UMP Perkukuh Kerjasama ECERDC Dan TUM Dalam Teknologi Pintar IR4.0

Satu lagi komitmen pemerkasaaan modal insan mendepani arus revolusi industri IR4.0 di Malaysia. Baru-baru ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Asia bagi Teknologi Pintar (Asia Center of Excellence for Smart Technology – ACES), sebuah inisiatif bersama Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan TUM International GmbH (TUMInt) Jerman, bagi memacu penerapan industri 4.0 dan kemahiran bakat tempatan. Antara projek-projek UMP yang akan dilaksanakan bersama ECERDC dan TUM International menerusi ACES termasuk, inisiatif produk pengkomersilan, serta program latihan teknikal dan vokasional industri 4.0. UMP…

Read More