Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor.

Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor. Terlebih dahulu, aku memohon maaf kerana tidak
berkesempatan berblogging beberapa hari ini. Bermula Selasa selepas selesai
menghadiri satu acara rasmi, aku sekeluarga bergerak pada sebelah malamnya ke selatan tanah air.
Balik kampung di Pontian, Johor Darul 
Takzim.
Sebelum itu, berhasrat untuk berkongsi kenangan bila berkesempatan singgah di Tanjung Emas, Muar pada hari Jumaat baru-baru ini. Mengambil beberapa gambar sebelum menunaikan solat Jumaat di sana.
Bandar Maharani, Muar Johor
Roundabout di bandar Maharani, Muar. Bandar Di Raja Johor.

Tanjung Emas Di Muar, Johor

Muar adalah kampung mak aku… dulu masa sekolah memang selalu sangat ke bandar Muar dan berjalan-jalan di Tanjung Emas, Muar. Tetapi sekarang, bila dah berkeluarga dan banyak saudara mara sudah berhijrah ke tempat lain, jarang sekali aku datang ke sini. Kali terakhir pun dah hampir 2 tahun yang lalu… huh, sungguh cepat masa berlalu… 
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Medan Selera Tanjung Emas… cari asam pedas…
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Salah satu pokok yang terdapat di sekitar Medan Selera… berapa umurnya pun aku tak pasti..
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Snap gambar keluarga di replika keretapi.
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Romantika D’ Amore… πŸ˜€ πŸ˜€
Sempat juga singgah di Jeti Tanjung Mas yang berhampiran dengan Medan Selera. Tetapi ia ditutup kerana waktu sudah hampir untuk solat Jumaat. Dapat bergambar pun jadilah…
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Permandangan Sungai Muar dari Jeti Tanjung Emas
Bersolat Jumaat di Masjid Jamik Sultan Ibrahim yang telah didirikan secara rasminya pada tahun 1927. Masjid ini sedikit sebanyak menggamit nostalgia kenangan dulu-dulu kepada diri aku. Aku selalu singgah bersolat sekeluarga di sini bila berada di Muar. Dulu dengan mak dan ayah, kini bawa isteri dan anak-anak pula. Apabila dah lama tak ke sini, banyak yang sudah berubah… masjid semakin cantik dengan kawasan persekitarannya yang terjaga rapi tanpa mengubah struktur asalnya… betul-betul nostalgia lah…
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Gambar Masjid Sultan Ismail
Gambar Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas dari kawasan Masjid Sultan Ibrahim
Permandangan Sungai Muar, Johor
Permandangan Sungai Muar & Jambatan Muar dari kawasan masjid
Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar
Aku tunggu orang semua bailk dari solat Jumaat untuk snap pic ni… πŸ˜€
Kepada sahabat di Pontian, maaf kerana tidak
berkesempatan untuk berjumpa. Maklumlah, jarang-jarang dapat pulang ke kampung.
Rumah saudara mara pun banyak yang tak berkesempatan untuk berkunjung dengan
masa agak terhad. Disamping itu pun ada beberapa perkara kekeluargaan tertangguh yang perlu
diuruskan. Banyak juga perkara lain yang nak di kongsikan lagi nanti, tapi sebelum tu aku nak blogwalking melawat kawasan sahabat maya dahulu…
Destinasi berikutnya… eceh hehee.. jalan-jalan
bajet jer… πŸ˜€

Salam Hormat, Salam Berkat.
Khir Khalid

Related posts

72 Thoughts to “Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor.”

  1. Dah lama zumal tak gi kampung kat Muar πŸ™‚

    1. Saya pun kira dah lama tak ke sini.. mmg nampak perbezaannya Zumal.. πŸ™‚

  2. orang pontian…. pontian kampung apa? hehehehe…. dhia bukan orang pontian tapi kawan dhia kampung dia kat parit marjunid. ;D

    1. Oh.. tau tempat tu.. rumah saya di bandar Pontian. Taman perumahan saya betul2 di hadapan hospital daerah Pontian tu.. seberang jalan je. Saya mmg membesar di bndr Pontian tu.. πŸ˜€

  3. cantinya masjid tu….salam sejahtera Khir….

    1. Mmg cantik.. suasananya pun berangin sbb bersebelahan sungai besar.. nyaman & sungguh meng'nostalgia'kan… Salam sejahtera juga kak Ozie.. πŸ˜€

  4. nice place En khir..lama dah tak pergi ke Muar ni ..seingat last pergi masa time study dulu..

    1. Banyak yg dah berubah di Muar ni Nur Syuhada.. saya pun dah hampir 2 tahun tak ke sini nampak bnyk perubahannya.. πŸ™‚

  5. Pernah singgah muar dua kali..tapi tak sempat jalan-jalan. Nway selamat bercuti khir…

    1. Lain kali klu singgah jngn lupa cari asam pedas, mee bandung & sate muar tau Raudzah hehee.. πŸ˜€

  6. LAZADA & DIGI for you..

  7. Selamat bercuti…saya pun dah lama tak balik pontian πŸ™

    1. Saya balik pun skjp je Fidah.. πŸ˜€

  8. Heeeeeee. Bestnya main singgah singgah heheeee πŸ˜€
    qila dah lamaaaaaaaaaaaaaa tak menyinggah sana ekeke~
    Mmg happy holiday ye cik khirrr huhuuhu.

    inti 10 kali πŸ˜€

    1. Qila gi Kelantan pun best tu.. Happy holiday juga.. πŸ˜€

  9. muar ngan melaka tak jauh mana la abg khir hehe. Hari2 kenit nampak signboard 'Muar' kat melaka ni πŸ˜€

    1. Mmg dah dkt sgt tu.. jiran sebelah je dah tu hehee.. πŸ˜€

  10. tudia.. romatika… hehe
    johor antara negeri yg saya x pernah sampai lagi..

    1. Sekali sekali nnti pergilah.. jln2 cari makan hehee..:D

    2. insyaAlah.. dalam perancangan kalau dah ada superbike nnti.. hehehe…
      menabung sini..

    3. Wahh.. best2.. konvoi pun layan tu.. t kasih Pha Is.. πŸ™‚

  11. Minggu depan nak pegi Johor

    1. Jngn lupa pekena Briyani kat Johor tau Wafi.. πŸ˜€ πŸ˜€

  12. Bunda pun tak pernah sampai Johor lagi..

    1. Sekali sekali ada kesempatan nnti pergilah Bunda.. jln2 cari makan.. πŸ™‚

  13. aiza tak pernah sampai muar lagi rasanya.. cantik masjid tu.. menabung 3kali tesco, 3kali digi, 3kali kfc untuk khir.. selamat berhujung minggu.. πŸ˜€

    1. Klu ke Muar jngn lupa makan asam pedas, mee bandung Muar dgn sate muar tau Aiza.. pekena briyani sekali hehee.. T kasih Aiza & slmt berhujung minggu juga.. πŸ˜€

  14. Last sekali ke Johor dua tahun lepas rasanya. Banyak lagi tempat tak explore.

    1. Mmg klu diikutkan masih bnyk tempat yg belum di explore lagi… saya pun mcm tu juga IM.. πŸ˜€

  15. Assalammualaikum…khir,

    wahh.. best nyer jalan2 di muar… dapat tgk bandar di raja nie.. mesti best pekena asam pedas muar nie.

    mselim3

    1. Waalaikummussalam MSelim3.. alhamdulillah, bukan slalu dpt jenjalan mcm ni… isteri saya yg mencari sgt asam pedas muar ni hehee.. πŸ˜€

  16. Assalamualaikum dan salam singgah ahad Khir…wahh…bestnyerr dapat jalan2…

    1. Waalaikummussalam Mardiah..alhamdulillah.. jln2 sambil makan2 hehee.. πŸ˜€

  17. Lama z pergi muar last tahun 2011. . Masa study selalu pergi sana cari mee bandung

    1. Lama juga tu ye Acik.. tp mee bandung muar mmg susah nk dpt yg sama rasanya di tempat2 lain kan.. best.. πŸ˜€

  18. suke pegi muar..best..rindu nak naik feri tu..huhu..

    1. Saya tak berpeluang nak naik feri tu sbb dah tutup pulak.. lagi rugi Siti sbb tak merasa naik feri tu.. πŸ˜€

  19. Khir, kampung saya ni! Tengah meghitung hari nak balik weekend ni sebab wedding adik sedara. Kat kepala sekarang ni tengah beratur list makanan untuk ngap balik nanti – asam pedas, mee bandung, murtabak Singapore, apam balik kacang merah yg macam dorayaki tu, etc… etc… haha…

    1. Wahh seronoknya… murtabak singapore tu mmg best.. pekena yg besar utk makan sekeluarga hahaa.. mmg puas. Apam balik tu pun lama juga saya tak makan.. rindu pulak huhu.. πŸ˜€ πŸ˜€

  20. wah seronoknya satu family balik kampung..hihi…
    meriah gitu…bila agaknya cik akak boleh sampai sana πŸ™‚

    1. In shaa Allah cik akak.. pasti akan sampai nanti.. saya pun tak pasti juga bilalah kami boleh smpi ke tempat cik akak tu.. πŸ™‚

  21. best kan nostalgia lama2 terpanggil kembali…kata org tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain….

    1. Mmg betul tu Ikhwan… sayu bila terkenang kisah2 lama ni kan.. πŸ™‚

  22. terbaik…selalu singgah di sini bila ke Johor.

    1. Bnyk kenangan kekeluargaan kat sini.. tu yang buat entri juga… nostalgia.. πŸ™‚

  23. Lama sungguh tak menjejakkan kaki ke Bandar Muar. Hampir 20 tahun…
    Pasti bandarnya dah banyak berubah dan semakin membangun.

    1. Fuhh lama sungguh tu BM.. saya yg hanya hampir 2 tahun ni pun terasa perubahannya, apatah lagi klu 20 tahun… mmg bnyk perubahan…

  24. seronokkknya boleh jalan2..niesa tahun lepas xsempat ke muar..singgah benut je..hehe..tu pun menghadiri majlis kawen kwn blogger jugak..kalau x, entah bila la nk jejak kaki ke johor tu..

    1. Oh.. Benut tu dah dekat Pontian tu Niesa.. dlm 30 minit lg tu sampailah kg saya hehee… πŸ˜€

  25. saya tak pernah sampai ke johor
    eh isteri en khir kan, sekali pandang macam kak kathy arbain pula =)

    1. Oh ye ke.. pergilah jenjalan sekali sekala nnti.. isteri saya pelanduk 2 serupa kot dgn Kathy tu hehee.. πŸ˜€ πŸ˜€

  26. Hari tu masa idah ke pagoh dan muar… lalu la tempat2 nie… tapi tak singgah pun… ;(

    1. Masa tu Idah ada kerja kan.. lain kali klu ada ke sini lagi bolehlah singgah sekeluarga santai2.. πŸ˜€

  27. cantik gambar masjid tu… amboi..romantik gitu di depan keteapi.. πŸ™‚

    1. Hahaa.. romantika gitu hehee.. πŸ˜€

  28. mee bandung muar satu Khir…hehehe

    1. Hahaa.. mmg best tu Wan.. teringat2 je.. πŸ˜€ πŸ˜€

  29. Wah…. cam best jer area2 muar ni…. aku ngan cheq eem mmg ada planning nak wat roadtrip ke Johor pulak….pastu gi universal studio singapore pulak…… leh cari mee bandung muar…. πŸ˜€

    1. Terbaik tu bro Sham… mee bandung muar mmg susah nak dpt rasa yg sama kat tempat lain.. elok sgtlah tu.. dari hiway kluar di tangkak, layan makan di muar lps tu masuh hiway balik terus ke JB & S'pore… best tu.. πŸ˜€

  30. ika pun pernah ke dataran tanjung emas ni khir….masa tu cuti2 ngn family… πŸ™‚ ramaiiii sangat orang datang sini…masa ika pergi tu, dekat medan selra sepenuh2nya orang, padat!

    1. Oh.. nasib masa ni dah nak solat Jumaat.. medan selera tu pun dah nak mula lengang.. πŸ˜€

  31. Saya belum berkesempatan lagi nak ke sana. Insya-Allah, kalau ada rezeki nanti bolehlah melawat Johor.

    1. In shaa Allah cikgu Helmi… ada masa nnti bolehlah makan angin atau jln2 cari makan.. klu ke muar jngn lupa cari port asam pedas, baryani, murtabak s'pore atau mee bandung muar… πŸ™‚

  32. home sweet home. my beloved hometown. kat medan selera tu selalu pekena mee bandung mak pon. hehe

  33. Lama juga tak pergi ke Muar, dah bertahun-tahun yang dulu. Itupun ketika melawat sebuah ladang

  34. Ade lalu tempat ni last January masa bercuti ke pantai Timur.. singgah makan kat medan selera..
    **macam comehhh je pic romantika d'amore tu "D πŸ˜€

  35. cantik masjid tu …. hmmm.. sejak kaklong pindah kl, dah jarang ke johor…..

  36. dah lama tak gi muar . ada masjid kat tanjung agas rupanya . ni klu pi pontian terserempak dgn khir , agak2 kenal ke idak nih … alhamdulillah dapat digi, lactacyd n libresse .

Leave a Comment

CommentLuv badge