SOFTA MarketingKeusahawanan Motivasi 

SOFTA Marketing: Usahawan Muda Terbaik entrepreneur ECER

Pastinya ada diantara pembaca yang sudah mengetahui tentang sebuah syarikat pengeluar hasil laut bernama SOFTA Marketing. Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang usahawan muda berjaya bernama Wan Muhammad Fadhli Wan Mohd Yusuf, individu yang bertanggungjawab memajukan lagi potensi perniagaan SOFTA Marketing memperkasa peluang pasaran antarabangsa.
SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,

SOFTA Marketing: Usahawan Muda Terbaik entrepreneur ECER

Wan Muhammad Fadhli, usahawan berusia 25 tahun dari Besut, Terengganu merupakan penerima Anugerah Khas Usahawan entrepreneur ECER 2017 kategori The Best Young Entrepreneur. Beliau berjaya memajukan perniagaan keropok lekor daripada perusahaan ‘cottage industry’ ke peringkat pengilangan dan pemasaran komersil tempatan dan antarabangsa.
Softa Ocean Foods (SOFTA), diasaskan pada 1988 oleh bapanya Tuan Haji Wan Mohd Yusuf dan diwarisi kepada beliau dan abangnya. Ia dinaiktaraf kepada SOFTA Marketing Sdn Bhd pada 2013 dan merupakan pengeluar dan antara pemain utama industri ‘Halal fish based product’ di Malaysia.
Ia bukas usaha yang mudah untuk sampai ketahap seperti ini sekiranya tiada minat yang mendalam serta fokus matlamat yang betul. Banyak pengalaman pahit manis diharungi dalam meneruskan usaha perniagaan. Justeru, beliau mengambil langkah positif melalui peluang Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) demi memacu perniagaan untuk lebih berdaya maju.
SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,
SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,

Memartabat Perusahaan Desa Ke Persada Antarabangsa

Atas minat dan kepercayaan, beliau terus melangkah ke hadapan dengan inisiatif menyertai program keusahawanan dibawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Ia menjadi antara platform sokongan serta input bimbingan modal insan memajukan lagi perniagaannya.
ECER membantu memperkukuhkan elemen pemasaran melalui sokongan berterusan, malah turut menyediakan bimbingan dalam menambahbaik kualiti pengeluaran, perlabelan serta pembungkusan. Kini setiap produk yang dikeluarkan berstatus halal dan menepati standard piawaian pengilangan serta pembungkusan antarabangsa.
SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,

“Teruskan Minat, Jangan Berputus Asa” – Wan Muhammad Fadhli

Baru-baru ini SOFTA Marketing telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama Shanghai C-HK International Logistics Inc. dari China untuk mengeksport produk ‘fish-based halal food’ bernilai RM5 juta untuk tempoh 3 tahun. Antara produk yang akan dieksport ke pasaran
antarabangsa adalah keropok lekor, keropok udang dan sotong.
Falsafah kejayaan Wan Muhammad Fadhli, beliau minat terhadap apa yang diusahakan. Sesungguhnya, minat mampu melahirkan ketekunan dan usaha yang bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dalam apa jua bidang yang diceburi. Minat juga pasti melahirkan idea yang lebih berdaya maju dan berani menempuh segala cabaran serta dugaan.
Tahniah buat saudara Wan Muhammad Fadhli dan SOFTA Marketing.

Related posts

6 Thoughts to “SOFTA Marketing: Usahawan Muda Terbaik entrepreneur ECER”

  1. Tahniah buat saudara Wan Muhammad Fadhli, bagus muda-muda dah berjaya kan..

  2. Tahniah…
    Moga menjadi inspirasi pada usahawan2 yang lain

  3. selamat menempuh onak duri dunia perniagaan

  4. Tahniah buat Wan Muhammad Fadhli… Seronok tengok anak muda dah pun berjaya.. Teruja dan rasa keinginan untuk seperti beliau

  5. Tahniah usahawan muda yg tahu merebut peluang niaga hingga sukses membanggakan

  6. bagus ada platform camni untuk orang muda

Leave a Comment

CommentLuv badge