Keusahawanan Pendidikan Portfolio 

Sunway iLabs Makerspace Inovasi Revolusi Industri 4.0

Sunway iLabs, sebuah ‘non-profit incubator dan accelerator’ pembangunan bakat inovasi dan keusahawanan, telah melancarkan Sunway iLabs Makerspace sebagai platform persediaan kepada para pelajar dan usahawan mendepani arus revolusi industri 4.0.

Dilengkapi dengan peralatan terkini ‘state-of-the-art’, ia juga merupakan komitmen berterusan Sunway iLabs bersama 5 rakan industri iaitu Google, General Electric (GE), NEC, Hitachi Sunway dan Xperanti dalam menyokong pemerkasaan industri pendidikan tinggi dalam era digital abad ke-21.

Sunway iLabs Makerspace - Sunway University.

Pelancaran Sunway iLabs Makerspace Sunway University

Pada 8 Oktober 2018, saya telah menghadiri pelancaran Sunway iLabs Makerspace di Sunway University. Ia disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah binti Tapsir dan Founding Trustee, Jeffrey Cheah Foundation, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah bersama Pengarah Sunway iLabs, Matt van Leeuwen.

Turut hadir, University of California Berkeley’s (UC Berkeley) Industry Fellow and Faculty, Gigi Wang; Profesor Keusahawanan INSEAD, Virginia Cha; Ketua Pegawai Eksekutif GE Malaysia, Datuk Mark Rozario, Pengarah Urusan NEC Malaysia, Chong Kai Wooi; dan pengurusan senior Kumpulan Sunway.

Pelancaran turut menyaksikan pengumuman 3 kolaborasi antarabangsa iaitu European Commission-funded South East Asia Social Innovation Network (SEASIN), University of California, Berkeley dan Silicon Valley accelerator, A3 Global Collider, sebagai platform sokongan sumber tambahan permodalan, mentorship dan jaringan pasaran antarabangsa kepada para pelajar dan usahawan.

Sunway iLabs Makerspace - Sunway University.

iLabs Makerspace Memperkasa Bakat Inovasi Dan Keusahawanan

Bagi subscriber blog ini, pastinya pernah membaca beberapa perkongsian terdahulu tentang Sunway iLabs ini. Pelbagai aktiviti dalam memperkasa pembangunan bakat inovasi dan keusahawanan boleh anda baca di akhir pengisian artikel ini.

Sempena pelancaran Sunway iLabs Makerspace di Sunway University ini, saya berpeluang meninjau persekitaran dalaman. Ia sememangnya pencetus idea kepada para pelajar dan juga usahawan dalam penghasilan solusi dan inovasi yang menepati piawaian industri era digital.

Ia seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Jeffrey Cheah bahawa Sunway iLabs Makerspace ini merupakan platform terbaru yang mampu melengkapkan pelajar dengan ‘mindset’ dan ‘tools’ yang bertepatan dalam perubahan persekitaran masa kini yang serba pantas.

Sunway iLabs Makerspace - Sunway University.

“Bekalkan generasi muda kita dengan pendidikan, tools dan mentor yang betul merupakan elemen yang sangat penting masa kini. Globalisasi, urbanisasi dan digitalisasi merupakan dorongan yang sangat berkuasa dalam mempengaruhi landskap dunia. Kita tidak lagi bersaingan sesama kita, tetapi bersama negara kejiranan dan seluruh dunia.” – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah.

Sunway iLabs Makerspace sememangnya platform yang bertepatan dengan generasi digital sekarang ini. Pelbagai bimbingan dan peluang pastinya tersedia luas dari pakar dan peneraju industri untuk dimanfaatkan sebaiknya demi pembangunan modal insan yang mampan.

Sunway iLabs Makerspace - Sunway University. Khir Khalid.

Sunway iLabs Makerspace terletak di Aras Bawah (Ground Floor) Sunway University dan boleh di akses oleh para pelajar dan usahawan. Ia dilengkapi dengan ‘tools’ yang bertepatan untuk pembangunan inovasi seperti mesin pencetak 3D, pemotong lazer dan pelbagai gajet-gajet eletronik.

Rakan industri induk seperti Google, GE, NEC, Hitachi Sunway dan Xperanti akan terlibat secara aktif dalam memperkasa pembangunan inovasi berkaitan Industri 4.0 kepada Universiti dan pasaran.

Info lanjut Sunway iLabs boleh layari https://innovationlabs.sunway.edu.my/

Baca lagi artikel terkait Sunway iLabs;
> Sunway iLabs Start-It Challenge Perkasa Keusahawanan Belia Selangor.
> Program Lanjutan Inovasi Usahawan Sunway iLabs Accelerator.
> Startup World Cup Malaysia 2018 Aspirasi Keusahawanan Global.

Related posts

8 Thoughts to “Sunway iLabs Makerspace Inovasi Revolusi Industri 4.0”

  1. Betul…persaingan zaman sekarang bukan hanya sesama kita..sesama individu atau kumpulan…tetapi persaingan secara lebih luas merentas lautan..persaingan antara negara.Maka persediaan..juga perlu lebih meluas dan mendalam.Bila ada kolaborasi dari pelbagai pihak ianya menjadi satu suntikkan yang merangsang agar mampu bergerak lebih pantas atau seiring.

    1. Setuju.. bila ada kolaborasi dari pihak yg terbukti layak dpt membantu dlm membina platform, saluran dan jaringan yg betul utk jangka panjang bukan shj aspek akademik malah selaras dgn perkembangan industri dan pasaran

  2. Syabas dan tahniah KK amat berjaya, corak blog pun bukan calang2nya ni ..mampan

    1. Alhamdulillah, terima kasih cikgu Etuza.. saya pun masih belajar lg menambahbaik seadanya

  3. sekarang, apa2 bidang pun menguasai IT adalah salah satu keperluan

    1. Betul tu Anies.. mmg satu keperluan dan semakin terus berkembang lagi

  4. Apa pun, perlu seiring dengan teknologi dan perkembangan semasa untuk kekal berdaya saing.

    1. betul tu.. moga kita tak ketinggalan dlm persaingan arus global

Leave a Comment

CommentLuv badge