Khir Khalid Resources telah didaftarkan di Kuala Lumpur pada 20 November 2011 sebagai sebuah entiti perunding pemasaran bersekutu yang terlibat dalam pembangunan pemasaran ‘inbound & outbound’ serta pengurusan kandungan digital di Malaysia.

Kami mempunyai rangkaian kepakaran yang diiktiraf industri serta berpengalaman dalam memperkasa kredibiliti pasaran kepada entiti dan organisasi perniagaan sektor komersil, perusahaan kecil sederhana (IKS/PKS) dan startup, merangkumi beberapa kerjasama badan profesional, institusi dan agensi tempatan serta antarabangsa.

Kepakaran kami merangkumi;

  • Memperkasa reputasi jenama, kredibiliti perniagaan dan pasaran dengan membina strategi, pelan serta perlaksanaan kempen pemasaran digital dan juga tradisional (inbound & outbound) kepada prospek pelanggan yang tepat.
  • Mengurus kandungan blog untuk laman web organisasi. Kami membina artikel-artikel ‘SEO optimized’ yang selaras dengan niche, agenda dan prospektus perniagaan, membina authoriti industri dan memberi impak ‘leads’ pelanggan berkualiti.
  • Kami menyelia rangkaian media sosial dengan struktur kandungan status-status untuk membina komuniti organik yang mendorong ‘engagement’ serta ‘conversion’ terhadap apa jua produk atau servis di saluran LinkedIn, Facebook, Twitter dan Instagram.

Kami komited membina kredibiliti pasaran setiap pelanggan dalam menjana impak positif melalui potensi enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo, saluran media sosial termasuk elemen pemasaran tradisional ‘indoor & outdoor’.

Pencapaian serta kejayaan setiap amanah yang dilaksanakan sentiasa menjadi keutamaan kerana ia adalah portfolio penting dalam memperkasa etika pemasaran berkredibiliti.

Khidmat kami memastikan perlaksanaan strategik dan efektif dengan pakej berpatutan.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan perundingan lanjut:

HUBUNGI:

Kembali ke halaman > UTAMA