Sunway Raya CheersGaya Hidup 

Sunway Raya Cheer Meraikan Anak-Anak Yatim Bersama Permaisuri Selangor

Bersempena Syawal yang bakal menjelang tiba, Kumpulan Sunway telah menganjurkan program berbuka puasa Sunway Raya Cheer bersama Tengku Permaisuri Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan SAY Community bagi meraikan 300 anak-anak yatim seluruh Selangor.
Ia merupakan sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial Kumpulan Sunway, ‘#sunwayforgood Raya Cheer 2018’ bagi membantu 4,500 individu kurang bernasib baik dalam kumpulan B40 di 13 lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang bagi meringankan beban sempena Ramadan dan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sunway Raya Cheer Meraikan Anak-Anak Yatim Selangor

Program meraikan anak-anak yatim ini telah diadakan pada Rabu, 7 Jun 2018 di Bandar Sunway. Bermula sekitar 4:30 petang dengan aktiviti membeli belah ‘baju raya’ untuk anak-anak yatim di AEON, Sunway Pyramid Mall, disamping menerima set alat tulis termasuk pensil mewarna sumbangan AEON Sunway Pyramid.

Setiap anak-anak yatim terlibat dibantu sukarelawan Sunway bagi membantu pemilihan baju raya bersesuaian. Turut dimeriahkan dengan aktiviti riadah seperti ‘balloon-making’, ‘notebook’ dan ‘bag making session’ oleh Golden Opportunities for the Learning Disable (GOLD), yang merupakan rakan NGO Kumpulan Sunway, juga sesi dekorasi cupcake anjuran Sunway Resort Hotel & Spa.

Sunway Raya Cheer Meraikan Anak-Anak Yatim Bersama Permaisuri Selangor,
Inisiatif meraikan anak-anak yatim sekitar Selangor ini melibatkan 8 pertubuhan anak-anak yatim yang dipilih berdasarkan kelayakan oleh SAY Community dan Lembaga Zakat Selangor iaitu;
  • Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur.
  • Rumah Kebajikan anak Yatim Al-Munirah.
  • Rumah Amal Baitul.
  • Persatuan Rumah Anak Yatim Damai Kuang.
  • Rahoma Darul Fakir.
  • Rumah Kasih Harmoni.
  • Pertubuhan Amal Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Hijrah.
  • Rumah Amal Al-Firdaus.

Majlis Berbuka Puasa Sunway Raya Cheer 2018

Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman yang merupakan tetamu kehormat majlis berbuka puasa.
Ia turut dihadiri pengurusan tertinggi Sunway iaitu Timbalan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Datuk Seri Razman Hashim bersama isteri, Puan Sri Latifah Kamaruddin; EXCO member Sunway Group, Puan Sri Dr Susan Cheah; dan Pengarah Urusan, Sunway Berhad Property Division of Malaysia, Ms Sarena Cheah.
Anak-anak yatim ini juga turut menerima biskut Raya dan duit raya daripada DYMM Tengku Permaisuri Norashikin dan Sunway Group yang disampaikan oleh Tan Sri Datuk Seri Razman bersama isteri.
Sunway Raya Cheer Meraikan Anak-Anak Yatim Bersama Permaisuri Selangor,

Inisiatif Tanggungjawab Sosial #sunwayforgood Raya Cheer 2018

Inisiatif ‘#sunwayforgood Raya Cheer 2018’ yang diadakan selama sebulan, sebelum ini telah membahagikan 4,000 bubur lambuk pada 21 dan 22 Mei kepada komuniti sekitar Masjid Al-Husna, Bandar Sunway; Surau Rabiul Awal, Sentul; Surau Al-Majib, Cheras; Masjid Seberang Jaya dan Masjid Kapitan Keling, George Town.
Ia merupakan inisiatif tanggungjawab sosial terbesar Kumpulan Sunway meraikan musim perayaan bersama komuniti kurang bernasib baik sejak lebih 17 tahun dimulakan pada 2001 termasuk Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali. Sehingga kini, program seperti ini telah menyentuh lebih 100,000 jiwa insan.
Kumpulan Sunway juga akan mengagihkan barangan keperluan runcit di 7 lokasi sekitar Kuala Langat dan Sepang pada 11 dan 12 Jun 2018 untuk 40 keluarga yang dikenalpasti Lembaga Zakat Selangor sebagai ‘economically disadvantaged’. Lokasi terlibat adalah Kampung Kundang, Taman Mutiara, Kampung Tanjung Sepat, Kampung Tanjung Layang, Kampung Baru Lanjut, Salak Tinggi dan Desa Salak Gemilang 1.
Justeru, info lanjut misi Kumpulan Sunway dalam memperkasa agenda 2030 UN Sustainable Development ini, boleh dilayari di www.sunwayforgood.com.

Related posts

8 Thoughts to “Sunway Raya Cheer Meraikan Anak-Anak Yatim Bersama Permaisuri Selangor”

  1. Ya Allah….bahagia tengok wajah-wajah anak-anak ni….

    1. Mudah2an memberi keriangan buat mereka semua, in shaa Allah.

  2. Alhamdulillah rezeki anak-anak istimewa ni. Berkongsi kegembiraan bersama lagi2 nak raya ni kan. Tahniah buat Kumpulan Subway.

    1. Alhamdulillah.. moga mereka terus diberkati.. aamiin.

  3. melihat mereka gembira kita pun tumpang sama gembira…

    1. Betul tu Anies.. sama2 bembira, alhamdulillah.

  4. Mohon share cerita Tuan ini ya ke page fb kami – Raydha Hijrah

    1. Dipersilakan.. terima kasih dan salam Aidilfitri 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge