Suasana Jerebu Di Bandar Tasik Puteri, Rawang

Suasana jerebu di Bandar Tasik Puteri. Permasalahan jerebu adalah salah satu ujian yang
sedang menimpa negara kita pada waktu kini. Telah banyak perkongsian yang aku
lihat tentang suasana jerebu yang melanda dari lensa
sahabat-sahabat blogger di alam maya. Sememangnya situasi jerebu ini agak
kritikal
di kebanyakan tempat dan kawasan.
Bandar Tasik Puteri, Rawang

Meninjau Suasana Jerebu Di Bandar Tasik Puteri

Pada sekitar jam 4 petang hari Jumaat (14/3/14),
aku juga berkesempatan bersiar-siar dan merakam beberapa gambar suasana jerebu
di kawasan Bandar Tasik Puteri di Rawang untuk dikongsikan bersama.
Sekurang-kurangnya dapat juga aku abadikan gambar-gambar ini buat tatapan
penduduk-penduduk di sekitar kawasan kejiranan Bandar Tasik Puteri (BTP) ini.

Gambar-Gambar Jerebu Di Bandar Tasik Puteri, Rawang

Bandar Tasik Puteri, Rawang
Jalan raya sekitar BTP
Suasana dari kawasan kejiranan.
Medan Tasik Puteri yang suram
Sekolah  Kebangsaan Tasik Puteri 2
Taman riadah Puteri Central Park yang lengang
Rumput-rumput yang kekeringan walaupun pokok-pokok masih kelihatan merimbun.
Namun ada juga yang tandus… hangus…
Suasana perumahan dari bukit taman riadah.
Padang Golf Tasik Puteri yang kian surut air di tasiknya…
Pandangan masjid BTP dari atas jalan…
Aku di persimpangan…
Perumahan & kejiranan yang suram…
Semoga Allah turunkan hujan dan menamatkan ujian jerebu ini. Ampunkanlah dosa-dosa kami sama ada yang nyata mahupun tersembunyi… Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun dan yang Maha Mengasihani…
Semoga Engkau permudahkan juga segala usaha pencarian MH370 dan kurniakanlah ketabahan kepada ahli keluarga mangsa dalam menghadapi situasi yang sukar ini… 
Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan izin mu ya Allah… aamiin, aamiin ya Rabbal alamiin.
Salam Hormat, Salam Berkat.

Related posts

52 Thoughts to “Suasana Jerebu Di Bandar Tasik Puteri, Rawang”

  1. dugaan Allah .. kat tempat saya alhamdulillah takde jerebu.

    1. Alhamdulillah Elina.. kat sini baru je hujan tadi.. harap2 oklah lepas ni.. 🙂

  2. Subhanallah…rumput semua dah jadi kuning..takde dah nampak kehijaunnya khir..
    jerebu pun dah makin teruk disana..

    1. Mmg sgt teruk, tp ptg tadi hujan.. alhamdulillah.. harap2 ok lah lepas ni.. 🙂

  3. Amin ya rabbal alamin..take care bro khir…kat tmpt niesa alhamdulillah xde jerebu..dugaan Allah..semoga kita semua sentiasa dilindungi.. 🙂

    1. Aamiin.. hari ni dah ok sbb tadi hujan setelah berminggu2 tak hujan.. harap2 ok lah.. t kasih Niesa.. 🙂

  4. risau tgk keadaan macam ni..kat tmpat akak jerebu x de,tapi panas.ni air pun dh nsk kena catu

    1. Mmg panaskan kak.. tempat saya air dah dicatu dah.. selang 2 hari baru ada.. semalam & hari ni tak de.. esok dan lusa baru ada begitulah seterusnya… harap2 berakhirlah cepat mcm ni. Tak de air mmg susahlah…

  5. jerebu ditambah pula dengan cuaca panas.. kena perbanyakka minum air kosong.. macam aiza pun mata terasa pedih da tekak terasa perit akibat jerebu kat tempat aiza.. doakan semoga Allah turunkan hujan rahmat.. menabung 2london, 1 visa untuk khir.. iklan lain tak nampak pula..

    1. Mmg betul tu.. saya pun smpi jadi pening2 kepala klu lama ada kat luar… Alhamdulillah.. tadi baru hujan & harap2 ok lah lepas ni… aamiin. T kasih Aiza.. 🙂

  6. jerebu truk juga ya bro khir di rawang…
    slmat berhujung minggu..

    klik2 inti 😛

    1. Mmg teruk & merimaskan juga.. tp alhamdulillah.. ptg tadi baru hujan. Mudah2an oklah lepas ni. T kasih bro Sobri.. 🙂

  7. Jerebu tebal kan kat sat na

    1. A ah.. mmg tebal cik akak.. tp ptg td baru hujan.. alhamdulillah.. 🙂

  8. mmg ujian En.Khir….moga cepat reda…dkt PJ pun sama..suasana jerebu tu mmg kuat…udara tak sihat..

    1. PJ lagi teruk rasanya kan Ikhwan.. tp ptg tadi hujan.. harap2 oklah lepas ni, mudah2an cuaca kembali normal, in shaa Allah.. 🙂

  9. em..teruk gk tu..moga khir dan shabat2 hati2..

    1. Mmg teruk.. alhamdulillah.. ptg td hujan.. t kasih Jie.. 🙂

    2. Mmg teruk.. alhamdulillah.. ptg td hujan.. t kasih Jie.. 🙂

  10. boleh tahan teruk jugak tu en khir, jaga kesihatan anak-anak dan isteri ye en khir..

    1. In shaa Allah, mama… ptg tadi hujan lebat… alhamdulillah…

  11. semoga cebat membaik dari jerebu… teruk jgk tu

    1. Alhamdulillah.. ptg tadi hujan lebat.. harap2 ok lah keadaan lepas ni… aamiin..

  12. kemarin penang pun jerebu teruk jugak… tapi hari ni alhamdulillah, dah kurang.. pastu sekrang hujan dah mula turun..

    1. Alhamdulillah Pha Is.. di sini pun hujan ptg tadi… harap2 berakhirlah musim kemarau ni.. aamiin..

    2. harapnya macam tu la. pagi ni pun cuaca dah elok.. langit boleh nampak klear..

  13. yang hangus dan tandus… hujan… turun lah… Moga Allah aturkan Malaikat Mikail turunkan hujan membasahi bumi ini…

    1. Aamiin.. aamiin.. Alhamdulillah bro Kid, ptg tadi hujan turun… mudah2an keadaan kembalilah spt sediakala.. aamiin.. 🙂

  14. Alhamdulillah petang tadi hujan turun juga, setelah lama keringnya.

    1. Betul tu Kenit.. lebat juga hujan turun.. alhamdulillah. Mudah2an keadaan dpt kembali normal spt sediakala.. aamiin.. 🙂

  15. Salam Khir, Alhamdulillah..dh ujan lebat kat sana.. Kt sini td mcm ujan tumpang lalu je… Klu jenis camtu, makin teruk kualiti udara walau camne pun. Harap tu petunjuk baik..

    1. In shaa Allah Nurul… mudah2an berakhirlah musim panas kemarau ni… aamiin..

  16. Allah sebaik-baik perancang, teruskan berdoa pada Allah, insyaAllah keadaan jerebu ni akan beransur pulih dengan izinNya….

    1. Alhamdulillah… skrng hujan dah turun.. harap2 cuaca dpt pulih kembali… aamiin.. 🙂

  17. Jerebu is everywhere..Hujan yang turun pun tak mampu nak hilangkan jerebu kat certain-certain areas..Kuasa Allah kan…

    1. Betul tu Raudzah.. harap2 hujan & cuaca dpt pulih spt sediakalalah… aamiin..

  18. Alhamdulillah, hujan dah turun. Walaupun tak berapa lebat sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jerebu. Tapi tak tahulah di Tasik Puteri macam mana.

    1. Alhamdulillah.. di sini hujan juga.. harap2 cuaca dpt kembali pulih hendaknya… aamiin..

  19. alhamdulillah hari ini hujan turun beberapa kali.. dapat juga membasahi bumi.. tapi masalah jerebu masih belum berkurangan…

    1. Alhamdulillah… mudah2an hujan berterusan & tak memudaratkan, sekaligus menghilangkan masalah jerebu ini hendaknya… aamiin..

  20. kat kajang dah turun hujan hari ini…pagi semalam hujan lebat..harap2 berkurangan la jerebu…

    1. Tulah.. berkat doa2 rasanya. Harap2 keadaan dpt pulih spt sediakala… aamiin..

  21. Mmg tgh musim.. Sbb tgn2 manusia..

    1. Peringatan dariNya… semoga kita semua tidak tergolong dikalangan org2 yg lalai… aamiin..

  22. Jerebu telah menjadi masalah tahunan kepada Negara kita…… semoga Negara dapat mengatasi masalah ini…

    1. Tu lah… mudah2an klu berlaku lagi, taklah dengan kemarau sekali.. siksa juga rasanya…

  23. AvatarAnonymous

    nasib baik hujan dah mula turun kan?

  24. alhamdulillah dah kurang sikit jerebu di kawasan saya sejak minggu lepas
    eh cantik gambar saudara khir ambil
    paling cantik gambar rumpur tu =)

    1. typo error! rumput bukan rumpur =)

  25. pagi tad pun hujan renyai renyai.moga semuanya baik baik aje yer abg khir

Leave a Comment

CommentLuv badge