UMGAWA Langkawi Gaya Hidup 

UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi

“Never fear your challenges, challenge your fears” – itulah antara ungkapan kata-kata motivasi yang bermain di minda bila menyertai aktiviti mencabar di UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi. UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi merupakan lokasi pertama persinggahan kami sempena program Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi yang saya kongsikan pada artikel sebelum ini. Pengalaman ‘trilling adventure’ yang mencabar, menyeronokkan dan memotivasikan diri. UMGAWA Zipline ECO Adventure Langkawi UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi merupakan antara lokasi yang patut anda kunjungi jika berada di Pulau Langkawi, lebih-lebih lagi jika semangat jiwa muda masih membara…

Read More
Resorts World Langkawi Gaya Hidup 

Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi

Baru-baru ini saya berpeluang menyertai Influencers FAM Trip ke Resorts World Langkawi. Merupakan pengalaman 3 hari 2 malam bersama rakan bloggers dan Influencers bermula 29 hingga 31 March 2018. Kami tiba ke perkarangan hotel Resorts World Langkawi pada hari Khamis sekitar 2.45 petang sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan dibawa menaiki bas ke sini. Pelbagai aktiviti telah dirangka dalam program Influencers FAM Trip ke Resorts World Langkawi ini, dan pastinya menjadi jurnal istimewa untuk dikongsi bersama pembaca maya. Resorts World Langkawi @ Pulau Langkawi Resorts World Langkawi sememangnya sudah…

Read More
Shinora ECER, ECERDC, Keusahawanan Motivasi Portfolio 

Inspirasi Kejayaan Shinora Food bersama Puan Wan Norshiha

Kejayaan bukan sesuatu yang boleh dicapai semalaman. Ia pastinya memerlukan keazaman dengan perancangan serta usaha yang istiqamah. Ilmu dan sokongan yang betul juga menjadi antara elemen penting bagi memastikan hasrat tercapai. Bersempena Ekspo Terengganu 2018, saya berpeluang mengenali Puan Wan Norshiha Wan Embong, Pengarah Urusan Shinora Food Industries Sdn Bhd dalam sesi temubual yang diadakan. Beliau usahawanita berjaya di Terengganu, juga antara peserta program pembangunan modal insan entrepreneur ECER dibawah Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC). Inspirasi Penjenamaan Shinora Food Industries Sdn Bhd Puan Wan Norshiha mengusahakan pembuatan dan…

Read More
Jambatan Angkat KTCC Drawbridge, Kuala Terengganu, Portfolio 

Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Ikonik Baharu Terengganu

Projek pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (Kuala Terengganu City Centre – KTCC) kini sedang rancak dalam pembinaan. Ia bakal menjadi satu lagi projek infrarakyat yang akan merubah landskap dan melonjakkan transformasi sosioekonomi Terengganu. Pada Isnin, 26 Februari 2018, saya berpeluang menyertai delegasi melawat pembangunan projek infrarakyat berimpak tinggi yang sedang giat dilaksananakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) ini. Lokasi utama kami lawati adalah ke tapak projek jambatan angkat (drawbridge) yang bakal menjadi mercu tanda ikonik Terengganu. KTCC Drawbridge Projek Infrarakyat Berimpak Tinggi ECER Baru-baru ini saya ada berkongsi…

Read More
Pelancongan Desa KEJORA MTC Gaya Hidup 

Promosi Pelancongan Desa KEJORA Dengan Kerjasama MTC

Menghargai anugerah alam, nilai budaya, potensi eco dan agro-pelancongan merupakan input berharga bila berpeluang menyertai Program Promosi Pelancongan Desa anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Ia juga diadakan bersempena Karnival Pelancongan Desa, Zon Sedili 2017 yang menjadi antara komitmen MTC dalam usaha mempertingkatkan sektor pelancongan desa. Wakil MTC, media dan bloggers telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Kompleks The Wetlands Kampung Belukar Durian, Sedili Kechil, Kota Tinggi, Johor. Perjalanan bermula pada pagi Jumaat, 22 Disember 2017 dengan menaiki bas yang diketuai Encik…

Read More