Pengarah Syarikat
Sleeping Directorship : Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama – Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar tentang pengarah syarikat hanya pada nama atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Sleeping partner’ atau ‘Sleeping director’. Ia sebenarnya mengambil masa yang lama untuk saya kongsikan setelah mengambilkira pelbagai faktor. Mudah-mudahan menjadi renungan buat kita semua tentang perkara yang kadangkala tidak disangka boleh terjadi dalam kehidupan ini.
Pengarah syarikat hanya pada nama

Kisah Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama

 
“Aku ditahan dan didakwa dibawah Seksyen 25 (1), Akta Bank Dan Institusi Kewangan. Disabit kesalahan, aku dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda RM 1 juta. Manalah aku mampu membayar denda sebanyak itu. Akibatnya hukuman ditambah setahun lagi kerana gagal membayar denda…”
“Sungguhpun begitu… aku hanya menjalani hukuman selama 2 tahun setelah ditolak hari bekerja
dan berkelakuan baik serta diberikan parol.”
Kisah hitam ku bermula setelah tamat pengajian dan bekerja di sebuah syarikat sesuai dengan kelulusan. Sebagai orang baru, aku seronok apabila diberi kepercayaan melakukan perkara yang diminati. Seluruh kudrat dicurahkan kepada kerja dan aku gembira apabila berpeluang dinaikkan pangkat dan usaha ku dihargai majikan.
Suatu hari, majikan menyuarakan hasrat untuk menggunakan namaku sebagai penama pengarah syarikat. Alasan yang diberikan, nama rakan kongsinya telah muflis. Majikan menyatakan bahawa dia hanya menggunakan nama ku sahaja tetapi aku masih melakukan tugas harian sebagai pengurus. Amat berbesar hati apabila diberi kepercayaan sebegitu oleh majikan. Lagi pun ia bukanlah sebarangan syarikat… modal berbayar jutaan ringgit, kemudahan pejabat yang serba lengkap dan canggih, terletak di tengah-tengah ibu kota dengan pelanggan yang tidak putus-putus setiap hari. Tanpa rasa sangsi dan percaya kepada majikan… aku bersetuju…

Agenda Majikan Membawa Mimpi Ngeri

Bagaimana pun kegembiraan dan penghargaan itu bertukar mimpi ngeri apabila syarikat disiasat atas kesalahan akta perlesenan pelaburan dan perbankan agenda majikan yang tidak aku sedari dari awal. Berdasarkan dokumen aku tersenarai sebagai pengarah syarikat dan disiasat manakala rakan kongsi majikan ku yang dikatakan muflis itu hanya dianggap sebagai pekerja di syarikat tersebut.
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Selama tempoh itu, aku berhadapan dengan saat-saat sukar dan terpaksa menjawab soalan-soalan yang kadang kala tidak aku ketahui jawapannya. Aku ditahan reman dengan jaminan sebanyak RM500,000.00. Mujur pelanggan yang mengetahui kisah sebenar sanggup menjamin ku walaupun jumlahnya setengah juta ringgit. Aku amat berterima kasih dan sampai bila-bila pun aku tidak dapat membalas budi baiknya.
Hampir 10 tahun aku terpaksa turun naik mahkamah dengan penuh debaran dan beremosi. Setiap kali ke mahkamah, hati ini berkecamuk dan takut. Perasaan kesal dan marah kepada majikan bagai tidak dibendung. Tidak ku sangka dalam diam dia membunuh masa depan dan cita-cita ku. Aku terasa diri ini dipermainkan sedangkan aku bekerja dengan telus, jujur dan ikhlas.
Akhirnya majikan bersama rakan-rakan kongsinya yang lain semuanya didapati bersalah manakala aku telah dibebaskan. Alasan penghakiman walaupun secara bertulis aku sebagai pengarah, tetapi berdasarkan keterangan saksi dan bukti aku tidak mempunyai sebarang kuasa dalam syarikat.. hanya sekadar ‘sleeping partner’ atau ‘ sleeping director’.

Liabiliti Sebagai Seorang Pengarah Syarikat

Namun sebulan selepas itu, pihak pendakwa mengemukakan rayuan penghakiman ke mahkamah tinggi. Malangnya kali ini aku didapati bersalah kerana dalam perundangan tiada istilah pengarah hanya pada nama. Oleh itu sebagai pengarah syarikat, aku mesti bertanggungjawab atas apa yang berlaku keatas syarikat.
Aku tidak berpuas hati dengan keputusan penghakiman dan cuba membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Namun setelah lebih setahun menjalani hukuman penjara barulah kes aku dipanggil untuk dibicarakan semula. Disebabkan sudah lama berada di sini serta berpeluang mendapat pembebasan awal dibawah perintah parol, aku mula redha dengan apa yang berlaku dan tidak mahu mengambil risiko andai rayuan tersebut gagal dan hukuman ditambah.
Dipenjara kerana penama syarikat
Aku mahu segera menghabiskan hukuman dan ingin segera keluar untuk membina hidup baru bersama isteri dan anak-anak tercinta. Syukurlah isteri dan keluarga kedua-dua pihak sentiasa memberi kekuatan untuk aku menempuh hari-hari gelap ini.
Memang pahit menyandang gelaran banduan… jauh tersasar daripada apa yang aku impikan. Tidak tertahan rasanya bahu memikul. Sokongan dari pihak Jabatan Penjara Malaysia serta Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P.Kuala Lumpur juga amat membantu memberi galakan dan motivasi agar aku dapat memulakan hidup baru dengan pandangan yang positif.

Jangan Mudah Percayakan Orang

Berdasarkan kisah diatas, ingin saya bertanyakan pandangan peribadi daripada pembaca yang sudi. Sekiranya anda mampu memberikan jalan sokongan sewajarnya kepada insan ini, adakah anda sudi membantunya?
Adakah sesiapa dikalangan ahli keluarga atau kenalan anda yang pernah terlibat dalam isu penama Sleeping Directorship : Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama yang hampir seperti ini dan apakah kesudahannya?
Kalau ada mohon kongsikan demi kebaikan sesiapa jua yang membaca. Mudah-mudahan menjadi peringatan dan kesedaran buat kita semua, in shaa Allah.
Kredit suntingan kewartawanan;
Penulis : Ade Irma Suryani Che’ Leh
Penghargaan : Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia

33 Thoughts to “Sleeping Directorship : Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama”

  1. AvatarNorniwanie Nasarudin

    Kadang-kadang kita tak tahu orang yang selama ni kita percaya boleh buat kita macam ni sekali kan..saya tiada pengalaman untuk dikongsi berkenaan perkara ni..tapi artikel ni memang sangat bagus untuk menjadi penringatan kepada saya dan orang lain..terima kasih.. ^_^

  2. kisah yang menarik..perlu kita ambil pengajaran ye.kadang-kadang kita terlalu mudah percaya orang kan.good sharing abang Khir..

  3. sama sama ambil iktibar dari kisah ni. lepas ni kena berjaga jaga dengan setiap tindakan yang kita ambil.

    1. Btul tu nani..sama2 kita ambil iktibar dari kisah ini..semoga kita semua tak terjebak dgn masalah di kemuudian hari..

  4. AvatarSylarius Yusof

    Kasihan betul. Tak pasal-pasal kena kelentong dengan majikan. Dalam dunia ni, memang susah nak percaya kalau ada orang tetiba je nak buat baik dengan kita. Tapi, mungkin ada hikmahnya bila diri dia dipenjarakan. Mungkin buatkan diri beliau menjadi lebih kuat menempuh dugaan hidup selepas ini. What doesn't kill you, makes you stronger.

  5. Dalam zaman sekarang ni susah untuk cepat mempercayai seseorang yang belum kita kenali rapat…sedangkan yang kita biasa kenal dan percaya pun suka ambil kesempatan..

    Artikal yang baik ini menjadi peringatan untuk semua…

  6. liabiliti selalunya atas syarikat kan…tanpa ambil kira siapa pemegang saham..hehehe…mgkn sally kurang faham dan kurang tau tentang ini…akan cuba dalami lagi 🙂

  7. Kita selalunya percaya kepada orang tetapi orang pula selalunya melakukan sebaliknya. Walaupun berhati-hati…jika ditakdirkan Allah hemdak memberi ujian, terpaksalah terima dgn reda dan mungkin ada hikmah disebaliknya dan boleh jd panduan serta pengajaran kpd insan lain. InsyaAllah…jika berjaya melaluinya, Allah akan beri kehidupan yg lebih baik dr sebelumnya…

    1. Betul tu aBM nak percaya kat org kena la berpada2..bila kita terlampau percaya begini la jadinYa..akibatnya kita yanh terpaksa menangung masalah sedangkan bukan kita yanh lakukan …

  8. Kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Jangan mudah memparcayai orang. Kadang-kadang orang yang disangka baik itu, sebenarnya mempunyi muslihat dan agenda yang amat jahat contohnya menggunakan kita untuk kepentingan peribadi.

    Nice sharing KK…Thanks 🙂

  9. AvatarIja Rased

    sedihnya diperalatkan macam tu. sometime kawan yang baik itu yang senang nak khianat kita

  10. AvatarAnonymous

    Kena lebih berhati²..

  11. menakutkan sekali jika terjadi begitu,harus berwaspada,terima kasih KK atas perkongsian,mudah-mudahan dapat berhati hati sebelum terkena,.

  12. saya baca artikel ini seolah-olah tuan KK yang buat..sehingga perasaan sedih menyelinap masuk keseluruh rongga hati..

    semoga pihak mangsa tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup ini..

  13. KK tahniah …bunda ada terbaca ini dari blog BM…http://relakssminda.blogspot.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html …Blog anda berhak mendapat gelaran itu…tahniah…

    Bunda doakan semoga anakanda KK terus maju jaya dalam kerjaya dan juga sebagai blogger terkenal juga dalam hidup berkeluarga…aamiin aamiin yarobbal'alamin…

  14. moral of the story jangan mudah percaya dan jgn ambil jalan mudah untuk cepat senang or kaya dgn hanya menjadi sleeping partner kerana pasti ada padah di sebaliknya

    1. Yupp stju sangat2….jgn ambik , mudah perkara ni..nak senang yapi susah jadinya…padahnya kita yg menaggung..

  15. rasanya banyak lagi kes2 macam ni berlaku…lagi satu…sleeping partner orang melayu…owner company cina…nak ambil kontrak…kena ada org melayu…biasa gak berlaku ni…

  16. Banyak kes penipuan begini sebenarnya. Malang yang jadi mangsa..

  17. Artikel yang menarik KK..sedih membacanya..moga beliau tabah dengan ujian yang menimpa ke atasnya.

  18. org yg bersikap sebegini mmg pandai berpura2… even yg berpelajaran tggi pn terpedaya apatah lg org yg biasa2…moga2 kita terhindar drpd spesis manusia mcm ni

  19. AvatarMardiah Diana

    Dalam dunia sekarang ni macam2 yang kita tak duga boleh terjadi…oleh itu sentiasalah berhati2 dalam melakukan apa2 pun…satu kisah teladan yang boleh menyedarkan kita agar sentiasa lebih berhati2 dengan orang sekeliling…

  20. takutnya bila jadi orang atasan ni. macam2 boleh jadi. lagi2 kalau kita x pernah dengar nama syarikat tu. kalau dah bertapak lama, maybe trusted lagi. tapi undang2 dunia pun x adil. kita xley buat apa. tunggulah undang2 akhirat. masa tu siapa pun xley lari

  21. Moral of the story….jangan percayakan orang lain selain diri sendiri..percaya boleh tapi jgn terlampau percaya..Susah jiga bila terlibat dgn masalah sebegini..mula2 tak bersalah pastu dihukum bersalah..dah la tu 10 tahun duk tanggunh benda ni..nasib beliau baik kerana isteri dan keluarga sentiasa ada menjadi tulang belakang.Semoga beliau yg dimaksudkan akan dpt dibebaskan dgn segera dan dpt menikmati hidup bebas spt dulu..InsyaAllah

  22. Zumal sendiri berpengalaman dalam hal nama digunakan untuk loan kenderaan, dan akhirnya ditipu bila kenderaan disembunyikan dan hutang bank tak dibayar hingga RM10k. Zumal yang dikejar oleh bank dan polis kerana mereka tak jumpa kenderaan tu… Bila zumal dapat tahu kenderaan tu menggunakan plat palsu untuk mengaburi pencariannya dan zumal ambil tindakan lapor kepada pihak polis dan akhirnya kes selesai setelah setahun mencari ^-^

  23. lain makan nangka, lain yg kena getah…

  24. mmg ssh nk percayakan org skrg ni kn..

  25. pengajaran tak ternilai..terima kasih sudi berkongsi…

  26. kasihannya…kene jadi pengajaran untuk kita..jangan mudah percaya kepad orang

  27. Macam² kan. Ada juga kes macam ni. Memang tak boleh percaya dengan orang sekeliling kita even adik beradik sendiri. Pengajaran buat kita semua.

  28. tidak salah percayakan seseorang.. namun seharusnya kita berhati-hati selalu.. apa-apa pun, semoga kisah yang KK kongsikan ini menjadi ikhtibar kepada kita semua.. tak pasal-pasal jadi 'kambing hitam'..

  29. kesiannya, semoga menjadi ikhtibar kepada kita semua

  30. AvatarNurul Hidayah

    Nice sharing Khir.. kisah yang patut Khir kongsikan untuk pengetahuan bersama, agar berhati2 sebelum menerima sebarang tawaran.. pasti ada udang disebaliknya..

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.