Sunway iLabs Start-it Challenge, Khir Khalid,
Sunway iLabs Start-It Challenge – Memperkasa ilmu keusahawanan terutamanya kepada generasi muda masa merupakan antara teras penting dalam membentuk pembangunan sosio-masyarakat yang mampan. Ia turut menjadi aspirasi Sunway Innovation Labs (Sunway iLabs) demi melahirkan warga belia kendiri, berinovasi dan berdaya keusahawanan dengan menganjurkan Start-It Challenge and Innovative Career Fair.
 

Sunway iLabs Start-It Challenge And Innovation Career Fair

 
Antara perkara yang menginspirasikan dalam aspirasi keusahawanan sosial ialah apabila berpeluang terlibat memperkasa Sunway iLabs Start-It Challenge di Menara Sunway pada 25 Ogos 2017. Merupakan inisiatif Sunway iLabs yang dimiliki Jeffrey Cheah Foundation dan ‘smart partnership’ antara Sunway Ventures, Sunway dan Sunway University.
 
Ia disokong syarikat ternama seperti DiGi, CIMB, Axiata Digital, Lazada, Impiro dan Grab yang turut membentangkan pelbagai cabaran realiti keusahawanan sebagai pendedahan strategik kepada peserta agar mampu mengenalpasti isu terkait dan mencipta solusi sendiri, menyelesaikan permasalahan yang dihadapi syarikat-syarikat terpilih.
 
Matlamat utama adalah memperkasa minda generasi muda dengan suntikan realiti keusahawanan , semangat, bakat dan inovasi kepada pelajar dan graduan warga belia Selangor. Pelancaran Start-It Challenge ini telah disempurnakan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Pengasas Kumpulan Sunway, Tan Sri Dato’ Sri Dr Jeffrey Cheah.
 
 
Sempena pelancaran, Tan Sri Dr Jeffery Cheah, selaku Pengasas Sunway turut berkongsi aspirasi, juga realiti pengalaman serta cabaran keusahawanan yang beliau tempuhi dalam menjadikan bandar Sunway seperti yang kita lihat hari ini. Ia sememangnya perkongsian bernilai yang menjadi contoh inspirasi yang menyuntik semangat.
 
Tan Sri Dr Jeffrey Cheah juga merupakan Pengasas Jeffrey Cheah Foundation dengan komitmen pembangunan sosio masyarakat yang kini mencecah bernilai RM1 billion. Penganjuran Start-It Challenge ini juga selaras dengan objektif Jeffrey Cheah Foundation dalam memperkasa semangat keusahawanan dikalangan generasi muda demi mencapai wawasan negara.
Sunway iLabs Start-It Challenge, Tan Sri Jeffrey Cheah, Khir Khalid, Jeffrey Cheah Foundation,
 
Sunway Start-It Challenge turut disokong DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang juga merupakan Royal Patron of Selangor Youth Community (SAY Community). Tengku juga menyatakan aspirasi beliau terhadap generasi muda yang merupakan aset terpenting negeri Selangor.
 
Selaras hasrat negeri Selangor yang juga merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara, Sunway Start-It Challenge ini merupakan inisiatif strategik dalam memupuk dan memperkasa minda generasi muda agar dapat mendepani cabaran keusahawanan disamping melahirkan pemimpin industri yang berwibawa di masa akan datang.
 
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
 
Selain itu, saya berpeluang mengenali lebih dekat Mr Matt van Leeuwen, Pengarah Sunway iLabs. Berkelulusan Cambridge University, pernah melalui jatuh bangun keusahawanan dan kini juga merupakan antara ‘key opinion leader’ pembangunan keusahawanan belia. Syukur dapat berkerjasama dengan individu yang luas pengalaman dalam perniagaan dan akademik.
 
Beliau turut mengetengahkan 3 objektif jangka panjang Smart-It Challenge iaitu menyuntik daya fikir keusahawanan, mengasah bakat inovasi dan memperkasa daya keupayaan ‘problem solving skills’ dikalangan peserta. Ia menjadi hasrat agar dapat melahirkan usahawan muda yang memahami
pasaran, prihatin terhadap isu sosial dan pencetus peluang pekerjaan kepada masyarakat.
 
Sunway iLabs Start-It Challenge, Khir Khalid, Matt van Leeuwen,
 

Pengisian Lanjutan Sunway iLabs Start-It Challenge

 
Sunwai iLabs turut mengadakan Ideation Weekend pada 26 hingga 27 Ogos merangkumi pengisian ‘design thinking workshop’ dan sesi perkongsian pengasas-pengasas perniagaan yang berjaya disamping bimbingan dalam mencipta formulasi idea untuk Start-It Challenge.
 
Seterusnya, 20 peserta teratas akan dipilih menyertai Bootcamp Weekend pada 9 dan 10 September untuk meneruskan perincian merangkumi ‘start-up methodology’, model perniagaan termasuk kewangan dan juga ‘pitching skills’ yang merupakan elemen penting keusahawanan.
 
Sunway iLabs, Start-It Challenge and Innovation Career Fair,
 
Melalui kesemua aktiviti, 3 pemenang bertuah bakal dianugerahkan wang tunai keseluruhan RM9,000 dan berpeluang menyertai program lanjutan Sunway iLabs untuk merealisasikan idea dan membangunkan kerjasama sebenar. Perserta yang lain turut beroleh peluang dipilih menyertai beberapa syarikat untuk membina kerjaya atau pengalaman internship.
 
Program Sunway iLabs Start-It Challenge ini merupakan platform penglibatan bersama dengan pelbagai pengisian strategik terkini. Ia dibuka kepada pelajar undergraduate dan postgraduate (3 tahun akhir) universiti dan kolej seluruh negeri Selangor.
 
 
 

15 Thoughts to “Sunway iLabs Start-It Challenge Perkasa Keusahawanan Belia Selangor”

  1. Semoga sukses usahanya dgn penyertaan pelajar yg berminat

    1. In shaa Allah, moga dpt menyuntik ilmu yg bermanfaat dlm melahirkan pemimpin industri masa hadapan.

  2. Peluang terbaik untuk para belia kita

    1. Betul tu.. ramai pakar yg dah mmg berjaya turut terlibat.. untung buat yg sertai.

  3. terima kasih atas perkongsian yg membantu belia2

    1. in shaa Allah, mudah2an ada manfaatnya.

  4. wahhhh.. bagusnya program yang macam ni…

    1. Mmg bagus Mia.. platform yg bagus utk warga belia memajukan diri.

  5. bagus sangat program macam ni. belia sekarang patut rasa beruntung sebab banyak sangat peluang untuk diorang.

    1. Betul tu.. peluang sekarang dah makin bnyk dan terbuka. Malah disokong mereka yg berjaya dgn platform yg bertauliah.. untung belia sekarang ni.

  6. semoga terus sukses dalam membentuk belia yang berwawasan…

    1. In shaa Allah, mudah2an.. aamiin. T kasih 🙂

  7. peluang yang baik sebenanrya buat para pelajar. semoga dipermudahkan urusan

  8. belia skrg dah byk peluang. nak dgn x nk je…

  9. tahniah tuan Khir ..

    nama semkin meningkat naik..

    tumpang gembira la pulak

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.