Gaya Hidup 

Pelancaran Logo Visit Sarawak Sasar 5 Juta Pelancong 2019

Sarawak sememangnya antara negeri di Malaysia yang terkenal dengan keunikan tradisi, budaya dan makanan serta tarikan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Ia pasti memberikan satu pengalaman manis kepada sesiapa jua yang berkunjung ke Sarawak. Atas aspirasi tersebut, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah telah melancarkan logo terbaru sempena kempen ‘Visit Sarawak‘, dengan mensasarkan kunjungan seramai 5 juta pelancong pada 2019. Pelancaran Logo Visit Sarawak – More To Discover Pelancaran logo kempen Visit Sarawak telah berlangsung pada 16 Oktober 2018 di JW Marriot Bukit Bintang,…

Read More

Cabaran UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi

“Never fear your challenges, challenge your fears” – itulah antara ungkapan kata-kata motivasi yang bermain di minda bila menyertai aktiviti mencabar di UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi. UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi merupakan lokasi pertama persinggahan kami sempena program Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi yang saya kongsikan pada artikel sebelum ini. Pengalaman ‘trilling adventure’ yang mencabar, menyeronokkan dan memotivasikan diri. UMGAWA Zipline ECO Adventure Langkawi UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi merupakan antara lokasi yang patut anda kunjungi jika berada di Pulau Langkawi, lebih-lebih lagi jika semangat jiwa muda masih membara…

Read More

Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi

Baru-baru ini saya berpeluang menyertai Influencers FAM Trip ke Resorts World Langkawi. Merupakan pengalaman 3 hari 2 malam bersama rakan bloggers dan Influencers bermula 29 hingga 31 March 2018. Kami tiba ke perkarangan hotel Resorts World Langkawi pada hari Khamis sekitar 2.45 petang sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan dibawa menaiki bas ke sini. Pelbagai aktiviti telah dirangka dalam program Influencers FAM Trip ke Resorts World Langkawi ini, dan pastinya menjadi jurnal istimewa untuk dikongsi bersama pembaca maya. Resorts World Langkawi @ Pulau Langkawi Resorts World Langkawi sememangnya…

Read More
Portfolio 

Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Ikonik Baharu Terengganu

Projek pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (Kuala Terengganu City Centre – KTCC) kini sedang rancak dalam pembinaan. Ia bakal menjadi satu lagi projek infrarakyat yang akan merubah landskap dan melonjakkan transformasi sosioekonomi Terengganu. Pada Isnin, 26 Februari 2018, saya berpeluang menyertai delegasi melawat pembangunan projek infrarakyat berimpak tinggi yang sedang giat dilaksananakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) ini. Lokasi utama kami lawati adalah ke tapak projek jambatan angkat (drawbridge) yang bakal menjadi mercu tanda ikonik Terengganu. KTCC Drawbridge Projek Infrarakyat Berimpak Tinggi ECER Baru-baru ini saya ada berkongsi…

Read More

Program Promosi Pelancongan Desa KEJORA Dengan Kerjasama MTC

Program Promosi Pelancongan Desa KEJORA Kerjasama MTC Menghargai anugerah alam, nilai budaya, potensi eco dan agro-pelancongan merupakan input berharga bila berpeluang menyertai Program Promosi Pelancongan Desa anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Ia juga diadakan bersempena Karnival Pelancongan Desa, Zon Sedili 2017 yang menjadi antara komitmen MTC dalam usaha mempertingkatkan sektor pelancongan desa. Wakil MTC, media dan bloggers telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Kompleks The Wetlands Kampung Belukar Durian, Sedili Kechil, Kota Tinggi, Johor. Perjalanan bermula pada pagi Jumaat, 22 Disember…

Read More

Mersing Harbour Centre – Pusat Tarikan Pelancongan Dan Keusahawanan ECER

Mersing Harbour Centre merupakan antara projek berimpak tinggi yang dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai komitmen mengukuhkan kedudukan Mersing menjadi destinasi pelancongan utama di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ia menjadi sebahagian infrastruktur penting pengukuhan transformasi negara dalam membantu meningkatkan taraf hidup sosioekonomi masyarakat dan tarikan pelancongan.  Pelancaran Mersing Harbour Centre Oleh DYMM Sultan Johor Pada 10 September 2017, saya sekali lagi berpeluang menyaksikan realiti pembangunan dan infrastruktur pemerkasaan transformasi negara apabila diberi kepercayaan menyertai media trip ke pelancaran Mersing Harbour Centre. Ia dilancarkan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim…

Read More

Melewati Sejarah Bukit Kepong Muar Johor

Bukit Kepong, nama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Pasti ramai diantara kita akan teringat cerita Allahyarham Tan Sri Jins Samsudin yang mengabadikan sejarahnya ke layar perak. Atas inspirasi tersebut juga terpanggil kali ini mengabadikan lagi ekspresi jurnal familia berkaitan sejarah pada kesempatan cuti Aidilfitri yang lalu, melewati sejarah Bukit Kepong di Muar, Johor. Galeri Darurat Bukit Kepong Perjalanan ke Bukit Kepong ini sebenarnya tidak dirancang. Kesempatan jalan-jalan cuti Hari Raya telah membawa kami ke sini dan secara tak langsung memanfaatkan waktu yang ada singgah ke Galeri Darurat Bukit…

Read More

SENIKOME PENG HENG Khazanah Seni Budaya Warisan Pantai Timur

SENIKOME PENG HENG, satu nama unik yang mempamerkan kepelbagaian khazanah seni cipta dan warisan budaya masyarakat Pantai Timur untuk tatapan pengunjung serata dunia. Peluang berkunjung ke sini pada hujung minggu yang lalu merupakan satu pengalaman yang berharga. Sememangnya, ini antara lokasi menarik yang harus dikunjungi terutamanya buat peminat ‘kaki seni’ mahu pun pengkaji kesenian dan sosio-budaya sekiranya berkunjung ke Resorts World Genting. SENIKOME PENG HENG SENIKOME PENG HENG SENIKOMA bermaksud ‘Seni Kami’. Perkataan ‘Kome’, dinspirasikan daripada dialek asal yang biasa digunakan oleh penduduk tempatan Pahang serta beberapa negeri lain di Malaysia.…

Read More

Pemerkasaan Projek InfraRakyat Berimpak Tinggi Transformasi ECER

Baru-baru ini sekali lagi saya diberi kepercayaan berkongsi informasi pemerkasaan projek-projek berimpak tinggi dan berteraskan rakyat (InfraRakyat) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ia merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan merancakkan transformasi sosio-ekonomi dan meningkatkan taraf hidup melalui program pembangunan modal insan bersifat inklusif dan holistik dibawah perlaksanaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Projek InfraRakyat Dan Pembangunan Modal Insan ECERDC Pada 22 April 2017, saya telah menyertai media trip lawatan kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke Loji Rawatan Air Ganchong (LRA Ganchong) di Pekan, Pahang. Merupakan acara penyerahan rasmi LRA Ganchong…

Read More

Muadzam Shah Memacu Transformasi Hab Tenusu Malaysia

Pada 11 Mac 2017, saya telah menyertai media trip sempena lawatan kerja YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC). Perdana Menteri Malaysia telah mengambil peluang untuk menyaksikan kemajuan projek transformasi MSCRIC termasuk meninjau lokasi pembinaan Kilang Pemprosesan Tenusu baharu yang dijangka siap pada akhir tahun 2017. MSCRIC Memacu Transformasi Sektor Perniagaan Tani MSCRIC merupakan sebuah projek perkongsian awam-swasta yang dimulakan pada tahun 2012 oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan sebahagian strategi Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk…

Read More