Ekspresi 

Salam Lebaran Hari Raya Aidilfitri 2018

Syawal kini menjelma, meninggalkan Ramadan Al Mubarak penuh kemuliaan sebagai kenangan kesedaran dan keinsafan. Moga rahmat dan keberkatannya berterusan dirasai. Hari ini mengambil sedikit waktu terluang pada malam 2 Syawal 1439H untuk berkongsi coretan kepada seluruh pembaca dan subscribers yang dikasihi. Tiada apa yang lebih menggembirakan pada hari seperti ini selain meraikan keceriaan bersama mereka yang tercinta. Ekspresi Hari Raya Aidilfitri 2018 Hari Raya Aidilfitri 2018, kami raikan di Pontian, Johor. Tidak melepaskan peluang seperti kebiasaannya mengabadikan gambar sekeluarga sebagai kenangan Aidilfitri. Maklumlah kalau dah balik kampung sempena Aidilfitri, ketupat,…

Read More
Galeri Darurat Bukit Kepong Ekspresi 

Melewati Sejarah Bukit Kepong Muar Johor

Bukit Kepong, nama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Pasti ramai diantara kita akan teringat cerita Allahyarham Tan Sri Jins Samsudin yang mengabadikan sejarahnya ke layar perak. Atas inspirasi tersebut juga terpanggil kali ini mengabadikan lagi ekspresi jurnal familia berkaitan sejarah pada kesempatan cuti Aidilfitri yang lalu, melewati sejarah Bukit Kepong di Muar, Johor. Galeri Darurat Bukit Kepong Perjalanan ke Bukit Kepong ini sebenarnya tidak dirancang. Kesempatan jalan-jalan cuti Hari Raya telah membawa kami ke sini dan secara tak langsung memanfaatkan waktu yang ada singgah ke Galeri Darurat Bukit…

Read More

MAHA 2016 – Ceria Sekeluarga Dengan Informasi Dan Ilmu

MAHA – Ekspo dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show) merupakan ekspo dan pameran yang menjadi tumpuan ramai di musim cuti sekolah ini. MAHA 2016 diadakan di tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, pada 1 hingga 11 Disember dengan pelbagai pengisian ilmu, informasi dan aktiviti bermanfaat yang memang berbaloi dikunjungi seisi keluarga. Pengalaman Sekeluarga Berkunjung Ke MAHA 2016 Alhamdulillah, tahun ini saya sekeluarga berpeluang bersama-sama rakan blogger Malaysia ke MAHA 2016. Ekspo dan pameran bertaraf antarabangsa dengan tema ‘Our Food Our Future’ ini juga merupakan…

Read More

Berziarah Ke Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Jugra

Usai majlis permuafakatan ibu bapa guru di sekolah kak long pada pagi Jumaat yang terakhir di bulan Ramadan 1437H dan bermulanya cuti sekolah sempena menyambut Aidilfitri, kami berkesempatan singgah menziarahi makam Sultan Abdul Samad di Jugra, Banting. Di sinilah lokasi bersemadinya Almarhum sultan bersama kerabat dan orang-orang penting dalam sejarah era pemerintahan Almarhum baginda sebagai Sultan Selangor ke-4. Sejarah Almarhum Sultan Abdul Samad Nama Almarhum Sultan Abdul Samad pastinya bukan nama yang asing terutamanya bagi mereka yang bermastautin di Kuala Lumpur dan Selangor. Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Kuala…

Read More

Muzium Bugis: Arkib Khazanah Sejarah Johor Dan Malaysia

Usaha mengumpul pelbagai bahan yang mempunyai nilai-nilai warisan sejarah bukanlah satu kerja yang mudah. Ia hanya mampu dilakukan sekiranya seseorang itu benar-benar mempunyai minat dan tekad semangat pengorbanan yang tinggi untuk merealisasikannya. Begitulah aspirasi Abdullah Ahmad yang mesra dengan panggilan Pak Dollah, telah berkorban masa dan wang menjadikan beliau individu perseorangan yang berjaya mewujudkan Muzium Bugis pertama di Malaysia. Muzium Bugis Muzium Bugis Pertama Di Malaysia Baru-baru ini saya dan keluarga telah berkunjung ke Muzium Bugis yang terletak di Taman Awam Sungai Rambah, Pontian, Johor. Merupakan lawatan kali pertama kami…

Read More

Panorama Malam Laman Diraja Pontian

Laman Diraja Pontian menjadi antara mercu tanda pembangunan dan kesejahteraan daerah Pontian, Johor. Ia juga melambangkan penghormatan dan kesetiaan hubungan baik antara rakyat dengan Institusi Diraja Kesultanan Johor. Panorama malam di lokasi yang indah terjaga dan terang bercahaya di tepian laut Selat Melaka… menarik perhatian untuk bergambar sakan… snap snap selfie, wefie dan groupfie!. Santai Malam Di Laman Diraja Pontian Pastinya kebanyakkan kita memilih musim cuti sekolah untuk menziarah kampung halaman. Saya sekeluarga juga tidak terkecuali dan merupakan waktu terbaik bersama keluarga. Selain Johor Bahru, kami menghabiskan masa di Pontian.…

Read More

Semangat Harimau Selatan Di Musim Cuti Sekolah

Musim cuti sekolah pastinya ramai mempunyai pelbagai rancangan. Kebetulan saya ada majlis perkahwinan saudara di JB. Cuma sayang, puan Mem menyusul kemudian disebabkan perlu menemani anak ke 3 menghadiri program UPSR-DIDIK yang diadakan pada tarikh sama. Justeru, atas permintaan anak-anak, kami singgah ke Dataran Bandaraya Johor Bahru… santai bergambar di Padang Sri Gelam, lokasi latihan pasukan bola sepak Harimau Selatan… 🙂 Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim Siapa peminat JDT?… Maklumlah, saya dilahirkan di Johor Bahru dan membesar di Pontian sehinggalah mencecah usia 18 tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur.…

Read More

Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan ‘Sweet 17’

Sekian lama tidak berkongsi jurnal kekeluargaan bersama rakan pembaca yang dihormati sekelian. Artikel kali ini merafakkan kesyukuran atas limpah kurnia Illahi buat anugerah kehidupan ini. Hari Sabtu (7 Mei 2016) merupakan hari yang bersejarah buat saya dan isteri. Ia merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-17… sweet 17 gitu… 🙂 Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 17 Tahun Sungguh cepat dirasakan masa berlalu, malah terdapat 2 perkongsian artikel penghargaan sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-15 dan ke-16 yang dirasakan seperti baru sahaja ditulis. Hakikatnya telah menjangkau dua tahun dari yang pertama diterbitkan. Kehidupan berumahtangga…

Read More

Panorama Bangunan Sultan Abdul Samad Dataran Merdeka

Panorama Bangunan Sultan Abdul Samad ini diambil pada waktu malam selepas hujan. Ia sebenarnya terinspirasi secara kebetulan ketika lalu di Dataran Merdeka bersama kak long yang baru dijemput bercuti dari asrama. Terpesona melihat suasana waktu malam yang terang bercahaya dan lengang, kami singgah santai sebentar menikmati suasana sekitar selepas hujan yang nyaman sebelum bergerak pulang ke rumah.  Sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad Berdasarkan sejarah, Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di Dataran Merdeka ini merupakan mercu tanda moden terawal yang dibina oleh British. Ia diinspirasi daripada senibina Moorish yang siap…

Read More

Program Munajat Perdana Sempena PT3 Dan SPM

Mulai Isnin (12 Oktober 2015), pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia akan menduduki Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Begitu juga dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki pelajar tingkatan 5 tidak lama lagi. Tahun ini salah seorang anak saya juga merupakan calon yang menduduki peperiksaan PT3. Persediaan Peperiksaan PT3 Dan SPM Bermula sejak di awal tahun lagi sebenarnya terdapat pelbagai persediaan padu telah dilakukan pihak sekolah kepada semua calon peperiksaan dengan harapan agar setiap pelajar dapat bersedia sepenuhnya menghadapi setiap peperiksaan. Ia bukan sahaja penting untuk kebaikan prestasi…

Read More