Tan Sri Liew Kee Sin Dianugerahkan Honorary Doctorate Of Entrepreneurship

Tan Sri Liew Kee Sin, Honorary Doctorate Of Entrepreneurship, INTI International University,
Figura pembangunan hartanah Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Liew Kee Sin baru-baru ini telah dianugerahkan Honorary Doctorate of Entrepreneurship oleh INTI International University, sebagai pengiktirafan ‘business leadership’ yang menjadi contoh tempatan dan juga antarabangsa.
Penganugerahan ini juga merupakan pengiktirafan inisiatif beliau sebagai Pengerusi Eco World Development Group Berhad, atas inisiatif memperkasa semangat nasionalisme dan keusahawanan sosial melalui kempen #AnakAnakMalaysia. Merupakan komitmen Eco World Foundation’s Students Aid Programme membantu kanak-kanak sekolah yang memerlukan.

Penganugerahan Honorary Doctorate Of Entrepreneurship

Anugerah Kedoktoran telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Arshad Ayub, Chansellor INTI International University (INTI) sempena majlis konvokasi INTI yang telah berlangsung selama 3 hari pada November 2017.

Majlis turut meraikan pengiktirafan kepada 1070 graduan PhD, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

Sumbangan Tan Sri Liew Kee Sin dalam bidang hartanah kepada pembangunan negara adalah contoh terbaik keusahawanan. Usaha yang dilaksanakan sentiasa menitikberat kelestarian ekonomi dan pembangunan sosial sebagai komitmen membangunkan masyarakat dan negara.

“When I first graduate from University Malaya in 1981, my mother and father [were] crying because I was the first boy from my village to go to university. I had the opportunity to see things in a different manner, my education in Malaysia gave me a good background,” – Tan Sri Liew Kee Sin

Beliau ikon usahawan yang menitikberatkan pendidikan sebagai elemen penting dalam menambahbaik taraf kehidupan, juga memperkasa pembangunan komuniti, masyarakat dan asas kekuatan negara terutamanya dalam dunia globalisasi kini.
Penganugerahan Honorary Doctorate of Entrepreneurship ini merupakan pengiktirafan ‘pivotal figure‘ sebagai inspirasi kepada usahawan dan pemimpin industri masa hadapan.

Related posts

6 Thoughts to “Tan Sri Liew Kee Sin Dianugerahkan Honorary Doctorate Of Entrepreneurship”

  1. Avatarfaezatul atiqah

    tahniah!!!

  2. Tahniah kepada Tan Sri Liew Kee Sin..moga menjadi motivasi kepada masyarakat…

  3. org hebat layak dpt pengiktirafan hebat

  4. tahniah LGE eh silap
    tahniah TS Liew Kee Sin hehe

  5. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Liew Kee Sin. Beliau memang sangat hebat!

  6. Tahniah dan respect Tan Sri Liew Kee Sin. Beliau juga memuji pendidikan Malaysia. Terbaik semua. 😀

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.