Sunway lancar aplikasi 'Jom Makan 'Em All' pertama di MalaysiaGaya Hidup 

Sunway Lancar Mobile Gaming Jom Makan ‘Em All

“Jom Makan ‘Em All” – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Sunway Group dengan kerjasama Astro Malaysia melancarkan kempen “Jom Makan Icons of Malaysia!”, sebagai aspirasi perpaduan rakyat Malaysia melalui kepelbagaian ikon makanan kebanggaan kita.

Menurut Jane Poh, Pengurus Besar Kanan Jenama Pemasaran & Komunikasi, Kumpulan Sunway, “Tanyalah 10 rakyat Malaysia dan majoriti akan bersetuju, seperkara yang menyatukan kita semua adalah makanan. Kegemaran kita terhadap durian, nasi lemak dan teh tarik diketahui seluruh dunia. Justeru, kami di Sunway mendapat idea untuk mengetengahkan 10 sajian tempatan paling ikonik. Kami percaya, makanan adalah resipi perpaduan kita tanpa mengira usia, jantina, bangsa dan agama.”

“Kami juga berhasrat membawa kelainan konsep yang lebih istimewa. Berdasarkan kaji selidik trending pasaran semasa, kami juga telah membangunkan aplikasi mobile gaming dan berharap melalui gaming ini dapat menyuntik semangat perpaduan, cinta dan kebanggaan terhadap negara kita.”

Sunway Lancar Aplikasi Mobile Gaming Jom Makan 'Em All

Aplikasi “Jom Makan ‘Em All” Pertama Sunway

Kempen dimulakan dengan pelancaran aplikasi mobile gaming “Jom Makan ‘Em All” yang merupakan aplikasi gaming ‘augmented reality – AR’ pertama Sunway. Ia boleh diakses di Facebook Face Filter melalui Facebook Page rasmi Sunway Group.

Mobile gaming dengan ikon burung (flappy-bird-inspired game) menampilkan 10 ikon makanan Malaysia, dimana para pemain perlu makan ikon makanan yang terbang di paparan smartfon dengan menggerakkan mulut mereka.

Pemain berpeluang memenangi poin Sunway PALS bernilai RM3,000 sepanjang 3 minggu bermula 26 Ogos sehingga 15 September ini melalui “Jom Makan ‘Em All”. Setiap minggu, 2 pemenang akan dipilih secara rawak dan diumumkan di Facebook Page rasmi Sunway setiap hari Sabtu.

Bagi melayakkan untuk menang, hanya perlu bermain “Jom Makan ‘Em All” dan snap gambar gameplay berserta jumlah scores. Seterusnya, post ke Facebook dengan kapsyen yang kreatif, tag 3 rakan terdekat dan Sunway Group berserta hashtag #JomMakanIconsofMalaysia. Post perlu diset public.

Sunway Lancar Aplikasi Mobile Gaming Jom Makan 'Em All

Makanan Menyatukan Rakyat Malaysia

Perkara yang perlu kita pelajari dan hargai sepanjang 62 tahun kemerdekaan adalah pentingnya perpaduan. Tahun ini Sunway berhasrat menyatukan rakyat Malaysia melalui makanan.

Selain aplikasi AR gaming, rakyat Malaysia boleh berinteraksi dengan radio announcer kegemaran tentang kempen “Jom Makan Icons of Malaysia!”. Radio announcer dari My FM, Hitz FM, Raaga FM dan Era FM akan menghoskan topik dan aktiviti ikon makanan seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Satay, Otak-otak, Durian, Mangga, Teh Tarik, White Coffee, Ais Kacang dan Cendol, serta Instagram pools dan vote terhadap ‘food personality’ kegemaran.

Kempen “Jom Makan Icons of Malaysia!” juga bakal diakhiri dengan acara Artbox Festival di Sunway City Kuala Lumpur pada 13 September 2019.

Bersempena kempen, sebuah lagu ciptaan Sunway dengan kerjasama Astro bertajuk Suara Malaysia akan turut keudara di My FM, Hitx FM, Raaga FM dan Era FM sepanjang bulan patriotik ini.

Suara Malaysia > https://www.youtube.com/watch?v=BVMO8aFLLWg

Jom layan!… info lanjut di Facebook Page Sunway Group dan www.jommakan.my.

Baca lagi: Aspirasi Udara Bersih Seni Mural Sunway REIT

Related posts

3 Thoughts to “Sunway Lancar Mobile Gaming Jom Makan ‘Em All”

  1. Menarik..hadiah kepada pemenang pun menarik juga ni..

  2. APLIKASI YANG MENARIK MINAT PENGGUNA UNTUK MENCUBA

  3. hadiah pun boleh tahan jg

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.