Ekspresi 

Salam Lebaran Hari Raya Aidilfitri 2018

Syawal kini menjelma, meninggalkan Ramadan Al Mubarak penuh kemuliaan sebagai kenangan kesedaran dan keinsafan. Moga rahmat dan keberkatannya berterusan dirasai. Hari ini mengambil sedikit waktu terluang pada malam 2 Syawal 1439H untuk berkongsi coretan kepada seluruh pembaca dan subscribers yang dikasihi. Tiada apa yang lebih menggembirakan pada hari seperti ini selain meraikan keceriaan bersama mereka yang tercinta. Ekspresi Hari Raya Aidilfitri 2018 Hari Raya Aidilfitri 2018, kami raikan di Pontian, Johor. Tidak melepaskan peluang seperti kebiasaannya mengabadikan gambar sekeluarga sebagai kenangan Aidilfitri. Maklumlah kalau dah balik kampung sempena Aidilfitri, ketupat,…

Read More
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam Gaya Hidup 

Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam

Nampak gambar di atas?… itulah antara hidangan yang saya nikmati sempena pembukaan rasmi Sihaf Arabic Restaurant di Shop Lot Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam. Majlis diadakan dalam suasana santai dan meriah, disajikan pelbagai hidangan Arab berserta acara yang menambah keceriaan tengah hari hingga petang Sabtu lepas. Saya berpeluang hadir seisi keluarga meraikan majlis pembukaan Sihaf Arabic Restaurant, Shah Alam bersama-sama. Tetamu pun ramai, sempat bergambar bersama Pemilik dan Pengasas yang peramah serta beberapa gambar interior restoran sebelum orang ramai memenuhi ruang yang ada. Interior pun dah menaikkan ‘Arabic mood’……

Read More
Shark Hero Conservation Run 2017 Sunsuria Gaya Hidup 

Shark Hero Conservation Run 2017 Sunsuria City

Pada 18 November, saya telah menyertai Shark Hero Conservation Run 2017 (SHCR2017) di Celebration Centre Sunsuria City Sepang. Merupakan ‘fun run’ 4 km yang anjurkankan demi menyokong Shark Savers Malaysia dalam usaha konservasi ikan jerung yang dilakukan, disamping memupuk kesedaran orang ramai terhadap ikan jerung yang kini diambang kepupusan. Shark Hero Conservation Run 2017 Pembukaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Raja Shuibah Al-Sultan Idris Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunsuria City, Mr Kong Wai Seng. SHCR 2017 mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan lebih 5,500 peserta larian, juga…

Read More
Galeri Darurat Bukit Kepong Ekspresi 

Melewati Sejarah Bukit Kepong Muar Johor

Melewati Sejarah Bukit Kepong Muar Johor – Nama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia… Bukit Kepong. Pasti ramai diantara kita akan teringat cerita Allahyarham Tan Sri Jins Samsudin yang mengabadikan sejarahnya ke layar perak. Atas inspirasi tersebut juga terpanggil kali ini mengabadikan lagi ekspresi jurnal familia berkaitan sejarah pada kesempatan cuti Aidilfitri yang lalu, melewati sejarah Bukit Kepong di Muar, Johor. Galeri Darurat Bukit Kepong Perjalanan ke Bukit Kepong ini sebenarnya tidak dirancang. Kesempatan jalan-jalan cuti Hari Raya telah membawa kami ke sini dan secara tak langsung memanfaatkan waktu…

Read More
Hari Raya Aidilfitri 2017 Pontian Ekspresi 

Ekspresi Syawal Hari Raya Aidilfitri 2017

Masa berlalu pantas… bulan Ramadan 1438H telah pun meninggalkan kita. Pada malam sewaktu artikel ini ditulis, kita telah pun menjejaki 6 Syawal. Mengambil sedikit waktu terluang dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri yang masih dirai… rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan pembaca yang dihormati. Ekspresi Hari Raya Aidilfitri 2017 Tahun ini kami sekeluarga menyambut 1 Syawal di Pontian, Johor. Cuti Hari Raya dimanfaatkan berkunjung ke rumah ahli keluarga, saudara dan sahabat handai di sekitar Pontian, Johor Bahru dan Muar. Disamping itu, berkesempatan juga singgah bergambar…

Read More