Gaya Hidup 

Filem Adiwira Badang Kisah Superhero Malaysia

Kita selalu disajikan dengan watak-watak ‘superheros’ luar negara sehingga ramai yang hampir terlupa bahawa negara kita juga mempunyai nama lagenda yang patut diangkat sebagai adiwira. Atas aspirasi tersebut, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) telah menerbitkan Filem Adiwira Badang, arahan pengarah filem unggul negara, Dato’ Prof. Dr. A Razak Hj Mohaideen. Membariskan pelakon seperti Dato’ Sri Aliff Syukri, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor, Fareez Fauzi, Norman Hakim, Zalfin Zin, Datin Nur Shahida M. Rashid, Azmir Aziz, Douglas Lim, Nadia Brian, Esma Daniel, Julia Ziegler dan ramai lagi…

Read More
Makrifat Cinta, Syamsul Yusof, Khir Khalid, Gaya Hidup 

Pelancaran Trailer Filem Makrifat Cinta

Makrifat Cinta, filem Dhananwood Films Sdn Bhd, membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabilah Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali. Filem inspirasi dari kisah benar ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Februari 2018. Saya telah menghadiri Majlis Pelancaran Trailer dan Sidang Media Makrifat Cinta pada 13 Disember 2017 di IRDKL Mall, Shah Alam. Ia diadakan bagi memperkenalkan barisan pelakon dan mempromosi filem dengan tayangan trailer beberapa adegan filem di TSR Cinema, IRDKL Mall. Sinopsis Filem Makrifat Cinta…

Read More
Ah Boys To Men 4 Portfolio 

Ah Boys To Men 4 Raih RM 5 Juta Box Office Malaysia

Bekerjasama bersama antara Publicist berpengalaman dalam segmen hiburan tanah air merupakan satu penghargaan dan peluang yang membina. Merupakan cabaran aspirasi baru, mengurus informasi bersama media mainstream, media online, bloggers, influencers dan pihak yang terlibat dalam industri filem mengendalikan promosi filem terbaru Ah Boys To Men 4. Filem genre komedi francais dari Singapura ini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 23 November 2017. Merupakan filem box office yang meraih sebanyak SG2.55 juta (RM8 juta) dalam masa seminggu tayangan di Singapura, juga telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta untuk tayangan…

Read More

Justice League Premier Screening Di Resorts World Genting

Justice League, filem terbaru DC Comics yang mula menggegar pawagam seluruh dunia sememangnya mendapat sambutan ramai. Peluang menonton movie premier Justice League pada malam sebelum tayangan rasmi merupakan pengalaman menarik buat diri. Tambahan lagi dapat menonton 6000 kaki dari paras laut di Picture House, Sky Avenue, Resorts World Genting. Sebagai peminat filem Superheroes, peluang menonton filem Justice League sememangnya amat dinantikan. Justeru hari Rabu 15 November 2017, merupakan hari istimewa berkunjung ke Resorts World Genting, bukan sahaja menonton premier screening, malah meraikan aura Superheroes bersama rakan-rakan. Setibanya pada waktu petang…

Read More

HAUNTED HOTEL Filem Seram Buat Anda Tak Senang Duduk

Haunted Hotel, filem seram gandingan pelakon 3 negara, Malaysia, Thailand dan China pastinya membuatkan anda tidak senang duduk. Membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Aom Sushar (Thailand) yang membintangi watak utama, Leon Li Chuan (China), Teddy Chin, Alvin Chong dan Nadia Aqilah (Malaysia) bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 19 Oktober 2017. Sinopsis Haunted Hotel Filem terbitan bakat tempatan Ryon Lee ini mengisahkan Ling (Aom Sushar) dan kekasihnya Jun (Leon Li Chuan) telah mendapat peluang datang ke Malaysia atas urusan kerja dan berjaya memenangi wang yang banyak di sebuah kasino. Maka mereka…

Read More

Filem RAFATHAR Kisah Si Cilik ‘Superkid’

Kebanyakkan filem-filem dari seberang selalunya memang tidak menghampakan. Begitu juga dengan RAFATHAR, sebuah filem ‘family-comedy’ dari Indonesia yang pasti buat anda tidak kering gusi, malah sesuai ditonton santai seisi keluarga. Filem yang mengisahkan seorang bayi ‘superkid’ ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 September 2017. Movie Preview RAFATHAR – kredit foto www.ienaeliena.com Sinopsis RAFATAR Si Cilik Superkid Pada Sabtu 23 September 2017, saya sekeluarga telah menghadiri Tayangan Perdana RAFATHAR. Filem mengisahkan seorang bayi bernama Rafathar yang memiliki kuasa luar biasa dan telah diserahkan  kepada pasangan keluarga kaya dan terkenal…

Read More

Filem MALAY REGIMENT Menghargai ‘Unsung Heroes’ Malaysia

Malam Khamis 24 Ogos 2017, saya telah menyaksikan tayangan perdana filem Malay Regiment atas undangan rakan blogger dan PR Puan Rosmawati, di eCurve Damansara. Sebuah filem patriotik yang bakal ditayangkan sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 2017. Kebetulan juga hari tersebut merupakan hari ulang tahun kelahiran puan mem, justeru satu peluang meraikannya dengan menonton filem. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang semakin hampir, tayangan Malay Regiment ini juga sememangnya bersesuaian dengan waktunya. Sinopsis Malay Regiment Malay Regiment arahan Dato Jurey Latif Rosli ini diinspirasikan dari kisah benar jurnal pertempuran…

Read More

Ghost-Danur: I Can See Them Menghantui Penonton Di Malaysia

Baru-baru ini saya telah menghadiri majlis pra-tonton filem seram dari Indonesia bertajuk ‘Ghost-Danur: I Can See Them’ yang bakal ditayangkan secara rasmi bermula 4 May 2017. Merupakan sebuah filem seram adaptasi novel terbitan Antenna Entertainment yang diinspirasi berdasarkan kisah benar yang pernah berlaku kepada penulis novel, Risa Saraswati satu ketika dahulu.   Sinopsis Ghost-Danur: I Can See Them Filem seram Indonesia, Ghost-Danur: I Can See Them mengisarkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Risa (Prilly Latuconsina) yang sering keseorangan di rumah neneknya. Risa meminta agar beroleh teman daripada ibunya Elly sewaktu menyambut…

Read More

Filem HOSPITAL Kisah Seram Yang Menghantui Jiwa Penonton

Hospital, filem genre seram terbaharu keluaran Metrowealth (MiG Pictures) bakal menghantui seluruh pawagam di Malaysia pada 13 April 2017 dengan konsep garapan unik dan berbeza. Filem arahan Azaromi Ghozali ini pasti memberikan pengalaman menonton dengan babak yang mencabar, suspen dan triller kepada semua penonton. Filem seram wajib tonton yang menghantui, pastinya tidak mengecewakan buat peminat-peminat filem tempatan. Sinopsis Filem Hospital Pada 10 April, saya telah menghadiri majlis pra-tonton filem Hospital yang berlangsung di GSC Mid Valley. Filem ini mengisahkan seorang gadis Amira (Fatin Afeefa) yang menghadiri temuduga untuk menjadi jururawat…

Read More

Dorm Melati: Filem Seram Pembuka Tirai 2017

Dorm Melati, cukup menduga kekuatan diri dan hati. Filem genre seram terbaru terbitan Metrowealth arahan Eyra Rahman ini telah berjaya membuat saya terjerit ketika menonton. Malah kemunculan hantu Melati Putih sememangnya menghantui… membuatkan saya teringat-ingat sampai sekarang. Harap tak terserempak atau diganggu dengan makhluk seperti itu… ishhh! Malam Gala Filem Dorm Melati Pada Selasa 10 Januari 2017, saya telah menghadiri Malam Gala Filem Dorm Melati di Cineplex, eCurve, yang dilancarkan oleh Senator Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia) bersama Mejar (K) David Teo…

Read More