Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Nampak gambar di atas?… itulah antara hidangan yang saya nikmati sempena pembukaan rasmi Sihaf Arabic Restaurant di Shop Lot Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam. Majlis diadakan dalam suasana santai dan meriah, disajikan pelbagai hidangan Arab berserta acara yang menambah keceriaan tengah hari hingga petang Sabtu lepas.
 
Saya berpeluang hadir seisi keluarga meraikan majlis pembukaan Sihaf Arabic Restaurant, Shah Alam bersama-sama. Tetamu pun ramai, sempat bergambar bersama Pemilik dan Pengasas yang peramah serta beberapa gambar interior restoran sebelum orang ramai memenuhi ruang yang ada. Interior pun dah menaikkan ‘Arabic mood’… belum makanannya lagi.
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,
Interior Restoran Sihaf di Shah Alam,
Interior Restoran Sihaf di Shah Alam

Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam

Majlis bermula sekitar 1 petang dengan bacaaan doa dan ucapan aluan oleh pengasas. Turut diadakan pelancaran memotong riben menandakan pembukaan rasminya dan diserikan lagi dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Arab sepanjang majlis berlangsung.
 
Selain itu, kami dijamu dengan bermacam-macam makanan Arab secara buffet yang boleh diambil mengikut selera. Malah lebih menarik lagi selesai acara memotong riben, turut menyajikan shawarma istimewa terpanjang di Asia… memang panjang beb! Dapat juga snap beberapa gambar termasuk nasi Briani yang dimasak dalam buluh… lembut dan sedap, penuh aroma.
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,
Sihaf Arabic Restaurant, Shah Alam,
Sihaf Arabic Restaurant, Shah Alam,
Briani Buluh Di Restoran Arab Sihaf Shah Alam
Majlis pembukaan Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam ini memang sangat meriah. Makanan pun banyak… ambil dan makan banyak mana pun, tetap ada lagi untuk ditambah. Rasa tetap sedap walaupun disajikan pada skala besar… terpulang kita pandai atau tak je adjust perut kasi muat, makan dan makan lagi haha.
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,

Inspirasi Nama Dan Logo Sihaf Arabic Restaurant

 
Restoran Sihaf ini dinamakan bersempena dengan konsep yang disebutkan dalam Al-Quran, yang bermaksud pinggan emas;
 
“Kepada mereka yang diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas, dan di dalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal didalamnya” – Surah Az-Zukhruf, Ayat 71)
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,
Logo restoran merujuk namanya, mengandungi 3 segitiga melengkung yang merupakan antara nombor ganjil sering disebut dalam Sunnah dan juga jumlah hidangan dalam sehari seperti yang kita amalkan. Corak tradisional yang menghiasi logo pula melambangkan budaya Islam dan warna yang mencerminkan negara-negara Islam.
 
Justeru, buat warga Shah Alam atau sesiapa yang berada di Shah Alam, dah boleh menikmati masakan Arab di sini. Ia juga bukan sekadar menu sajian Arab, malah masakan dan penyediaan juga oleh chef serta warga kerja Arab… memang original Arabic cuisine.
 

Sihaf Arabic Restaurant

B-LG-1, Shop Lot Vista Alam,
Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000, Shah Alam.
Tel: 011-1111 0500
Facebook: sihafrestaurant
 
 

8 Thoughts to “Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam”

  1. Wahh…. menarik ni… LeYa memang suka juga makan makanan Arab.. Okay dah boleh masuk list untuk diterjah bersama Mr. Otomen..

  2. wow…

    makanan arab antara yang menyelerakan tekak saya nie.

    cuma tidak pasti bila boleh merasai nikmat tersebut

  3. Family saya memang suka nasi arab..
    Menarik juga ni

  4. kalu ada dessert arab sy nk terjah

  5. fyd

    nasu beriani dlm bulih … hmmm .. menarik juga tu

  6. Kalau gi shah alam, GV nak singgah la Mr Khir. Good info Mr Khir. 😀

  7. suka gila makanan arab. lagi2 kalau berkaitan dengan kambing..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.