kepada kotak komen yang asal. Maaf diatas komen-komen yg telah hilang. Segala kesulitan amatlah saya kesali.