Wings, Sunday Night Live, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur,

Sunday Night Live Gegar Hard Rock Cafe KL – Kaki muzik peminat genre rock seperti saya pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan Sunday Night Live (SNL), platform persembahan live band oleh artis-artis hebat tempatan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Wings, rock band lagenda negara bakal memulakan persembahan pertama Sunday Night Live, diwakili ahli kumpulan asal Awie (vokal), Eddie (bass) dan Black (drum) dengan bantuan Edri dan Sham (Lead Guitars) bermula pada hari Ahad, 6 Oktober 2019.

Sunday Night Live at Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Wings,

Sunday Night Live Hard Rock Cafe KL

Bagi saya, Hard Rock Cafe KL menyimpan banyak nostalgia dan kenangan manis bersama kawan-kawan terutama sekitar tahun 1995. Ketika itu, saya menuntut di sebuah kolej di Jalan Ampang dan boleh dikatakan hampir setiap minggu kami akan singgah port ke sini untuk layan live band.

Di sinilah juga tempat yang menyuntik minat lebih mendalam bermain gitar. Sejak ia dibuka pada tahun 1991 hingga kini, walaupun melalui beberapa perubahan renovation luar dan interior, namun mood dan signature asal Hard Rock Cafe KL tetap tidak berubah… tetap Hard Rock!

Selain itu, sebagai individu yang membesar dengan lagu-lagu Wings, Lefthanded, Mus dan yang seangkatan… bagi saya, ini bukan calang-calang hard rock live band.

Sunday Night Live, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur,

Sempena pelancaran, Ranjit Singh, General Manager Hard Rock Cafe Kuala Lumpur turut menyatakan; SNL adalah platform yang mengetengahkan artis-artis popular dan juga baru, bagi memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan artis kegemaran mereka secara live.

Berpeluang juga bersembang bersama beberapa artis-artis rock legend yang hadir ke pelancaran SNL ini. Ada yang pernah beberapa kali jumpa dan ada juga pertama kali walaupun sudah mendengar lagu-lagu mereka sejak zaman persekolahan lagi… membesar dengan lagu-lagu mereka.

Lantas terpanggil nak mengabadikan beberapa gambar sebagai penghargaan di blog ini. Bila tengok balik, gambar terakhir tu macam reunion alumni pula hehe.. alumni School of Hard Rock.

Dato Awie, Sunday Night Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Khir Khalid - Digital Marketer.
Bersama Man Kidal, Lefthanded di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Khir Khalid - Digital Marketer.
Otai-otai legend di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur,

Wings – Kickstart SNL Bermula 6 Oktober 2019

Inisiatif ini merupakan komitmen Hard Rock Cafe KL untuk terus menyokong artis-artis tempatan.

SNL bakal diadakan pada setiap 2 bulan sekali di Hard Rock Cafe KL bermula 6 Oktober ini dengan persembahan rock band legend Wings. Ia bakal diikuti seterusnya dengan artis-artis legend seperti Lefthanded, Mus dan ramai lagi artis-artis hebat tanah air.

Harga cover charge SNL adalah RM100. Kalian boleh hubungi +603 2715 5555 untuk sebarang info lanjut atau layari website: https://www.hardrock.com/cafes/kuala-lumpur/

Baca lagi: Guitar, The Obsession And Memorabilia

3 Thoughts to “Sunday Night Live Gegar Hard Rock Cafe KL”

  1. wahhhh dpt jumpa wings… nanges kwn sy kalau tgk ni sbb dia minat giler dgn awie hehehhe

  2. wow artis hebat legen terbaik tu…mesti ramai yg ternanti persembahan mrk

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.