FedEx Junior Achievement Keusahawanan Motivasi Sosio-Pendidikan 

Cabaran FedEx Junior Achievement 2018

FedEx Junior Achievement 2018 – Menanam semangat keusahawanan dikalangan pelajar Malaysia merupakan antara aspirasi penting demi pembangunan negara yag lebih mampan di masa hadapan. Justeru baru-baru ini, FedEx Express, sebuah subsidari FedEx Corp. (NYSE: FDX) yang merupakan syarikat pengangkutan ekspress terbesar di dunia, bersama Junior Achievement telah melancarkan Cabaran Perdagangan Antarabangsa FedEx/Junior Achievement 2018 (FedEx/JAITC), sebagai sebahagian komitmen dalam melahirkan generasi pemimpin perniagaan masa hadapan di Malaysia. Program FedEx Express/Junior Achievement Program FedEx Express/Junior Achievement direka untuk memupuk ilmu pengetahuan perniagaan menerusi latihan kerja berpasukan amali dan pembelajaran dalam bilik…

Read More
Keusahawanan Portfolio Sosio-Pendidikan 

Startup World Cup Malaysia 2018

Antara input menyuntik inspirasi keusahawanan apabila berpeluang menyaksikan pengisian Startup World Cup Malaysia 2018 yang pertama kali dianjurkan di Malaysia. Startup World Cup Malaysia 2018 ini merupakan sebahagian daripada pertandingan Startup World Cup sedunia bagi mewakili Malaysia merebut peluang ke Grand Finale di Silicon Valley, Amerika Syarikat dan berpeluang memenangi pelaburan USD 1,000,000 dalam merintis era digital masa kini. Startup World Cup Malaysia 2018 Bagi anda yang terlibat dalam dunia keusahawanan pasti menyedari bahawa ‘startup’ merupakan elemen yang menjadi perhatian dalam era digital. Startup merupakan bisnes yang baru berkembang atau…

Read More
Himpunan Usahawan Bumiputera, HUB2018, Keusahawanan 

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 – HUB 2018

Kepada rakan-rakan usahawan dan para pembaca yang berhasrat menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini. Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB 2018) buat julung kalinya bakal diadakan sebagai komitmen memperkasa potensi dan prospek para usahawan bumiputera di Malaysia. HUB 2018 akan diadakan di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 dan 31 Mac 2018. Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 – HUB 2018 HUB 2018 merupakan program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia, dengan sokongan Unit Peneraju Bumiputera (TERAJU). Mengumpulkan 14,000 PKS…

Read More
Shinora ECER, ECERDC, Keusahawanan Motivasi Portfolio 

Inspirasi Kejayaan Shinora Food bersama Puan Wan Norshiha

Kejayaan bukan sesuatu yang boleh dicapai semalaman. Ia pastinya memerlukan keazaman dengan perancangan serta usaha yang istiqamah. Ilmu dan sokongan yang betul juga menjadi antara elemen penting bagi memastikan hasrat tercapai. Bersempena Ekspo Terengganu 2018, saya berpeluang mengenali Puan Wan Norshiha Wan Embong, Pengarah Urusan Shinora Food Industries Sdn Bhd dalam sesi temubual yang diadakan. Beliau usahawanita berjaya di Terengganu, juga antara peserta program pembangunan modal insan entrepreneur ECER dibawah Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC). Inspirasi Penjenamaan Shinora Food Industries Sdn Bhd Puan Wan Norshiha mengusahakan pembuatan dan…

Read More
Pengarah Syarikat Peranan Dan Tanggungjawab Keusahawanan 

Tanggungjawab Pengarah Syarikat Berkaitan Akta Dan Kerjaya

Beberapa minggu lepas, saya terlibat merangka rumusan tanggungjawab Pengarah Syarikat atau Company Directorship berpandukan rujukan perundangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Saya terpanggil menjadikannya sebahagian perkongsian panduan serta peringatan sosio-pendidikan kepada penuntut institusi dan terutamanya sesiapa jua yang berhasrat menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan. Malah, ia juga terpakai kepada mereka yang berhasrat menjawat peranan penting dalam sesebuah organisasi atau pensyarikatan. Pensyarikatan, Pengarah Dan Setiausaha Syarikat Bagi sektor swasta, nama Pengarah Syarikat (Directorship) tersenarai dalam Memorandum and Article of Associsation (M&A). Ia difailkan oleh setiausaha syarikat yang dilantik selaku wakil syarikat…

Read More
MyIPO Petunjuk Geografi Keusahawanan 

Lindungi Harta Intelek Dengan Petunjuk Geografi MyIPO

Sekiranya anda mempunyai hasil karya, idea dan jenama sendiri pasti mahukan reputasi yang terbaik agar ia dikenali, dipercayai dan memberi manfaat serta keuntungan. Selain itu, faktor keselamatan juga amat perlu diambilkira kerana ia merupakan harta intelek yang perlu dilindungi. Inilah informasi saya ingin kongsikan tentang kepentingan Petunjuk Geografi yang diperkenalkan oleh MyIPO atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia, merupakan agensi dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) dalam usaha melindungi harta intelek anda. Apa Itu Petunjuk Geografi MyIPO Pasti anda pernah melihat jenama seperti Kluang Coffee, Sabah Tea, Kek Lapis Sarawak dan…

Read More
Tycoon iklan Keusahawanan 

Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa

Tycoon pengiklanan terawal Malaysia dan antarabangsa merupakan catatan pembentangan rujukan kepada institusi pengajian tinggi dalam bidang pemasaran dan pengiklanan. Tahun 2018 ini, bermula penglibatan saya ditawarkan dalam segmen sosio-pendidikan yang saling terkait dengan pentauliahan akademik serta portfolio kerjaya sebelum ini. Ia menjadi sebahagian input memperkasa rujukan sosio-pendidikan. Justeru tahun ini juga saya berhasrat untuk terus mengabadikan pelbagai input hasil setiap pembentangan di blog ini sebagai rujukan bermanfaat pembaca. Tycoon Pengiklanan Terawal Antarabangsa Hasil pembentangan pertama 2018 berkaitan segmen pemimpin industri dalam sektor pengiklanan komersil merangkumi dalam dan luar negara. Ia…

Read More

Teraju@ECER Pacu Pelaburan Dan Peluang Pekerjaan Tempatan

Pelabur tempatan, termasuk usahawan-usahawan Bumiputera terus memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi Kelantan, susulan usaha-usaha inklusif kerajaan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) untuk meningkatkan penyertaan dan sumbangan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PKS) dalam ekonomi tempatan. ECERDC bersama rakan strategik, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menerusi program TERAJU@ECER telah memperuntukkan dana mudahcara berjumlah RM6.8 juta kepada empat projek Bumiputera dalam sektor perkhidmatan, pembangunan dan hartanah. Projek-projek bernilai lebih RM56.6 juta bakal mewujudkan lebih 90 peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan, sekaligus menjadi platform meningkatkan taraf hidup melalui pendapatan…

Read More
Freelancing Malaysia Portfolio 

Realiti Ekonomi Freelancing Malaysia

Realiti Ekonomi Freelancing Malaysia – Berdasarkan fakta rasmi menyatakan 30% daripada tenaga kerja sedunia kini merupakan ‘freelancer’. Menurut laporan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ogos 2017 turut menyenaraikan bahawa ekonomi pekerjaan bebas di Malaysia telah turut berkembang sebanyak 31%, menjadikan Malaysia pasaran ke-3 terbesar di rantau ini. Atas aspirasi memperkasa persediaan dalam mendepani trending ekonomi pasaran Pekerjaan Bebas (Freelance), INTI International University & Colleges telah menganjurkan sesi perbincangan lanjut dalam mengulas hasil kaji selidik terkini yang telah dilaksanakan bertajuk The Realities Of The Malaysian Freelancing Economy. The Realities Of The…

Read More

SOFTA Marketing – Usahawan Muda Terbaik entrepreneur ECER

Pastinya ada diantara pembaca yang sudah mengetahui tentang sebuah syarikat pengeluar hasil laut bernama SOFTA Marketing. Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang usahawan muda berjaya bernama Wan Muhammad Fadhli Wan Mohd Yusuf, individu yang bertanggungjawab memajukan lagi potensi perniagaan SOFTA Marketing memperkasa peluang pasaran antarabangsa. Anugerah Usahawan Muda Terbaik entrepreneur ECER Wan Muhammad Fadhli, usahawan berusia 25 tahun dari Besut, Terengganu merupakan penerima Anugerah Khas Usahawan entrepreneur ECER 2017 kategori The Best Young Entrepreneur. Beliau berjaya memajukan perniagaan keropok lekor daripada perusahaan ‘cottage industry’ ke peringkat pengilangan dan pemasaran…

Read More