Intervensi kesedaran SMK Wangsa Melawati
Intervensi Kesedaran SMK Wangsa Melawati – Pada petang (7 Februari 2014) kami telah mengadakan sesi intervensi kesedaran sosial di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Kali terakhir saya ke sini adalah pada pertengahan tahun 2012 untuk satu acara pertandingan skateboard anjuran Kelab Skateboard Malaysia. Kali ini ia berkaitan ceramah pencegahan dadah dan jenayah yang dianjurkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Intervensi Kesedaran Di SMK Wangsa Melawati

Intervensi kesedaran di SMK Wangsa Melawati telah disampaikan oleh saudara Aziz, merupakan seorang yang berpengalaman dalam isu pencegahan dadah dan jenayah. Perkongsian beliau bertujuan menyuntik kesedaran kepada pelajar sekolah agar tidak sesekali menjerumuskan diri ke kancah kehidupan yang negatif dalam arus kehidupan yang serba mencabar ini.

Setiap keterlibatan ke arah yang negatif seperti penyalahgunan dadah dan jenayah bukan sahaja mengundang padah kepada diri sendiri, malah turut membawa kesan yang buruk kepada keluarga dan masa hadapan. Ia adalah satu perkara yang perlu disedari oleh setiap pelajar.

Melalui sesi perbincangan bersama guru SMK Wangsa Melawati, saya bersetuju bahawa peranan ibu bapa sebagai tonggak institusi kekeluargaan amat penting bagi mengelakkan gejala sosial kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu memahami peranan guru sebagai pendidik agar tidak meletakkan seluruh bebanan mendidik anak-anak sebagai tanggungjawab guru semata-mata. Ibu bapalah guru dan pendidik yang paling utama dalam membentuk keluarga ke arah kehidupan yang positif.
Syabas kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati atas keperihatinan dan kesungguhan membentuk kehidupan positif kepada pelajar-pelajar demi kebaikan pembangunan insan.

39 Thoughts to “Intervensi Kesedaran SMK Wangsa Melawati”

  1. Alhamdulillah..mlentur buluh dri rbungnya…keep it up!!

  2. Raudzah Z

    Usaha yang bagus Khir..ramai adik-adik kita yang jadi ganster sekarang ni…

  3. Wah. .. Bgus gak buat kt sekolah kn.. Boleh la buat kt sekolah tmpt sy mengajar plak nnt klu de kesempatan…

  4. Wah. .. Bgus gak buat kt sekolah kn.. Boleh la buat kt sekolah tmpt sy mengajar plak nnt klu de kesempatan…

  5. Kucing Hitam

    nice nie baru org ckp didik dri kecik

  6. KiD

    bagus.. dan menarik. Perlu diterapkan di masa bangku sekolah lagi. Pendedahan kepada murid-murid, harap ada manfaatnya.

  7. Lynn Munir

    Melentur buluh biarlah dari rebungnya dan penerangan yang sebegini diharap dapat dijadikan 'amaran awal'
    kepada anak-anak agar menjauhi aktiviti yang menjerumus kepada masaalah sosial. Selamat berhujung minggu Khir.

  8. wahh..congrates!happy weekend bro khir.. 🙂

  9. Smartan Dad

    Great activity!

  10. bagus aktiviti seperti ini ^_^ pendedahan yang baik

  11. kak T

    salam Khir..akak singgah and follow sini..psstt..ni akak di balik pintu..hihihi

  12. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam singgah malam…tahniah kepada guru dan ibubapa,perana mereka amat penting untuk membentuk anak-anak muda sekarang agar tidak mudah terjerumus kepada masalah sosial …

  13. hai 🙂 singgah sini dari segmen yang sama. done follow. PLEASE followback yaa 😀 ain blogger baruu !! mengharapkan followers dan readers. please yaa.. followback :D.. thankyou !! mucho :*

    From : http://unprivatediarytyping.blogspot.com/2014/02/ramaikan-followerraikan-ukhuwah.html

  14. Semua pihak mesti bekerjasama..bersatu hati dan berlapang dada untuk menerima nasihat juga teguran..

  15. Anonymous

    Semua pihak kena main peranan.namun semuanya bermula dari rumah.

  16. jamian sarif

    didikan awal dan berterusan dari ibubapa mesti ada….

  17. Akeyla Azmi

    Hihihihi rindu sekolah.
    Eh

  18. ikhwan yusuff

    time sekolah dulu selalu ad program mcm gini…sebuah medium yg menarik untuk memupuk kesedaran….Takut dan ngeri bila dityangkan video dah gmbr…

  19. Razi ten

    Great, kids should be exposed into this kind of knowledge so they will know about how great it is to avoid from it. I been to SMK Wangsa Melawati when I was at standard 1 xD
    Oh my old school ^^

  20. semuanya bermula dari rumah dalam Islam, tidak ada kata berhenti untuk mendidik anak, sekalipun anak itu sudah menikah dan berada dalam tanggung jawab orang lain.

  21. Yumida Huda

    sokong..didikan dari rumah tu yg penting..membentuk sahsiah diri pelajar
    ada yg jenis concern pd anak, ada yg jenis lepas tangan, hanya mengharap didikan di sekolah
    dulu masa sekolah menengah suka bila ada program mcm ni..sambil2 tu x perlu masuk kelas..kikiki

  22. Cheq Eem

    harap-harap pelajar sekolah yang hadir tu datang tanpa dipaksa.. jika dipaksa pun semoga mendapat kesedaran tentang apa yang disampaikan oleh penceramah…. aktiviti sebegini harus diteruskan.. tahniah khir…!

  23. Budak2 sekolahlah sasaran terbaik program2 sebegini. Semoga generasi akan datang hidup lebih aman dan selamat.

  24. semoga akan membawa manfaat kpd mereka semua.. 🙂

  25. ain diyana

    sy pun pnah smpai ke sekolah ni.. pertandingan bola jaring…

  26. Ija Rased

    moga adik adik dapat ikuti ceramah itu dengan baik…

  27. Ayu Zan

    segalanya bermula dari rumahh..

  28. acik idah

    Betul3x.. sepatutnya tanggungjwb mendidik adalah tanggungjwb parents… bukannya guru disekolah… ibubapa kena faham bukannya bila dah bayar yuran tu… semuanya diletakkan dibahu guru2 saja… dan berharap anaknya boleh pandai…

  29. sangat setuju khir, ibu bapa lah y mencorakkan keperibadian anak2 mereka..guru sekadar membantu di sekolah & program2 sekolah..

  30. betul tu bro..aku pun berpendapat macam tu..selain daripada sekolah, ibu bapa/penjaga juga harus monitor para2 remaja ini kerana itu merupakan tanggungjawab mereka. pihak sekolah hanya boleh membantu mereka seperti menjalan aktiviti sebegini..

    Regards,
    -Strider-

  31. Setuju. Boleh dikatakan sikap ibu bapa sekarang antara faktor utama masalah sosial seperti ini boleh berlaku. Terlalu manjakan anak salah, terlalu lepaskan juga salah… yang penting, ibu bapa perlu beri asas agama yang cukup supaya anak-anak faham apa yang betul dan salah dan juga perlu memantau perilaku mereka.

  32. atien zuraidah

    Skrg ada ibu bapa yg tak boleh terima anaknya di rotan di sekolah,sampai buat laporan polis.benda kecik je kan.pelik je rasa.nak harapkan guru kat sekolah memang tak boleh.parent pun kena ambk tahu.semua kena mainkan peranan sebenarnya.lau anak di denda ibu bapa tak boleh terima,nak wat cm ne kan.

  33. sekolah yang paling pertama dan paling baik adalah bermula dirumah dan ibu bapalah contoh ikutan sama ada baik atau sebaliknya…

  34. Nurul Hidayah

    Nurul bersetuju, walau apapun Ibubapa lebih memainkan peranan daripada cikgu..

  35. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.. pendidikan seharusnya bermula dari rumah.. bukannya menyerahkan 10% tugas mendidik kepada guru semata-mata..

  36. memmet lenggeng

    Betul en Khir..penjagaan moral anak-anak adalah dari ibubapa sejak dari awal. Kalau emak ayah tidak didik anak dengan moral, sampai besar mereka akan bermasalah, semoga anak-anak saya jadi insan yang bermoral

  37. betul2… peranan ibu bapa sangatlah penting… bagi deno, semuanya bermula dari rumah.. anak2 sekarang lagi la,.. dengan laman sosial lagi yg berleluasa, ibu bapa perlu ambil cakna anak-anak ni…

  38. Langkah yang harus diikuti oleh sekolah lain juga.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.