Ekspresi 

Tafsir Mimpi Penjara Bentong

Tafsir Mimpi Penjara Bentong – Mimpi berulang lagi… kali ini masuk kali ke 4 saya bermimpi perkara yang sama. Lantas, membuatkan saya ingin mencoretkan sedikit perkongsian dan bertanyakan pendapat dari sahabat pembaca yang dihormati tentang tafsiran mimpi tersebut.

Mimpi yang berlaku lantaran peristiwa yang tak disangka, seterusnya mengheret kembali memori satu kisah di Penjara Bentong, Pahang.

Kisah Di Penjara Bentong

Sebelum itu, ingin saya ceritakan kisah yang terkait dengan 2 gambar di atas.

Ia bermula sekitar 2010, sewaktu saya terlibat dalam menjayakan Program Bengkel Akademik di Penjara Bentong, Pahang. Saya diberi tanggungjawab membantu tenaga pengajar koreksional dalam menyuntik motivasi kepada penghuni penjara yang menduduki SPM pada tahun 2010.

Kebanyakkan penghuni berusia 20an mengambil keputusan menduduki SPM atas kesedaran sendiri. Berhasrat menebus kesilapan serta berubah membina kehidupan yang baik apabila dibebaskan. Alhamdulillah… ada yang berjaya tersenarai antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam senarai pelajar-pelajar SPM di negeri Pahang bagi tahun 2010.

Sungguh pun begitu, peristiwa gambar yang diperolehi dari petikan berita ini berlaku pada tahun 2012. Allahyarham bernama Nasrul, pernah dipenjarakan kerana memiliki senjata api dari negara jiran merupakan antara penghuni yang saya bimbing.

Arwah antara pelajar muda yang tercicir pembelajaran sebelum dipenjarakan tetapi jelas menampakkan keinsafan. Berita tersebut amat menyentap hati bila saya membacanya. Segala perasaan timbul dalam diri. Secara jujur, bergenang air mata… sedih, marah, sayu, hampa, terkilan…

Tafsir mimpi penjara bentong
Harian Metro – 27 April 2012

Saya Dan Arwah Nasrul Di Penjara Bentong      

Kepada sesiapa yang membaca artikel ini sama ada pernah bertugas atau dari kalangan bekas penghuni a.k.a pelajar Bengkel Akademik Penjara Bentong 2010, pasti kenal saya.Saya menjadi tempat meluahkan isi hati peribadi pelajar. Arwah antara yang tegar dan banyak luahan saya dengar darinya. Tentang peribadi, keluarga, ibu bapa, adik beradik dan dunia gelapnya dulu.

Boleh dikatakan, saya seolah-olah sudah mengenali perwatakan arwah melalui setiap ahli keluarga yang diceritakan walaupun tidak pernah bersua dengan mereka. Keluarga yang baik dan hampir setiap bulan juga, arwah tidak pernah sepi dari kunjungan lawatan keluarganya.

Saya menganggap arwah antara insan yang mempunyai impian dan harapan tinggi untuk berubah. Arwah seorang yang amat tekun dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Secara jujur, selain membantu dalam pelajaran, waktu terluang antaranya kami penuhkan dengan menyemak pembacaan Al Quran yang arwah baca hingga khatam.

Saya diangkat arwah sebagai ‘cikgu’ dan abang. Sayang, sungguh menyedihkan apabila ini yang berlaku dalam waktu kurang setahun dibebaskan. Kegagalan arwah untuk berubah sedikit sebanyak mencerminkan kegagalan saya dalam membantu.

Tafsir mimpi penjara bentong

Mimpi Penjara Bentong Hadir Berulang Kali

Setahun setelah arwah meninggal dunia, saya didatangi mimpi yang sama malah lebih kerap dalam tahun 2014 ini. Saya bermimpi bertemu arwah di Bengkel Akademik Penjara Bentong, tetapi jeriji besi memisahkan arwah yang duduk berteleku di lantai sebelah sana.

Arwah memandang dan berkata-kata seperti ingin menyampaikan sesuatu, malang apa yang diperkatakan tidak langsung saya dengar seumpama menonton rancangan televisyen tanpa suara. Sedang saya cuba mendekati jeriji besi merapati arwah, saya ditarik kuat oleh wardar penjara seperti menyelamatkan dari sesuatu ancaman sehingga saya tersedar. Mimpi sama berlaku 4 kali.

Mengingati saat akhir pertemuan, arwah pernah berkata “abang… bila saya bebas, kalau abang ada problem yang tak tahu mana nak pandang.. cari saya.. saya akan tolong abang apa cara pun…”.

Banyak kata-kata seperti itu saya terima termasuk dari yang lain dan tidak pernah jadikan sebagai sandaran. Saya ikhlas membantu sebagai antara pencetus aspirasi Keusahawanan sosial yang diceburi. Malah tidak terlintas menganggap apa yang arwah perkatakan itu mendorong kepada yang negatif.

Cuma… mengapa kini, saya rasakan bahawa arwah yang mencari saya untuk pertolongan atau ada sesuatu yang cuba disampaikan?

Adakah ia sekadar mainan tidur minda separa sedar yang terkesan dengan peristiwa diluar kotak pemikiran terhadap seorang yang tidak saya menyangka sanggup melakukannya. Atau ada maksud lain yang perlu diperhalusi untuk kebaikan arwah.. wallahualam.

Jika ada yang pernah mengalami mimpi yang hampir sama, saya mohon sedikit pandangan untuk dikongsikan.

#Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Nasrul Mat Nasir.
Semoga Allah mengampuni segala dosa dan kesilapannya… aamiin.

Tambahan Terkini.

Alhamdulillah, terima kasih kepada ahli keluarga Penjara Bentong yang mengenali arwah dan sudi melaksanakan majlis tahlil arwah setelah 4 tahun artikel ini ditulis. Sesungguhnya arwah seorang insan yang baik dan berusaha sepenuhnya untuk berubah ke arah kebaikan.

Mohon sama-sama sedekahkan Al Fatihah dan doakan moga arwah beroleh pengampunan, sentiasa dicucuri rahmat dan tenang di sana.. aamiin.

Al-Fatihah.

Related posts

69 Thoughts to “Tafsir Mimpi Penjara Bentong”

  1. al-fatihah untuk arwah Nasrul..Allah maha Mengetahui maksud mimpi abang Khir tu.Jangan salahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.

    1. In shaa Allah Sal.. t kasih.. Al Fatihah.. aamiin.

  2. singgah sini.
    mimpi mainan tidur…itulah yang sering orang perkatakan. namun mimpi juga membawa petanda. bukankah tanda baligh anak lelaki juga melalui mimpi? wallahjua'lam

    1. Betul tu.. itulah yg cuba saya rungkai.. wallahualam.. T kasih Anim.

  3. Kita tak tahu apa yg berlaku pd arwah.mgkn situasi semasa kejadian bukan kehendak arwah.hebat betul penanhan arwah sampaikan KK terbawa2 dlm mimpi

    1. Itulah yang membuatkan KK berkeputusan utk berkongsi cerita ini.. mmg ada rasa sedih AA sbb pernah mengenali Arwah & pelik sbb bermimpi dgn mimpi yg sama.. wallahualam..

  4. Al fatihah untuk arwah…selalu orang kata mimpi mainan tdo.. Tapi kdg2 ia menjadi kenyataan…

    1. Itulah yg difikirkan.. apa maksud yg ada disebalik mimpi tu… wallahualam. T kasih atas peringatan Farhana.

  5. MasyaAllah. .moga Allah pandang dan terima setiap amalan baik arwah walau hanya sekelumit..mimpi yang hadir setelah beristikharah itu salah satu petunjuk..dan ada juga campur tangan syaitan dan iblis..mungkin juga arwah nak en khir bertemu dan menjadi pembimbing pada rakan rakannya yang kain..atau en khir boleh bertemu ahli keluarganya..beristikharah mohon Allah beri jawapan..amin..

    1. Mungkin betul juga apa yg PC katakan tu…. in shaa Allah, akan cuba yg terbaik buat arwah walaupun pengakhirannya tak berapa baik.. T kasih atas nasihat PC.

  6. Al-Fatihah kepada arwah ..susah jugak nak related antara mimpi dan kejadian yg bekalu adakah kebetulan atau suratan

    1. Itulah yg bermain di fikiran JM.. mimpi yg sama.. semuanya sama.. wallahualam…

  7. Sebaknya saya baca kisah ni..Mungkin selepas dia keluar tu dia tak de dapat bimbingan sesiapa..sayang nya…

    1. Mmg sebak sbb pengakhirannya tu tak berapa baik.. malah lebih memburukkan.. sedih & mmg sayang Diana.

  8. Al-fatihah…..Sememangnya mimpi itu mainan tdur En.khir..Tapi adakalanya mimpi itu memberi kita suatu petanda…mungkin En.Khir boleh rujuk kepada para ustaz yang lebih arif…Kerana memlalui mimpi En.Khir itu mungkin ada makna yang tersirat..Sebab pernah saya dengar jika mimpi itu berulang ada petanda tertentu…wallahuaalam…

    1. Mmg itu yg selalu difikirkan sbb mimpi yg sama semuanya dan berulang.. in shaa Allah, akan mendapatkan pandangan kpd yg arif. T kasih atas nasihat Ikhwan.

  9. Al Fatihah… Abg Khir kena perbanyakan doa dan sedekah Al Fatihah untuk arwah, mungkin itu jalan terbaik…

    1. In shaa Allah.. mmg itulah jln yg sebaiknya kan. T kasih atas peringatan Zumal.

  10. Alfatihah…sedih baca kisah ni.
    Saya pun x pandai utk mentafsir mimpi..Atau mungkin juga kerana terlalu memikir tentangnya..sehingga terbawa bawa ke dalam mimpi..wallahualam

    1. Wallahualam… Al Fatihah.. T kasih Fidah.

  11. AvatarAnonymous

    al fatihah buat arwah..khir dah berusaha sebaik mungkin. kita pun tak tahu mengapa arwah memilih untuk kembali ke jalan tersebut. mungkin ada alasannya. hanya Allah dan arwah sendiri yang tahu..wallahualam..

    1. Itulah.. ada perasaan ralat juga.. Al fatihah.. t kasih Kathy.

  12. al fatihah… mungkin ada maksud yang tersurat dan tersirat yang tanpa kita ketahui… semoga arwah aman di sana…

    1. Semoga Allah mengampuni & semoga arwah tenang di sana. Al fatihah.. T kasih Putri.

  13. Bismillah … mimpi yg berulang selalunya membawa petanda . klu tdk kenapa perlu berulang . apa yang boleh saya katakan , cuba buat solat istikharah dan hajat sebanyak mungkin minta Allah beri petunjuk … semoga dipermudahkan , insha Allah … al fatihah buat arwah … mr nuff pemalu .

    1. Itulah yg bermain di fikiran bila mimpi yg sama je dtg. In shaa Allah.. Al fatihah. T kasih Vee.

  14. hmmm… takziah saya ucapkan…. pasal mimpi, susah nak cakap. sebab mimpi memang ada petanda, ada yang banyak mainan minda je. sebab penat sangat or terlalu teringatkan seseorang…. wallahua'lam..

    1. Itu yg selalu saya fikirkan.. mainan minda atau petanda.. wallahualam. T kasih Amy.

  15. Bagi saya jika mimpi itu datang lebih dari sekali, dengan gambaran yang sama…, ia bukan lagi sekadar
    mainan tidur. Kerana minda bawah sedar dan roh kita tidak ikut tidur. Ia mampu melakukan perjalanan menjangkaui masa. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan melalui mimpi tersebut. Wauallahuaklam.

    1. Itulah kak Lynn.. mudah2an ada penjelasanlah yg diperolehi nanti.. wallahualam.

  16. innalillahwainnalillahirojiun….
    mungkin boleh refer pada sesiapa…. hurm… kekadang ada yang masih tidak sempurna tentang arwah, sehingga roh mencari… wallahualam 🙂 al-fatihah buat arwah…

    1. Mudah2an dapatlah mencapai maksud tu.. aamiin. Alfatihah.. T kasih Sha.

  17. Assalamualaikum dan singgah sini Al-Fatihah buat mangsa…semoga Khir tabah dan perbanyakkan berdoa semoga arwah tenang dan di ampunkan segala dosa2nya….

    1. Waalaikummussalam.. in shaa Allah Mardiah.. aamiin. T kasih.

  18. al-fatihah untuk arwah Nasrul..sangat suspen baca tajuk..

    1. Alfatihah Mar.. T kasih.. 🙂

  19. Mimpi selelunya dianggap mainan tidur kan. Tapi adakalanya bawa message yang mungkin memerlukan kita melakukan sesuatu. malangnya kadang-kadang kita susah nak tafsirkan. Apa-apa pun al Fatihah untuk arwah. Moga Khir dapat menunaikan "hajat" arwah pada suatu hari nanti..

    1. Itulah… mudah2an Raudzah.. itulah yg diharapkan, in shaa Allah. T kasih.

  20. Salam Khir..lama tak jenguk2 kat sini..hehe..mengenai maksud mimpi nie aku pun tatau nk cakap sebab ilmu pengetahuan aku mengenai mimpi nie takde..tapi aku pernah dengar something like mimpi tu kadang2 merupakan subconscious mind kita yang berlaku apabila kita terlalu banyak memikirkan sesuatu perkara sebelum tido..al-fatihah untuk arwah Nasrul dan dont blame urself for what happen yaa..ur tried ur best.. 🙂

    Regards,
    -Strider-

    1. Waalaikummussalam.. in shaa Allah bro Strider.. Alfatihah.. t kasih.

  21. Kenapa tanya kepada yang pakar dalam tafsir mimpi ni. Kalau dah lebih empat kali tu, pasti ada sesuatu yang KK perlu lakukan..

    1. Itulah.. mmg kena tanya juga nanti.. t kasih SP.

  22. Alfatihah buat arwah. Mimpi ni, pada sesetengah orang, ianya lebih dari sekadar mainan tidur.

    1. Itulah yg difikirkan.. adakah mainan tidur atau lbih dari itu.. wallahualam. Al Fatihah.. T kasih.

  23. sedih baca entry khir kali ni…

    bila sudah 4 kali mimpi yang sama..mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan…wallahualam ..

  24. pagi tadi saya dah baca dekat opis.. ni saya baca sekali lagi…. kalau dah 4 kali mungkin Khir kena rujuk pada mereka yang arif.. mimpi juga boleh jadi satu petanda tentang sesuatu perkara… saya nak bagi pandangan pon tak tahu…. hehe…

  25. al fatihah .. utk mimpi bro khir
    mungkin bleh rujuk kpada yg lebih arif..
    tersentuh membaca kisah ni 🙁

  26. Ermm… idah masa remaja dulu selalu juga mimpi sama yang berulang… tapi bila dah semakin dewasa baru tau… itu 'gangguan' sebenarnya… syukur bila dah semakin dewasa… dia hilang…
    Semoga arwah tenang di sana… kita doakan yang baik2 saja untuk dia…

  27. berulang kali mimpi yang sama? kena tanya yang lebih arif
    mungkin hanya gangguan syaitan
    apapun kita doakan dia di tempatkan dikalangan orang yang beriman

  28. Al-Fatihah buat arwah. Walaupun mimpi cuma mainan tidur, kadang-kadang macam beri kita hints juga kannn. Kita doakan benda yang baik2 je laa.

  29. Salam Khir ..Sedih sebak terharu dan sedikit kecewa bila Lya baca entri ni ..Sedih sebab dia dah berubah kat dalam penjara tapi diluar terbabit semula dan menemui ajal dengan cara yg tak sepatutnya … Tapi nak buat macam mana inilah lumrah kehidupan ..Moga2 arwah diampunkan dosa2nya ..Sama2 kita doakan ..Al Fatihah buat arwah .. Khir ada cakap mimpi yang sama dan pesanan arwah..Kalau ada kelapangan cubalah Khir bertanya lanjut mengenai arwah pada keluarga atau sahabat terdekat ..Mungkinkah ada sesuatu hajat arwah yang belum tertunai ..Kita tak tahu apa makna mimpi tapi jika ianya berulang boleh juga bertanya dengan alim ulamak minta dihuraikan …

  30. Al Fatihah buat arwah ..Ada suka ada sedih ada kecewa dan ada duka dalam entri ini ..Lya yang baca kat luar ni pon terkesan dengan bait ayat yang Khir ungkapkan ..Muda lagi usia arwah ya ..Tapi nak buat macam mana itu pilihan arwah ..Tak pe la yang telah pergi kita doakan ynag baik2 jer untuk dia ..Moga arwah tenang di sana..Khirmengenai mimpi dan pesanan arwah tu Lya rasa eloklah Khir cuba bertanya pada ahi keluarga atau sahabat arwah takut2 ada sesuatu hajat dari arwah yg belum tertunai atau ianya ada kaitan dengan Khir sbb Khir mengatakan mimpi itu berulang2 kali ..atau cuba bertanya alim ulamak mengenai hal ini..Kita sendiri tak tahu mengenai hal ini jadi bila mimpi tu berulang hingga 4 kali benda ynag sama Lya rasa elok juga Khir ikhtiarkan sesuatu ..Mungkin ada hajat arwah yang belum dapat dilaksanakan ..

    1. Setuju dgn cadangan Lya… Tidak salah dan rugi rasanya untuk cuba melakukan perkara tersebut. Yg penting anda tidak menyalahkan diri sendiri.

  31. Kisah yang penuh tragis bro…Al-Fatihah buat arwah. sedih gak baca entri bro kali ni… mimpi juga membawa seribu maksud yang tersirat…

  32. alfatihah untuk arwah..mimpi sebenarnya mainan tidur, tapi ada juga mimpi yg membawa maksud tertentu..cn rasa kk cuba tanya pada yang pakar maksud mimpi tu

  33. al-fatihah untuk arwah nasrul

  34. Nak berubah senang tetapi nak kekalkan perubahan ke jalan yang lebih baik itu yang payah…apa2 pun istiqomah paling penting…

    Semoga arwah diampunkan…aamiin

  35. ya allah sedihnya..
    Al-fatihah utk nya & tahlil

  36. Sy pernah satu kisah yg mana jika kita bertemu seseorang yg sudah tiada dlm keadaan tidak bersuara sememangnya ianya satu petanda

  37. Al-fatihah buat arwah Nasrul. Sedih baca artikel ini.

  38. AvatarLiyana

    Boleh email saya, saya adik arwah. Ada sesuatu saya nak sampaikan..

    1. Alfatihah utk arwahh mat nor

      1. Terima kasih sudi berhubung.. Al Fatihah

  39. AvatarSham

    Boleh x saudara hubungi sy..0132965136..sy antara kwn rapat arwah…smoga kte dpt bersua…

    1. AvatarLeong

      Sham mana ni,mat sham.?

      1. In shaa Allah baiklah, terima kasih dan salam ukhwah

Leave a Comment

CommentLuv badge