Sunway iLabs Anjur Latihan E-Dagang Percuma Kepada PKS

Sunway Innovation Labs (Sunway iLabs) akan menganjurkan program latihan e-dagang eCommerce Jumpstart, secara percuma selama 4 minggu kepada 100 peserta pertama Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) dan runcit untuk pembangunan ‘bisnes online’.

Program ini dianjurkan oleh Sunway iLabs dan Sunway University dengan kerjasama pemimpin industri, termasuk Alibaba.com, agensi kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Cradle Fund, dan peneraju ekosistem digital.

Ia merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Sunway iLabs bagi membantu transformasi digital kepada pengusaha runcit dan PKS Malaysia dalam menangani kemerosotan ekonomi akibat krisis COVID-19.

Program eCommerce Jumpstart Sunway iLabs

Pelancaran program eCommerce Jumpstart akan berlangsung pada 27 April dan dimulakan dengan ucaptama Naib Presiden Kumpulan Alibaba, Brian Wong.

Program 12 jam dan empat minggu ini merangkumi asas untuk minggu pertama, strategi e-dagang pada minggu ke-2, langkah pragmatik membina perniagaan atas talian pada minggu ke-3, serta kandungan dan pemasaran digital minggu ke-4.

Pakar industri yang terlibat sebagai mentor program termasuk;
– Ketua Pegawai Inovasi Kumpulan Sunway, Matt van Leeuwen.
– Naib Presiden Kumpulan Alibaba, Brian Wong.
– Pengasas Momentum Commerce dan Pengasas Bersama Lazada, Hans-Peter Ressel
– Pengasas Bersama, Yeoh Chen Chow.
– Ketua Pegawai Eksekutif OURSHOP (Air Asia), Lalitha Sivanaser.
– Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif TheLorry, Nadhir Ashafiq.
– Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AVANA, Luqman Adris.
– Pengurus Negara Shopline Country, Eileen Feng.
– Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Commerce.Asia, Ganesh Kumar Bangah.
– Pengasas Bersama dan Ketus Pegawai Eksekutif Kumoten, Isaac Leong.
– Pengasas Red Dino Ventures, Wong Kim Yoong.
– Para speaker dari MDEC and Sunway University.

Menurut Matt Van Leeuwen, program ini bertujuan membantu pengusaha runcit dan PKS memperkukuh perniagaan mereka secara atas talian untuk kelangsungan pasaran dan perniagaan disebabkan implikasi wabak yang berlaku.

Sunway iLabs Anjur Program Latihan eDagang Percuma Kepada PKS

Program dibuka untuk pengusaha runcit dan PKS Malaysia.

Berdasarkan SME Corp pada 2018, penglibatan PKS dalam perniagaan atas talian hanya sekitar 37.9% dan majoritinya berkisar pada pasaran tempatan. Hasrat program ini juga adalah bagi membantu penguasaan digital dikalangan usahawan dan PKS.

Keseluruhan program eCommerce Jumpstart akan disampaikan secara atas talian dan disasarkan dapat memberi manfaat kepada para usahawan dan PKS yang berhasrat memantapkan perniagaan atas talian.

Terdapat pertandingan akan dianjurkan pada akhir program. Para pemenang akan mendapat pengecualian 100% yuran bernilai RM12,500 untuk Program Alibaba Global eCommerce Talent (GET) termasuk akses kepada sumber dan ekosistem global Alibaba. Pemenang juga berpeluang menyertai Sunway iLabs Accelerator Programme.

Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 25 April 2020, jam 6 petang. Anda boleh layari info lanjut dan pendaftaran di> eCommerce Jumpstart Programme.

Baca lagi: Pakej PRIHATIN PKS Sokong Daya Tahan Keusahawanan

12 Thoughts to “Sunway iLabs Anjur Latihan E-Dagang Percuma Kepada PKS”

  1. Asalam..lama tak ke sini. Teruskan usaha menyalur infor ya. Salam Ramadan 2020

    1. Terima kasih cikgu Etuza. Salam Ramadan juga buat cikgu sekeluarga!

  2. AvatarMarzuki Rmn

    Bagus inisiatif ni. Kami berminat juga dan akan dipnjngkn nnti. Teruskan input bermanfaat buat kebaikan bersama, thanks bos!

    1. Mudah2an bermanfaat. Thanks kembali bos!

  3. usaha yg sangat baik merangsang kemajuan bisnis PKS

    1. Betul tu.. peluang belajar dan memperkukuh rangkaian perniagaan juga buat PKS.

  4. wahhh, kalau menang memang berbaloi-baloi sangat tu! boleh dapat 100% diskaun yuran!

    salam Ramadhan al-Mubarak tuan!
    sunah sakura recently posted…Salam Ramadhan 1441HMy Profile

    1. Mmg berbaloi.. bukan senang nak ada peluang mcm ni. Sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya utk kebaikan bisnes yg diusahakan. Salam Ramadan juga! 🙂

  5. Memperkasa pengetahuan dan kemahiran seterusnya ekonomi yang menjurus dalam bab perniagaan.Memang terbaiklah.Pendedahan positif.

    1. Betul.. pendedahan positif. Inisiatif spt ini patut dimanfaatkan sebaiknya oleh PKS.

  6. Digital marketing and online business memang menjadi keperluan sekarang. Harus menambah ilmu mengenai perkara2 berkaitan.

    1. Inisiatif mcm ni bukan selalu ada, apatah lagi bila mengumpulkan ramai peneraju industri digital.. patut dimanfaatkan oleh PKS.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.