Ekspresi Portfolio 

Pengisian Digital, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018

Mengendalikan media sosial sememangnya memerlukan penelitian platform dan pengisian yang bersesuaian dengan tujuan atau penjenamaan. Ia juga merupakan cabaran yang memotivasikan diri ini bagi tahun 2018 terutamanya yang melibatkan penghasilan ‘content’ disebalik tabir. Melalui penelitian berdasarkan pengalaman dalam industri pengiklanan, kelayakan serta penglibatan kerjaya dalam bidang pemasaran setidaknya telah melahirkan penghasilan positif dalam memperkasa sokongan kerjaya melalui ‘certified platform’. Blog juga telah membuka peluang dalam kebolehpercayaan kerjaya dan kelestarian perniagaan. Aspirasi Online Dan Media Sosial 2018 Saya antara yang terlibat mengendali pengisian bersama beberapa agensi digital bertauliah untuk beberapa institusi…

Read More

Aspirasi Usahawan Berjaya Bersama Wan Nong Muzafar

Baru-baru ini saya telah berpeluang menyertai Bloggers Day bersama Tuan Wan Nong Muzafar, seorang figura berpengaruh dalam dunia keusahawanan yang diadakan dalam suasana santai di pejabat beliau sendiri, ILM Legacy Sdn Bhd. Merupakan pakar penasihat dalam merangka strategi perniagaan merangkumi pelbagai aspek dari bidang penjenamaan, pemasaran, pengurusan, operasi dan juga kewangan. Profil Tuan Wan Nong Muzafar Tuan Wan Nong Muzafar mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang keusahawanan dan korporat bermula dari sektor perbankan. Beliau kemudiannya mengusahakan pelbagai perniagaan disamping merangkap jawatan sebagai pengurus perancangan strategik di Kumpulan Media Karangkraf.…

Read More

Surprise Box Sempena Lazada 5th Birthday

Sabtu lepas, saya telah menerima bungkusan kotak yang dihantar ke rumah. Mulanya tertanya-tanya juga siapa yang hantar bungkusan besar seperti ini. Bila buka bungkusan, teruja melihat hadiah Surprise Box daripada Lazada, portal shopping online nombor 1, sempena ulangtahun ke-5. Wow… surprise!! Lazada 5th Birthday Surprise Barangan yang diterima kebanyakkannya barang makanan antaranya; Nestle Omega Plus, Nestle Cheerios Oat Crisp, Nestum, 2 Maggie Hot Mealz, A6 Size Notebook Bottle dan sehelai t-shirt istimewa Lazada 5th Birthday Surprise.  Tidak lama selepas itu, saya menerima email dari pihak Lazada berkenaan Surprise Box yang dikirim.…

Read More

Terima E’Vera Legacy Whitening Soap Dari Rakan Blogger

Baru-baru ini saya telah menerima produk e’Vera Legacy – Whitening & Treatment Soap dari Eiva Evera rakan blogger yang juga merupakan pengasas jenama e’Vera Legacy. Disertakan bersama kiriman tersebut sehelai scarf, pastinya buat kegunaan puan mem… terima kasih. E’vera Legacy Whitening & Treatment Soap Sebagai rakan blogger, saya berbesar hati menerima produk ini. Maklumlah, muka saya ni pun memang banyak bekas parut disebabkan jerawan waktu remaja dahulu. Peluang yang bermanfaat untuk mengguna produk ini.    E’vera Legacy Whitening & Treatment Soap mempunyai kandungan Aloe Vera, Vitamin C, Arbutin, Vitamin B3, Pearl…

Read More

Vlog Santai Pagi Bihun Sambal Kicap Bersama Blog Retis

Kalau tanya kat mana bihun sup sedap Bandar Tasik Puteri Rawang, pasti saya tunjuk sebuah gerai yang terletak di seberang jalan raya berhadapan Sekolah Agama As-Siddiqin dan Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 (SKTP 2). Pagi tadi, berpeluang culik Top Blogger Malaysia, Bro Framestone a.k.a. Blog Retis sarapan bersama di sini. Sarapan Bihun Sup Sambal Kicap Dan Mee Siput Pagi tadi berjumpa Bro Framestone antaranya berbincang berkenaan Projek 2017 Blog Retis. Pelan kami pada awalnya bercadang bertemu di taman riadah Puteri Central Park, untuk berdiskusi santai sambil fitness untuk pengisian Vlog. Tapi…

Read More

Kenapa Khidmat Blogger Ada Harga

Sekadar berkongsi ekspresi berblogging dari post Fb, berkenaan mengapa kebanyakkan khidmat blogger mempunyai cas harga. Ia atas pertanyaan sesetengah pihak yang kurang memahami rasional cas yang dikemukakan oleh bloggers, juga bagi menjelaskan kepada sesetengah pihak yang skeptikal terhadap blogger yang difikirkan hanya sekadar bermain-main media sosial. Rasionalisasi Bloggers Untuk Sebaran Informasi  Saya terpanggil berkongsi secara ringkas bila ada sesetengah pihak yang bertanya. Sungguh pun, ia bergantung kepada kesudian blogger sendiri, cas harga tertakluk kepada ‘rate card’, juga atas penawaran pengiklan dengan persetujuan bersama. Maaf kerana ayat di bawah kurang sempurna…

Read More

Sertai Projek 2017 Blog Retis Bro Framestone

Baru-baru ini viral di laman sosial tentang Projek 2017 Blog Retis anjuran Bro Framestone. Merupakan inisiatif terbaru memperkasa lagi silaturrahim dikalangan komuniti bloggers dengan mencipta bakat sebagai Vlogger. Aktiviti yang pasti menarik buat semua rakan bloggers dan social media influencer pada tahun 2017 ini. Vlog – Projek 2017 Blog Retis Menurut Bro Framestone, Projek 2017 Blog Retis terbahagi kepada beberapa fasa. Sebagai permulaan beliau sedang mencari mereka yang berani untuk bercakap di hadapan kamera. Selain itu, menjadi platform yang baik buat bloggers untuk melatih bercakap dalam bentuk video.    Antara sebab…

Read More

Forum Bloggers Ekspo Buku Malaysia 2016

Forum Bloggers: Cabaran Online Dan Pembangunan Buku Forum Bloggers: Cabaran Online Dan Pembangunan Buku Negara sempena Ekspo Buku Malaysia 2016 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) merupakan program yang julung kali diadakan sebagai inisiatif yang diketengahkan demi menyahut cabaran arus modernisasi dan menyumbang memperkasa industri penulisan digital negara. Aspirasi Anugerah Penulisan Digital Negara Inspirasi dari kejayaan Anugerah Buku Negara (2005 – 2016) melepasi rintangan dan cabaran dalam usaha memberi pengiktirafan kepada industri buku negara, Forum Bloggers ini merupakan pencetus agar industri penulisan digital seperti ebuku, penulisan blog dan yang sealiran dapat…

Read More

Menghadiri Bengkel FB Ads Percuma #DemiSekepingRoti

Pemasaran Facebook (FBads) kini menjadi pilihan ramai usahawan termasuk mereka yang berhasrat menambah pendapatan dengan berniaga secara sambilan. Merupakan ilmu pemasaran era digital yang memerlukan pemahaman serta bimbingan, agar teknik yang dilakukan benar-benar efektif. Itulah antara ilmu yang diperolehi hasil perkongsian ‘sifu’ FBads tuan Mohd Suhaimi Umar atau mesra dengan panggilan ‘Abe Mie’, dalam Bengkel #DemiSekepingRoti yang dianjurkan percuma. Bengkel Facebook Demi Sekeping Roti Bengkel #DemiSekepingRoti anjuran TRS Training & Consultancy ini telah berlangsung pada Ahad, 25 September 2016 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di MPWS Training Centre,…

Read More

Diganggu Lembaga Putih Di Jalan Raya Felda Pasoh Ke Pekan Karak

Pasti ada diantara pembaca pernah diganggu ‘lembaga putih’ di jalan raya Felda Pasoh ke pekan Karak. Saya yakin, ia pasti menjadi ingatan dan igauan kepada yang pernah mengalaminya termasuk diri ini. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2007 ketika saya selalu berulang alik dari Kuala Lumpur menguruskan projek yang diamanahkan di Felda Pasoh 2, Negeri Sembilan. Malang tidak berbau, misteri juga tidak pernah diundang… tetapi keduanya boleh bertamu sesiapa jua tanpa diundang. Lembaga Putih Felda Pasoh ke Pekan Karak Pernah dahulu saya berkongsi jurnal mistik Charade Putih> Peristiwa Di Lebuhraya Pagoh,…

Read More