Khir Khalid 2018 Ekspresi 

Ekspresi Hujung Tahun Dan Arah Tuju 2019

Ekspresi Hujung Tahun Dan Arah Tuju 2019 – Sedar tak sedar, kita sudah berada dipenghujung tahun 2018. Tahun baru bakal muncul dan artikel ini menjadi penutup ekspresi peribadi tahun ini. Artikel ini juga ditulis bersempena tarikh istimewa ulangtahun kelahiran. Justeru, saya mengambil masa petang yang terluang di lobi tatkala menunggu trafik reda untuk pulang. Tarikh 20 Disember 2018, bertambah lagi usia… syukur atas segala limpah kurnia Illahi. Terima kasih juga atas ucapan rakan-rakan di semua rangkaian… subhanallah walhamdulillah. Ekspresi Penghargaan Hujung Tahun 2018 Tahun 2018 meninggalkan kenangan dan pengajaran tersendiri.…

Read More
Portfolio Sosio-Pendidikan 

Persidangan The British Council New Directions 2018

Persidangan The British Council New Directions 2018 merupakan inisiatif berterusan dalam memperkasa standard pendidikan Bahasa Inggeris. Persidangan kali ke-6 dan yang pertama di Malaysia ini telah berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Oktober 2018. Persidangan bertemakan ‘Standards in Learning Systems‘ ini telah dihadiri lebih 500 penyertaan yang terdiri daripada para pendidik, ahli akademik dan pemimpin industri dari 29 negara. Ia merupakan ‘melting pot’ global dalam komitmen memperkasa pendidikan, pembelajaran dan penilaian Bahasa Inggeris secara bersepadu di Malaysia dan antarabangsa. Persidangan The British Council New Directions 2018…

Read More
Portfolio Sosio-Pendidikan 

CEFR Memperkasa Polisi Pendidikan Bahasa Inggeris Di Malaysia

Bersempena 6th British Council New Directions in English Language Assessement Conference 2018, saya berpeluang menjalankan sesi temubual eksklusif bersama Profesor Barry O’ Sullivan, Head of Assessement, British Council dan Profesor Zuraidah Mohd Don, Chair of the English Language Standard and Quality Council, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan pandangan pakar tentang implikasi dan perlaksanaan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dalam memperkasa polisi pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia sebagai landasan pemantapan modal insan selaras aspirasi Malaysia Education Blueprint (2013 – 2025).   Common European Framework of…

Read More
Portfolio Sosio-Pendidikan 

Jeffrey Cheah Foundation Scholarships And Awards Ceremony 2018

Jeffrey Cheah Foundation Scholarships and Awards Ceremony 2018 sememangnya menyuntik inspirasi buat para pelajar memperkasa pembangunan pendidikan, juga diri ini dalam aspirasi keusahawanan sosial dan modal insan. Tahun ini menyaksikan penganugerahan biasiswa berjumlah RM72 juta kepada 3000 pelajar berkelayakan. Satu komitmen ‘education-focus social enterprise’ terbesar di Malaysia oleh Jeffrey Cheah Foundation (JCF) dengan keseluruhan biasiswa dan geran mencecah RM402 juta.   JCF Scholarships And Awards Ceremony 2018 JCF Scholarship And Award Ceremony 2018 telah disempurnakan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bersama…

Read More
Keusahawanan Portfolio Sosio-Pendidikan 

Sunway iLabs Makerspace Memperkasa Inovasi Revolusi Industri 4.0

Sunway iLabs, sebuah ‘non-profit incubator dan accelerator’ pembangunan bakat inovasi dan keusahawanan, telah melancarkan Sunway iLabs Makerspace sebagai platform persediaan kepada para pelajar dan usahawan mendepani arus revolusi industri 4.0. Dilengkapi dengan peralatan terkini ‘state-of-the-art’, ia juga merupakan komitmen berterusan Sunway iLabs bersama 5 rakan industri iaitu Google, General Electric (GE), NEC, Hitachi Sunway dan Xperanti dalam menyokong pemerkasaan industri pendidikan tinggi dalam era digital abad ke-21. Pelancaran Sunway iLabs Makerspace Sunway University Pada 8 Oktober 2018, saya telah menghadiri pelancaran Sunway iLabs Makerspace di Sunway University. Ia disempurnakan oleh…

Read More
Portfolio 

Slot BLOGGER OH! BLOGGER Bersama Harmoni Nasional FM

Slot BLOGGER OH! BLOGGER bersama Harmoni Nasional FM merupakan antara pengalaman paling berharga dalam portfolio kerjaya seorang penulis blog bila berpeluang berkongsi aspirasi dunia berblogging kepada para pendengar radio online. Pengalaman 1 jam bersama DJ Rizz di konti Harmoni Nasional FM menjadi suntikan motivasi buat diri dalam menyampaikan informasi melalui blog sebagai aspirasi kerjaya. Ia secara tidak langsung memberi inspirasi untuk terus memperkasa usaha dalam berkongsi pengisian bermanfaat kepada seluruh pembaca blog ini. Slot BLOGGER OH! BLOGGER Harmoni Nasional FM Pagi Rabu, 5 September 2018, merupakan hari yang berharga dalam jurnal…

Read More
Keusahawanan Portfolio Sosio-Pendidikan 

Sunway Education Group Platform Baru Yunus Social Business Centre

Keusahawanan Sosial sentiasa menjadi aspirasi yang menginspirasikan diri ini sejak mula mengenali maksudnya. Begitu juga pengisian perkongsian blog ini yang antaranya terarah atas tujuan yang sama sebagai perkongsian ke pangkuan pembaca. Baru-baru ini saya berpeluang menyaksikan satu acara bersejarah dalam agenda keusahawanan sosial dengan termaterinya perjanjian persefahaman (MoU) antara Sunway Education Group (SEG) dan Yunus Centre di Sunway University, Bandar Sunway. Aspirasi MoU oleh 2 organisasi tersohor ini secara rasmi menjadikan kampus SEG di Bandar Sunway sebagai platform terbaru Yunus Social Business Centre (YSBC) dalam memperkasa landskap pembangunan ‘sosial enterprise’…

Read More
INTI Dragons Portfolio Sosio-Pendidikan 

Keunikan Bayi Tahun Naga Serta Impak Kepada Malaysia

Keunikan Bayi Tahun Naga Serta Impak Kepada Malaysia – Menurut kepercayaan zodiac Cina, mereka yang dilahirkan pada Tahun Naga sering diperkatakan sebagai golongan yang pintar, bercita-cita tinggi, mempunyai kesungguhan dan membawa berkat kepada keluarga. Berdasarkan kepercayaan ini, negara-negara Asia seperti Singapura, Hong Kong dan China telah mengalami peningkatan pada kadar kelahiran secara amnya. Malaysia khususnya juga telah menunjukkan lonjakan kadar kelahiran secara konsisten pada tahun-tahun Naga ini. Enter The Dragon: Unique Realities Of Dragon Babies Bagi memahami dasar impak bayi Tahun Naga serta kecenderungannya di Malaysia, INTI International University &…

Read More
Kumon Expert Roundtable Session Portfolio Sosio-Pendidikan 

KUMON: Tahun-Tahun Awal Penting Dalam Membina Potensi Kanak-Kanak

Program pendidikan ‘after-school enrichment’ terbesar di negara ini, Kumon Malaysia berpendapat, tiada kanak-kanak yang lahir sebagai seorang genius atau pintar. Namun, tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan peringkat penting dalam memastikan tumbesaran otak dan pembangunan pembelajaran dapat mencapai potensi sepenuhnya. Tahun-tahun sebelum persekolahan (prasekolah) atau ‘peringkat awal kanak-kanak’ merupakan peringkat pembangunan paling penting kerana peringkat tahun-tahun awal inilah minda kanak-kanak mula menyerap pelbagai input melalui pengalaman persekitaran yang akhirnya membentuk kemahiran hidup yang penting buat mereka. Kumon Malaysia National Instructors’ Summit Pada Rabu, 25 Julai 2018, saya telah menyertai input sesi meja bulat bersama pakar…

Read More
Portfolio Sosio-Pendidikan 

Sesi Pakar Meja Bulat ‘Membesarkan Kanak-Kanak Tanpa Gajet’

Pada pagi Rabu, 11 Julai 2018, saya telah menghadiri sesi pakar meja bulat bertemakan ‘Membesarkan Anak-Anak Tanpa Gajet’ (Raising Gadget-Free Kids) yang diadakan sempena pelancaran pameran pertama Pusat Sumber dan Perpustakaan Kanak-Kanak di ibu pejabat Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM). Ia merupakan inisiatif PPBM dengan kerjasama erat Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint) dalam menyediakan platform terbaik Pusat Sumber PPBM bagi tujuan menyediakan maklumat dan rujukan berkaitan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak. Perpustakaan Kanak-Kanak pula bertujuan menyemai tabiat membaca dikalangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah. Pusat Sumber Dan Perpustakaan Kanak-Kanak…

Read More